[ Info ] evasi0n, Generasi baru JailBreak

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Anda semua apa khabar? Harap sihat2 selalu yer.
Lama tak post entri baru, al maklum la, Final Exam nak dekat >.<
Kalau ikutkan nak post selalu, tetapi masa cemburu dengan kita 🙁

Berbalik pada topik asal, iaitu evasi0n.
Apa itu evasi0n?

evasi0n ialah JailBreak generasi baru pada tahun 2013 ini.
Sejak Apple keluarkan iOS ( Operating System ) yang baru.
Maka ramai orang beralih kepada Android, atas sebab iOS 6 dan model baru Apple tidak boleh JailBreak.
Jika anda semua bersabar, berbaloi kerana evasi0n sedia berkhidmat untuk anda 🙂
evasi0n juga serasi dengan semua jenis iPhone, iPod Touch, iPad, dan iPad Mini yang sedang guna iOS 6.0 dan 6.1
 
Ada khabar angin mengatakan ini hanya rekaan semata2, ada kata ini hanya gimik untuk menipu orang ramai. Bagi saya, apa salahnya jika kita follow up tools ini.
Mana nak tau kot2 lah betul, tak rugi 🙂
Ada yang sanggup refresh website tu beribu2 kali ( ini saya baca komen mereka, betul or tipu wallahualam >.< ) kerana, mereka janji nak release Ahad, 03/02/13 sempena hari Super Bowl. Tetapi ada mengatakan Screenshot yang terdapat diwebsite mereka itu menunjukkan 04 ( kalender iDevices ikut tarikh phone ). 

Ramai tidak putus ada menanti, terus menanti, ada yang batalkan aktiviti2 pada hari tersebut semata2 nak JailBreak dan jadi orang pertama upload di Youtube untuk JailBreak iOS 6.1 😀
Nak jadikan cerita, mereka sebenarnya sudah ada Jailbreak untuk iOS 6 ini,
tetapi mereka tunggu Apple release final iOS, iaitu 6.1 ( maybe 6.1 ni clean upgrade kot tu yang mereka tunggu >.< ). Tapi Apple sudah baca taktik mereka, jadi Apple nak keluarkan iOS baru untuk tutup exploit2 untuk Dev-Team korek2 🙁

Eh, jauh dah keluar ni, hehehe. Back to topic, Jailbreak ni hasil kerjasama kumpulan evad3rs yang mana dianggotai oleh musclenerd, pod2g, pimskeks, dan planetbeing.
Mereka turut melancarkan website rasmi mereka, untuk maklumkan perkembangan projek mereka. Website tersebut akan saya lampirkan di penghujung entri ini 🙂

Mereka turut menyediakan apa yang anda perlu buat semasa nak guna tools ini

  1. Masa yang anda perlukan hanya 5 minit sahaja!
  2. Komputer anda haruslah OS Windows ( XP minimum ), Mac OS X ( 10.5 minimum ) atau Linux ( x86 / x86_64 ).
  3. iDevices anda haruslah running iOS 6.0 atau 6.1 ( anda boleh check di Settings > General > About > Version )
  4. Semestinya anda perlukan USB ( cable iDevices ) untuk Jailbreak 😛

Pekara yang anda wajib buat sebelum menggunakan tools ini ialah :

  1. Sila backup dahulu iDevices anda melalui iTunes atau iCloud. Saya cadangkan backup melalui iTunes sekiranya anda mempunya internet yang perlahan. Jika laju gunalah iCloud. Tetapi iCloud ada limit storage dia :P. Tujuan suruh anda semua backup itu untuk anda boleh restore maklumat anda sekiranya anda silap langkah semasa menggunakan evasi0n 🙁
  2. Jika anda menggunakan lock passcode, sila disable kerana jika anda tidak disable lock passcode sebelum guna evasi0n ini akan menyebabkan ada isu berbangkit ( error sana sini 😛 )
  3. Anda haruslah bersabar semasa proses Jailbreak ini berjalan. Jangan bukak iTunes atau Xcode ( ini untuk Mac ). Yang terbaik ialah jangan usik komputer anda semasa JailBreak beroperasi 😛
  4. Sekiranya terdapat error atau stuck di mana2 bahagian, jangan cuak dan jerit. Bertenang, istighfar banyak. Anda hanya perlu restart balik program itu, ” reboot ” iDevices anda ( jika perlu sila tekan button Sleep dan Home serentak sehingga keluar logo Apple, kemudian lepaskan kedua2 button tu, jangan lepas iDevices anda pulak, tak pasal2 jatuh. Dah la iDevices ni sensetif sikit 😛 

Itu sahaja yang perlu anda buat.
Tetapi jika anda sudah upgrade iOS, jangan lupa simpan SHSH Blobs, kerana bila iOS baru akan keluar, Apple akan stop SHSH Blobs iOS yang lama. Jangan harapkan Cydia kerana Cydia tak simpan pun SHSH Blobs anda :P.
Saya kena dah. Lupa nak backup SHSH Blobs iOS 5.1.1, padan muka kena pakai iOS 6.1 T.T
Tapi berbaloi upgrade kerana evasi0n nak keluar dah 😛

Untuk upgrade ke iOS 6.1, sila upgrade menggunakan iTunes, jangan update guna OTA a.k.a update kat iDevices anda, berkemungkinan ada masalah semasa nak JailBreak kelak. 🙁

Saya akan buat entri tentang cara nak simpan SHSH Blobs untuk iDevices anda.
Ini ada sedikit gambaran tentang entri ini. 🙂 

klik untuk melihat lebih jelas :3

Ini ScreenShot untuk check Version iOS anda. Saya pakai iOS 6.1. 🙂

klik untuk melihat lebih jelas :3

Lihatlah, 99% lagi. Terasa tidak sabar untuk JailBreak >.<

klik untuk melihat lebih jelas :3

Semua ada, iPhone 5, iPhone 4S, iPod Touch 5th Generation, iPad Mini, dan iPad 4th Generation ( yang ada dalam gambar tu la 😛 )

Untuk wallpaper pulak, sila klik bawah ini dan save 🙂

iPhone 5 / iPod Touch 5th Generation

 

iPhone 4 / iPhone 4S

iPad Mini / iPad 2







 

iPad 3 / iPad 4

 

Tak banyak gambar nak sumbat dalam ini kerana kesuntukkan masa.
Al maklum la, minggu akhir sebelum Final Exam ni kena siapkan kerja2 yang tertunggak >.<
Lab Report, Kuiz, Tugasan dan lain2. :3

Sampai di sini sahaja entri saya kali ni,
InsyaAllah ada kelapangan saya buat entri untuk simpan SHSH Blobs sebelum Apple hentikan pengeluarkan SHSH Blobs tu 🙁

Jika anda hendak memberi sumbangan kepada mereka, boleh klik > iOS 6.0/6.1 Jailbreak Team

Sama2lah kita menunggu, 99% sahaja lagi 🙂

P/s : Maaf jika info yang saya berikan ini salah, kerana ada yang saya dengar dari orang cerita, blog2 dan website2 🙂

Wallpaper itu kredit kepada iDownloadBlog 
Untuk lihat sendiri secara live perkembangan evasi0n, sila buka > evasi0n

Santai tengah malam

iOS 6.1 Pwned :3

 

Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img