Qualcomm, nama yang tidak asing lagi dalam dunia telefon pintar melalui siri Snapdragon mereka, baru sahaja melancarkan cip generasi baharu mereka;- Snapdragon 888. Nombor yang bertuah.
Sepintas lalu tentang Snapdragon 888, ia menjanjikan sehingga 25% peningkatan prestasi dan 25% lebih penjimatan tenaga daripada siri Snapdragon perdana mereka yang lepas, Snapdragon 865.
Berikut adalah senarai ciri-ciri terkini Snapdragon 888 :
- Binaan sistem 5nm yang lebih kecil.
- Modem 5G Snapdaragon X60 terkini yang kini terbina dalam bersama cip utama.
- Binaan teras terbaru daripada Qualcomm, Kryo 680 dengan arm Cortex-X1.
- Kemampuan AI yang kini 2 kali ganda lebih pantas dengan cip AI generasi ke-6 Hexagon 780 DSP.
- Pemproses imej terbaru Spectra 580 ISP yang kini boleh memproses imej daripada 3 kamera serentak dalam masa sebenar.
- GPU Adreno 660 yang 30% lebih berkuasa dengan Variable Rate Shading, teknologi yang dahulunya hanya terdapat pada konsol dan PC. Turut juga menyokong Vulkan 1.1.
- QuickCharge 5.0
Banyak penambahbaikan yang telah dilakukan pada Snapdragon 888 yang baru. Kita akan melihat satu-persatu dalam artikel yang akan datang. Apa pun, saya tidak sabar menunggu suku pertama tahun 2021 untuk melihat kemampuan peranti yang akan hadir bersama Snapdragon 888 ini.
Mungkin buat masa sekarang, adalah lebih baik tunggu dan lihat dahulu sebelum anda membuat pembelian telefon pintar yang baru sekiranya anda ingin membeli peranti kelas perdana dan kelas pertengahan. Kerana pada tahun 2021, kita akan menerima dua cip baru iaitu Snapdragon 888 dan juga Snapdragon 775 yang hampir menyamai prestasi Snapdragon 845!