Assalamualaikum.
Sebagaimana yang kita ketahui, sebelum ini terdapat banyak ‘Black Market’ untuk peranti Android yang popular, contohnya Applanet dan Snappzmarket. Tetapi keduanya dan beberapa lagi yang lain sudah ‘bungkus’ ditapau oleh FBI dengan perasaan terharu. Ceh..
Jadi kebanyakan peminat Black Market ini kebuntuan kerana alternatif kepada Google Play sudah tidak kelihatan, ditelan peredaran zaman (ewahhh..). Namun jangan buntu awal pagi, kerana masih ada yang sayang. Haha..
Berikut adalah 3 Android Black Market yang saya gunakan sebagai alternatif kepada Google Play Store:
Pada waktu entri ini ditulis, versi yang stabil ialah v1.8. Dari sudut tampilan, rasanya ia agak baik, ringkas, dan mudah difahami. Cuma beza antara Mobilism Market dengan Black Market yang lain ialah ia tidak menawarkan fungsi muat turun secara terus. Anda akan diberi pautan luar seperti DepositFiles, Uploaded.net, Filejungle dan sebagainya.
2. Aptoide
Ini adalah Market kegemaran saya, selepas Snappzmarket dibubarkan. Ia menggunakan konsep repositori, dan setiap aplikasi yang ingin anda muat turun akan tersenarai sekiranya terdapat di dalam repositori yang anda gunakan. Selain itu, ia menawarkan kemudahan muat turun secara terus dari aplikasi Aptoide tersebut. Anda juga boleh mencipta ‘stor’ anda sendiri dan berkongsi mana-mana aplikasi yang terdapat pada telefon bimbit anda.
Anda boleh mengoptimumkan penggunaan Aptoide dengan memasang aplikasi Aptoide Uploader, Aptoide Repos, dan Bazaar News & Aptoide. Aptoide Uploader berfungsi sebagai pemuat naik aplikasi yang berada pada peranti anda, jika anda mahu kongsikannya pada stor anda sendiri. Aptoide Repos pula bertindak sebagai pengemaskini repositori, dan Bazaar News pula adalah sumber aplikasi yang terdapat pada Aptoide.
Ini adalah alternatif terakhir kepada semua Black Market yang masih ada. Selain antaramuka yang ringkas, kemudahan muat turun secara terus, ia juga membolehkan anda periksa sekiranya terdapat kemaskini untuk aplikasi yang anda gunakan. Namun, harus diingat ia masih lagi versi beta, jadi ia amat mudah crash, kelajuan muat turun juga adalah perlahan.
Bonus: Blapk.market
Ini juga adalah alternatif kepada anda untuk mencari aplikasi berbayar secara ‘black market’. Tetapi buat masa ini, aplikasi yang ditawarkan perlu didermakan dahulu sejumlah wang yang (minima) sebelum dapat anda gunakan. Jadi jika anda tidak mahu menderma, anda perlu tunggu sehingga versi stabil dirilis. Setakat ini dah berbulan juga la saya tunggu, bulan tak timbul-timbul! Hahaha!
Kalau anda enggan memberikan derma, anda boleh cari aplikasi yang anda mahu melalui laman web rasminya. Terdapat bar carian di situ, dan anda perlu buat satu akaun (percuma) untuk membolehkan anda log masuk serta gunakan laman webnya itu.
Apakah alternatif yang anda gunakan? Boleh kongsikan dengan kami di sini?
Dr. Freddy:
Bagai indrajit depan rawana
Sepuluh kepala sepuluh bahu
Berdatik saja mengaku di raja
Aku tuntut janji mu prabu
Sang sita balik dalam pelukkan ku
boley sy taw apa mksud pntun di atas?