iflix Menggunakan Data Dari Lanun Cetak Rompak Untuk Menambah Baik Kandungan Laman

Gambar dari: KLGadgetGuy.

iflix kini sudah mempunyai 6.5 juta pelanggan dari 25 buah negara di seluruh Asia.

Walaupun Netflix boleh dikatakan sebagai ‘pemain utama’ dalam industri servis penstriman, iflix tidak memandang mereka begitu.

Iklan Google

Sebaliknya iflix lebih menganggap lanun-lanun cetak rompak sebagai ‘pemain’ yang lebih besar.

“Itulah pemain yang lebih besar”, kata Sherwin Dela Cruz, Pengurus Negara iflix, dalam temu bual dengan The Boss ANC.

Iklan Google

Dela Cruz berkata mereka tidak terasa terganggu dengan perkembangan pesaing servis penstriman yang lain kerana terdapat ruang untuk berkembang di Filipina dengan mengambil kira kandungan video yang dicetak rompak secara berleluasa di negara itu.

“Semakin cepat kami mendapat pelanggan untuk membayar perkhidmatan kami dan menonton kandungan dalam salah satu perkhidmatan sebenar, saya fikir pada waktu itu barulah kami boleh mengatakan bahawa pasaran benar-benar berkembang.”

Menurut sumber dari TorrentFreak, disebabkan itu iflix menggunakan khidmat dari syarikat Jerman TECXIPIO, yang dikenali dengan pemantauan trafik BitTorrent, untuk mengenal pasti trend cetak rompak semasa. Selain itu, mereka juga membeli DVD cetak rompak dari penjual jalanan untuk mengetahui apa yang pembeli inginkan.

Gambar dari: The Nation.

Maklumat tersebut kemudiannya digunakan untuk menukar kandungan-kandungan yang telah dicetak rompak tersebut kepada kandungan berlesen, supaya mereka dapat menawarkan alternatif terbaik kepada cetak rompak.

iflix percaya bahawa kebanyakan pengguna sebenarnya enggan menjadi lanun cetak rompak namun tidak mempunyai pilihan atau alternatif lain. Dengan adanya tawaran seperti ini, iflix yang bersaing secara terus dengan lanun-lanun cetak rompak berharap pasaran akan menjadi lebih berkembang apabila mereka berjaya mengurangkan bilangan individu yang memuat turun secara tidak sah (atau bahasa brutalnya – haram).

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 komen

  1. Kalau tak dipecahkan ruyung. Macam mana nak bersagu seluruh kampung. Biarlah sama2 untung. Kahsian kat Mak Long. Nak berK-Pop … BR1M pun tak tanggung …

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img