Sophos Menambah Keupayaan Pembelajaran Mendalam Untuk Program Akses Awal “Intercept X”

 

OXFORD, U.K. – 10 Nov, 2017 Sophos (LSE: SOPH), peneraju global dalam rangkaian dan keselamatan titik akhir hari ini mengumumkan bahawa pengesanan malware yang didorong pembelajaran mendalam kini tersedia melalui program akses awal Intercept X. Keupayaan pembelajaran yang mendalam ini telah dibangunkan menggunakan teknologi dari Invincea, yang diperolehi oleh Sophos pada bulan Februari 2017.

Iklan Google

Pertama kali dikeluarkan pada bulan September 2016, Sophos Intercept X adalah produk keselamatan titik akhir generasi baru yang berupaya menghentikan perisian hari-sifar, menghalang semua teknik eksploitasi yang diketahui pada hari ini dan menyertakan ciri anti-ransomware canggih yang boleh menghentikan kedua-dua varian ransomware yang diketahui dan tidak diketahui dalam beberapa saat sahaja. Dikeluarkan melalui platform pengurusan berasaskan awan Sophos Central, Intercept X boleh dipasang bersama perisian keselamatan titik akhir sedia ada dari mana-mana pembekal, sekaligus dengan segera meningkatkan tahap perlindungan titik akhir dengan menghentikan kod jahat sebelum dapat mendatangkan sebarang risiko dan bahaya.

Pembelajaran mendalam adalah cabang pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan yang memanfaatkan rangkaian saraf buatan untuk membina model yang digunakan untuk membuat ramalan dengan kelajuan, skala, dan penaakulan yang melebihi keupayaan manusia biasa. Rangkaian saraf yang mendalam dari Intercept X dilatih pada ratusan juta sampel untuk mengesan samada sesebuah fail yang berkenaan adalah hasad, berpotensi tidak diingini, ataupun sah. Pembelajaran yang mendalam adalah lebih berkesan daripada pendekatan pembelajaran mesin tradisional kerana set latihannya dibina pada skala yang lebih besar, dengan model yang lebih kecil, dan pengesanan yang lebih berkesan.

“Keberkesanan dunia sebenar Intercept X telah dibuktikan melalui perlindungan proaktif pelanggannya semasa wabak WannaCry, dan sekarang kami mengambil pengesanan malware hari-sifar ini ke peringkat seterusnya,” kata Dan Schiappa, Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan  kumpulan Enduser and Network Security di Sophos. “Lebih maju daripada pembelajaran mesin konvensional, sistem pembelajaran mendalam Sophos dapat ditingkatkan skalanya kepada beratus juta sampel latihan, yang bermakna teknologi kami dapat ‘menghafal’ landskap ancaman awam sebagai sebahagian daripada proses latihannya. Ini dapat meningkatkan hasil pengesanan untuk malware baru dan unik tanpa jumlah positif-palsu secara drastik seperti yang dihasilkan oleh produk dari pembekal yang lain. Ini adalah langkah seterusnya dalam pelaksanaan teknik pembelajaran mendalam yang merangkumi keseluruhan portfolio kami. Pelanggan awal kami telah memasang pengesanan yang dipertingkatkan ini dan kami kini meluaskan akses kepada teknologi ini melalui program akses awal Intercept X. ”

Iklan Google

Penambahbaikan tambahan untuk Intercept X kini tersedia melalui program akses awal termasuklah perlindungan aktif penggodam, penguncian aplikasi, dan pencegahan eksploitasi yang lebih baik.

Program akses awal Intercept X dibuka untuk capaian umum. Untuk menyertai program dan komuniti, sila lawati https://community.sophos.com/products/intercept/early-access-preview/.

Sumber untuk menerangkan tentang pembelajaran mesin, pembelajaran mendalam dan bagaimana kecerdasan buatan boleh meningkatkan keselamatan siber tersedia di laman web Sophos:

We’re Taking a Quantum Leap over Traditional Machine Learning
Five Questions to Ask about Machine Learning
Why Artificial Intelligence is Not Skynet in the Making
Defining the truth: How Sophos Overcomes Uncertain Labels in Machine Learning
Demystifying Deep Learning: How Sophos builds Machine Learning Models

 

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img