Apa Itu Codec AV1 Dan Bagaimana Cara Mengaktifkannya Pada YouTube

Baru sahaja kita membicarakan mengenai HEVC atau H.265, satu codec yang menjadi penyambung kejayaan kepada AVC (H.264), sekarang kita perlu ambil tahu pula mengenai AV1.

Kenapa kita tidak dengan pantas beralih kepada HEVC, setelah industri kini mempunyai peranti yang sudah mampu mengendali dan memainkan ia?

Ianya adalah kerana isu lesen paten pada codec video menjadi semakin mahal. Royalti yang perlu dibayar menyebabkan tertubuhnya kesatuan baharu yang diasaskan bagi mencipta codec alternatif bebas royalti.

Alliance for Open Media

Iklan Google

Alliance for Open Media (AOMedia) merupakan gabungan dari nama-nama besar seperti Adobe, Amazon, Google, Facebook, Cisco, Mozilla, Netflix, Nvidia, Apple, AMD, dan beberapa lagi adalah kombinasi yang telah mencipta AV1.

Pemegang paten bersama teknologi HEVC telah menuntut bayaran lesen yang banyak, dan peneraju industri menganggap ia bukan satu bentuk pelaburan yang berbaloi.

Kos perlesenan HEVC menjadi mahal kerana ia diperlukan dari tiga pemilik bersama iaitu MPEG LA, HEVC Advance, dan Velos Media – yang mewakili Ericsson, Panasonic, Qualcomm, Sharp, dan Sony.

Terciptanya AV1, sebagai penyambung kepada VP9, dan berasaskan dari kod VP10, ia dilihat mampu menjadi pesaing yang bebas dari sebarang royalti serta bersumber terbuka, sekaligus menggantikan HEVC.

Secara ringkasnya, selain tiada lagi tuntutan royalti, AV1 adalah codec yang dicipta khas untuk internet. Kenapa? HEVC telah menyelesaikan masalah kualiti video dengan saiz yang kecil, dan AV1 pula menyusul dengan membawakan agenda yang sama, tetapi bertambah 30% dari segi keberkesanan.

Oleh itu kualiti video berbanding HEVC sudah semestinya lebih baik dan tampak signifikan, dan saiznya juga adalah lebih kecil.

Bagaimana cara nak cuba AV1?

Cara paling mudah adalah menggunakan YouTube.

Iklan Google

Buka pautan berikut: YouTube – TestTube

Pada bahagian AV1, klik pilihan ‘Always Prefer AV1‘.

Untuk memudahkan anda, bukan sahaja pautan ini: AV1 Beta Launch Playlist.

Iklan Google

Bagaimana pula nak tahu jika YouTube sedang menggunakan codec AV1 ini?

Iklan Google

Anda cuma perlu klik kanan pada video, dan klik pula pada ‘Stats for nerds‘.

Jika YouTube sedang menggunakan codec AV1, akan terpapar informasinya di bahagian Codecs.

Jika anda lebih berminat hendak muat turun video pula, Netflix ada menyediakannya di: AV1/Chimera

Semestinya pemain media pilihan saya adalah MPC-HC.

Iklan Google

Sedikit nota, untuk YouTube, belum tentu semua video sudah menggunakan codec AV1 ini. Manakala apabila ia sudah pun menggunakannya, tidak semua video sudah beresolusi definisi tinggi penuh. Jika anda nampak video hanya beresolusi definisi standard, anda boleh tukarkan tetapan kepada ‘Prefer AV1 for SD’ atau kembali kepada ‘Auto’.

Ianya masih dalam proses ujian, maka tidak hairanlah ia perlu diaktifkan terlebih dahulu.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img