July 24th, 2019, Los Angeles, CA, United States – NZXT – pembangun terkemuka bagi perkakasan janaan perisian untuk permainan komputer mengumumkan siri baru mereka H Series dan H510 Elite kini boleh didapati di pasaran. Produk baru ini kini boleh diperoleh daripada semua rakan pembekal NZXT di Malaysia.
Ciri-Ciri H510 Elite
Persembahkan RGB Anda
Dilengkapi dengan dua panel kaca terbaja di bahagian atas, sesuai untuk mempersembahkan sistem RGB anda . Dua kipas Aer RGB 2 dan seutas LED RGB turut disediakan.
- Smart Device v2 bersama pencahayaan HUE 2 RGB dan tiga saluran kipas.
- USB 3.1 Type A dan penyambung USB 3.1 Gen 2-berserasi USB-C di panel hadapan.
- Kit pengurusan kabel yang dipatenkan bersama saluran dan pemaut pra-pasang untuk pengurusan kabel yang mudah dan intuitif.
- Braket radiator/kipas boleh tanggal memudahkan pemasangan AIO mahupun sistem penyejukan cecair buatan khas.
- Cagak GPU bersepadu membolehkan anda mempamer GPU anda secara menegak ( memerlukan pembelian asing PCI riser card ).
Ciri-Ciri H Series Serba Baharu
Lebih Moden
Siri kekotak komputer NZXT yang memenangi pelbagai anugerah telah dinaiktaraf kepada standard industri terkini.
Dengan penyambung USB 3.1 Gen 2-berserasi USB-C di panel hadapan, kini anda boleh menyambungkan telefon pintar baharu, storan luaran berkelajuan tinggi, atau perkakasan terkini ke PC dengan lebih mudah.
Tetap Angun
Rekabentuk yang kemas, moden, bar kekemasan kabel dan cermin-terbaja jernih pada panel sisi menyerlahkan lagi binaan kekotak yang unggul.
Dikuasai oleh NZXT CAM (Versi i Sahaja)
Gunakan aplikasi intuitif NZXT CAM untuk memantau dan mengawal binaan anda, dengan pilihan daripada preset atau kawalan tersendiri untuk pencahayaan RGB dan kipas penyejuk demi merealisasikan PC idaman anda.
Lebih Pintar (Versi i Sahaja)
Smart Device v2 baharu didatangkan dengan pemproses mikro yang lebih pantas untuk kawalan dua saluran pencahayaan HUE 2 RGB dan tiga saluran kipas dikuasai oleh NZXT CAM dengan sokongan pilihan kipas voltan terkawal atau PWM.
Penyejukan Dirumuskan
Kipas Aer F120mm disertakan untuk aliran udara dalaman yang optimum dan panel depan bersama ambilan PSU termasuk penapis yang boleh ditanggalkan. Turut hadir bersama pendakap boleh diterbalikkan, boleh ditanggalkan, bercagakan atas yang direka untuk radiator antara 240mm – 360mm memudahkan pemasangan gelung tertutup atau penyejukan cecair gelung khas.
Binaan Menyeronokkan Untuk Semua
Pengurusan kabel boleh mengambil masa lebih lama daripada memasang sistem. Kelengkapan penghalaan kabel kami yang dipatenkan dengan saluran dan tali pra-pemasangan menjadikan pendawaian mudah dan intuitif dan mudah.
Cagak GPU Menegak H510i/H710i
Pamerkan kad grafik anda dengan pendakap pemasangan terbina dalam untuk memasang GPU secara menegak (tidak termasuk kad PCIe riser).
Tawaran istimewa boleh didapati untuk pelanggan runcit: kit pencahaya percuma untuk setiap pembeli yang membeli kekotak baru H-series dalam kuantiti terhad.
Harga MSRP di Malaysia:
H210: RM 339
H210i: RM 459
H510: RM 309
H510i: RM 439
H510 Elite: RM 629
Pilihan Warna:
H Series: | H510 Elite: |
Matte White | Matte White |
Matte Black | Matte Black |
Matte Black/Red |
Untuk lebih maklumat mengenai produk, sila layari : https://www.nzxt.com/product-overview/h-series
Untuk maklumat lanjut mengenai di mana anda boleh mendapatkan Elite dan H-Series sila hubungi NZXT DISTRIBUTOR: Dotatech
(https://www.dotatech.com.my/)