KDE 4.10 : Beberapa Tips dan Trik Selepas Pemasangan

Buat para pengguna KDE yang masih belum mengemaskininya kepada versi terbaru iaitu 4.10, anda patut berbuat demikian kerana versi ini sememangnya lebih baik dari segenap segi.

Memilih Arch Linux sebagai distro bermakna anda perlu lakukan hampir semuanya sendiri, meskipun anda tidak bersendirian dalam menggunakan Arch Linux, kerana komuniti Arch Linux semakin ramai dan berkembang, walaupun mereka yang konsisten menjawab soalan anda dalam forum cumalah seorang-dua sahaja. Hahaha..

Apa perkara menarik yang boleh kita cuba atau lakukan pada KDE 4.10? Hmmm..
Masih banyak lagi yang belum saya ‘terokai’, tapi mari kita cuba beberapa perkara untuk meluaskan lagi skop pandangan kita terhadap KDE.

1. Kenali DreamDesktop

Apa itu DreamDesktop? DreamDesktop ialah wallpaper animasi untuk desktop KDE. Cuba tonton video pendek di bawah untuk mendapatkan gambaran:



DreamDesktop terdapat dalam AUR : plasma-wallpaper-dreamdesktop

Jadi anda boleh pasangkannya seperti pakej biasa yang lain. Jika anda mahu menggunakan versi terbaru (0.3.0), anda boleh sunting fail PKGBUILD yang disediakan dan muat turun fail tarball versi terbaru di sini : plasma-wallpaper-dreamdesktop-0.3.0.tar.bz2

Suka untuk saya ingatkan wallpaper animasi menggunakan sumber CPU dan RAM yang agak tinggi, jadi kalau anda cuma menggunakan peranti dengan spesifikasi rendah/lama, DreamDesktop mungkin tidak sesuai untuk peranti anda.

2. Auto-mount Android


Kalau tak silap saya, KDE 4.10 telah mengintegrasikan sambungan kepada peranti Android dengan lebih baik. Namun jika anda dalam kes saya, di mana peranti di-mount sebagai ‘camera’, maka cuba pasangkan kio-mtp dari repositori rasmi:

sudo pacman -S kio-mtp

Akan terpapar 3 pilihan untuk membukanya seperti gambar di bawah, pilih ‘Open with File Manager’ dari pilihan yang ketiga:




3. Buang/nyahaktif Kwallet

Kwallet menjengkelkan anda? Kalau anda memasang KDE 4.10 dari pakej meta seperti saya, maka untuk membuangnya juga agak menjengkelkan kerana pakej meta mempunyai dependency yang agak sulit. Contohnya, untuk membuang Kwallet:

sudo pacman -R kde-meta-kdeutils kdeutils-kwallet

Namun jika anda mulai semula PC anda, paparan popup tetapan seperti di bawah tetap akan keluar:

Dari sini untuk menyahaktifkan popup ini anda cuma perlu klik ‘Next’.

Sila perhatikan, pada kotak ‘Yes, I wish to bla bla bla’ tidak ditandakan. Klik ‘Finish’ untuk menutupnya.

4. Conky

Merujuk kepada ArchWiki, anda perlukan pakej feh untuk menjadikan paparan Conky kepada pandang telus (transparent). Namun ada jalan yang lebih mudah, iaitu anda cuma perlu baris berikut ditambahkan/diubah pada fail .conkyrc anda:

background no
own_window yes
own_window_type normal
own_window_argb_visual true
own_window_transparent yes
own_window_hints undecorated,below,sticky,skip_taskbar,skip_pager
double_buffer yes

Contoh paparan Conky, pandang telus:

5. Eye-candy

Gnome ada Compiz, KDE ada Kwin. Ok, ok, KDE juga boleh menggunakan Compiz sebagai Window Manager, kalau anda suka. Tetapi saya lebih kepada originality (ceh..poyo pulak..) jadi kita cuba kekalkan Kwin untuk menguruskan tetingkap.

Anda boleh teroka sendiri tetapan-tetapan yang ada pada System Settings -> Dekstop Effects

Lupa pula Arch Linux bukan spoonfeeding distro. Heheh..

6. Menjadikan Aplikasi GTK Tampil Sepadan Dengan Tema KDE

(Kredit serdotlinecho) <— orang Melayu rupanya.. Heheh..

sudo pacman -S gtk-theme-switch2 oxygen-gtk2 oxygen-gtk3

Tekan gabungan kekunci Alt + F2 untuk menjalankan krunner, dan taipkan ‘gtk-theme-switch2’, kemudian tekan Enter. Pilih dari senarai tema yang ada -> oxygen-gtk

Tampak lebih kemas dan cantik? Terima kasih serdotlinecho atas tips yang diberikan.

7. Compiz Fusion Icon

Kadangkala apabila anda cuba membuat perubahan, contohnya pada tema dekorasi window, ia seperti ‘tidak berkesan’ atau tidak berlaku apa-apa. Jadi dengan menggunakan bantuan Compiz Fusion Icon, anda cuma perlu klik kanan padanya dan klik pula pada ‘Reload Window Manager’ untuk menampilkan perubahan.

Pasangkan Compiz Fusion Icon:

sudo pacman -S fusion-icon

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img