[Ditaja] Baozu M1 Smart Powerbank, 10000mAh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita kali ini mengenai produk Baozu.
Sebelum itu, saya nak terima kasih banyak2 kepada CGS TECH kerana menaja powerbank ni. ?
Produk Baozu yang saya nak buat ulasan ini ialah M1 Smart Powerbank yang seberat 330g. ?

Untuk pengetahuan ampa, M1 ni merupakan powerbank generasi baru yang menyokong hampir kesemua teknologi pengecasan pantas yang wujud setakat la ni. Badan kecik, tapi menyokong pelbagai teknologi pengecasan pantas. ?

Teknologi apa yang dia sokong tu? ?

  • Bahagian Input Type-C : 9V/2A, 5V/3A, dan 5V/2A.
  • Protocol Input Type-C : FCP = Fast Charging Protocol dan QC = Qualcomm® Quick Charge
  • Bahagian Output Type-C : 5V/3A.
  • Bahagian Output Type-A : 4.5V/5A, 5V/4.5A, 5V/4A, 9V/2A, 9V/1.67A, 12V/1.5A, dan 15V/1A.
  • Protocol Output Type-C/A: SCP = Super Charging Protocol, FCP = Fast Charging Protocol, VOOC = Voltage Open Loop Multi-step Constant-Current Charging atau nama pendek dia Flash Charging, Dash Charge (konsep lebih kurang macam VOOC ?), AFC = Adaptive Fast Charging (bukan AFC bola tau ?), QC 2.0, 3.0 = Qualcomm® Quick Charge, PE/PE+ = Pump Express/+, dan BE 1.2 = Battery Charging.

Berapa lama nak cas bagi penuh M1 ni?

Iklan Google
  • Guna Pengecas Baozu 24W = Lebih kurang 2 jam, 30 minit, lampu penunjuk warna kuning kelip laju2.
  • Guna Pengecas 9V/2A = Lebih kurang 3 jam, 30 minit, lampu penunjuk warna kuning kelip perlahan2.
  • Guna Pengecas 5V/2A = Lebih kurang 4 jam, 30 minit, lampu penunjuk warna putih kelip perlahan2.

Lampu Penunjuk dia simple sahaja, tiada display, hanya 4 lampu penunjuk untuk tunjuk baki tenaga M1 ni dan yang menunjukkan betapa bijaknya M1 ni, tak perlu nak tekan on, hanya cucuk sahaja kabel dari M1 ke telefon anda maka secara automatiknya dia akan mengecas telefon anda yang kehabisan jus bateri. Untuk periksa tinggal berapa tenaga tu hanya tekan sekali dan dia akan tutup dengan sendirinya.

Terdapat 2 kabel yang digunakan untuk M1 ni, iaitu :

  • Kabel Biasa Type-C yang menyokong pengecas biasa (QC 2.0, 3.0 dan FCP) sahaja.
  • Kabel Bundle SS iaitu kable yang berkepala tiga (Type-C, Lightning, Micro-USB).
  • Kabel Biasa Type-C tu dapat sekali dalam kotak (cable tu pendek sikit) manakala Kabel Bundle SS tu kena beli asing. 

Ok la dapat percuma kable biasa Type-C tu. Kalau yang pakai Micro-USB tu, kan ada adapter hihihi.

Harga berapa? Ok harga dia pula terbahagi kepada 3 iaitu :

  • M1 Smart Powerbank sahaja = RM139.
  • SS Cable sahaja = RM25.
  • M1 Smart Powerbank + SS Cable = RM155 (ampa boleh jimat RM9 tau!)

Waranti Pengeluar Tempatan = 6 bulan (Pertukaran 1 kepada 1)
Waranti tak sah sekiranya :

Iklan Google
  • Kerosakan fizikal
  • Kerosakan air (tuan masuk air takpa hahaha)
  • Kesilapan sendiri (pandai2 buka, atau cuba cucuk cable sama dari Input ke Output)

Untuk lebih lanjut boleh hubungi mereka. ?
P/S : Katanya ada promosi rebat RM10 bagi pelanggan setia CGS dan rebat RM20 sekiranya ampa beli mana2 telefon dari CGS Tech. Serta yang paling penting, sila periksa dahulu peranti ampa ada keserasian tak dengan M1 ni. Boleh hubungi mereka untuk lebih lanjut.

Pendapat saya mengenai Baozu M1 Smart Powerbank?
Ya teruja juga la sebab ada powerbank yang menyokong Dash Charge. Sebelum ini kalau memandu kereta, saya guna Dash Car Charger (beli kat depa juga hahaha) dan ia seperti mengecas menggunakan Power Adapter, laju ja masuk.

Jadi bila guna M1 ni, nampak ja kilat (Dash Charge) tu keluar, ok 30 minit (anggaran 60+% pun cukup untuk bertahan selama 3 atau 4 jam (bergantung pada cara penggunaan juga).
Nak cas balik, saya pakai kepala charger Samsung Tab (5V/2A), nak pakai Dash Charge tak berani takut laju sangat masuk hahaha. ?

Iklan Google

Saya ada Powerbank sandaran yang saya beli hampir 3 tahun yang lalu, iaitu Pineng PN-999, 20,000 mAh yang mempunyai Output Type-A 5V/2.1A dan 5V/1.0A (dan serius berat gila weh hahaha). Masuk hutan haritu masuk air, sudah gila powerbank tu, tapi boleh lagi guna, cuma gila. huhuhu. ?

Jadi, kalau ampa nak cari powerbank yang menyokong pelbagai teknologi pengecasan pantas (Fast Charging), M1 Smart Powerbank lah pilihan ampa. M1 tidak terlalu besar dan berat pun tak la seberat Pineng PN-999, 20,000 mAh tu. ?

Untuk selebihnya, boleh rujuk gambar2 di bawah.

Hahaha pakai gambar cover, ok ni kalau beli bundle, dapat macam ni.

Dalam kotak M1 tu, ni la barang² dia.

Ini kabel SS, berkepala tiga. Unik kan? ?Type-C, Micro-USB dan Lightning.

Apa la Portrait Mode macam ni. Hancur hahaha ?

Kesian Powerbank lama, jadi penahan M1 supaya tak jatuh. ?

OnePlus 5 yang diuji dengan aplikasi Ampere.

Pengecas pantas lulus, diuji pada tetapan *#808#, Custom ROM tidak pasti.

Samsung Galaxy Note 4 (Exynos) yang mempunyai teknologi pengecas pantas
Qualcomm® Quick Charge 2.0.

Xiaomi Redmi Note 3 (MediaTek) tak pasti model biasa ni ada Qualcomm® Quick Charge 2.0 ataupun Pump Express+. ermm ?

Kalau telefon yang mempunya teknologi pengecasan pantas,
lampu ini akan bertukar menjadi warna oren.

Huawei Mate 10 Pro yang mempunyai teknologi pengecas pantas SCP = Super Charging Protocol.

Jika ada salah info ka apa2 maaf sangat2 dan jika berminat untuk beli Baozu M1 Smart Powerbank, 10000mAh, tunggu apa lagi hubungi la CGS TECH laju2. ?

Iklan Google
Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img