Pembangun TVZion Mengancam Lanun Aplikasi Dengan ‘Pembalasan’ Setimpal

Baru saja kami menulis mengenai aplikasi TVZion yang mendapat sambutan ramai, terkini pembangun aplikasi tersebut mengeluarkan ancaman kepada pengguna aplikasinya yang mengakses versi pro secara tidak sah.

Selain dari laman-laman torrent yang semakin diancam kepupusan akibat tuntutan saman dan notis DMCA, aplikasi strim lanun juga tidak kurang mengalami kejatuhannya yang tersendiri.

Selain pembangunan dihentikan, ia juga sebenarnya ‘dibunuh’ secara tidak sedar oleh pengguna versi lanun cetak rompak.

Perkara sama terjadi kepada aplikasi TVZion.

Iklan Google

Versi standardnya adalah percuma dan disokong oleh iklan-iklan. Manakala terdapat versi ‘pro’ bagi mereka yang ingin membuang paparan iklan serta mendapatkan ciri-ciri premium lain, dengan sedikit bayaran.

Seperti biasa, apabila terdapatnya pilihan bayaran, maka akan wujudlah lanun-lanun aplikasi yang cuba mendapatkan ciri-ciri premium tersebut tanpa membayarnya.

Masalahnya ialah kos-kos yang ditanggung oleh pembangun tidak dapat diselesaikan apabila perbuatan lanun-lanun yang menikmatinya secara percuma menggagalkan usaha itu.

Sedikit petikan kata dari pembangun:

“Jadi semalam saya terpaksa menutup pelayan seketika untuk melancarkan pengoptimuman yang lain. Setelah memeriksa log, boleh dikatakan kira-kira 35% pengguna aplikasi adalah dari pengguna mod. Terima kasih kepada YouTubers tidak berakal, mereka hanya mempromosikan versi yang diubahsuai”.

“Pendek kata aplikasi berasaskan pelayan tidak akan kekal dengan keadaan seperti ini kerana akhirnya saya akan kehabisan pengoptimuman dan sewa pelayan. Jadi, saya memikirkan tindakan balas untuk menghalang pengguna daripada menggunakan versi yang diubahsuai dan juga menghalang YouTubers dari mempromosikannya”.

Antara ‘cadangan’ yang difikirkan oleh beliau bagi membanteras para lanun ini ialah:

Iklan Google

1. Log pengguna aplikasi mod untuk dapatkan alamat IP, cap waktu (timestamps) dan kandungan yang diakses.

Iklan Google

2. Perlombongan Crypto – Menggali wata wang crypto secara tersembunyi di balik tabir.

3. Menggunakan peranti sebagai proksi. Ini pada dasarnya akan menjadikan peranti mereka sebagai pelayan proksi dan ia akan digunakan sebagai sandaran kepada pengguna lain.

Setakat ini masih belum ada jalan penyelesaian muktamad yang telah dibuat. Ramai pengguna meluahkan rasa kurang senang dengan idea-idea tersebut kerana ironinya TVZion sendiri adalah aplikasi lanun penstriman, dan pembangun mendapatkan hasil dari kerja-kerja lanunnya.

Cubaan menyekat aktiviti lanun ke atas aplikasi lanun adalah satu ironi paling besar, walaupun justifikasinya adalah dapat difahami. Banyak cara lain boleh digunakan, terserahlah kepada pembangun untuk melaksanakan cara yang mana.

Iklan Google

Sekarang anda sudah nampak bukan, betapa pentingnya menjaga data sulit dan melindungi privasi?

Sumber: Discussion, what to do with mod users?

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img