Zaman Sekarang, Orang Bodoh Tak Kena Tipu!
AMP Ads
Mobile Ads
Home Editorial Zaman Sekarang, Orang Bodoh Tak Kena Tipu!

Zaman Sekarang, Orang Bodoh Tak Kena Tipu!

0
Mobile Ads

“Jangan Mudah Kena Bodoh” Adalah Kemahiran Paling Penting di Masa Sekarang

Kalau tanya saya, apa kemahiran paling penting buat masa ini, kemahiran inilah yang saya rasa duduk di tempat teratas. Dengar cukup mudah dan remeh, tapi impaknya besar dan membawa kepada banyak implikasi lain. Tidak semudah bunyinya, kebolehan untuk tidak kena bodoh memerlukan banyak pengetahuan dan kemahiran lain sebelum anda boleh menguasai ilmu “tak mudah kena bodoh”.

Tapi, ilmu asas paling mudah bagi menguasai ilmu “tak mudah kena bodoh” adalah “jadi bodoh”. Tak ramai orang sanggup “jadi bodoh” sekarang. Semuanya nak jadi cerdik dan kelihatan bijak. Tanya saja apa soalan, pastinya semuanya boleh jawab dan semuanya dia nak jawab. Mana boleh tunjuk dia bodoh, mesti nak tunjuk dia serba tahu.

Teringat kata-kata arwah datuk saya, “zaman sekarang orang cerdik lah yang kena tipu. Orang bodoh tak kena tipu sebab dia bodoh, dia tahu dia bodoh”. Mula-mula tak setuju juga kata-kata arwah, tapi memikirkan umurnya yang lebih tua, saya hormat saja. Bila saya meningkat dewasa, bekerja, memikul tanggungjawab, jadi blogger, terlibat dengan dunia IT, kata-kata arwah terngiang-ngiang di telinga saya. Dan akhirnya, saya setuju dengan kata-kata beliau. Penuh tersirat.

Lihatlah kes penipuan zaman ini. Kerugian hingga ribuan malahan jutaan ringgit. Siapa yang ditipu? Bukannya orang tidak bersekolah. Bukannya orang kampung yang tanam padi bela lembu. Tetapi, golongan profesional, golongan terpelajar, guru, malahan pensyarah universiti!

Orang kampung berpendidikan rendah, bila dihampiri para penipu pelaburan dan scammer, tidak melayan. Tunjuklah kepada mereka graf, kiraan, dan gambar kereta mewah sekalipun. Mereka tidak faham. Apa yang mereka tahu, duit tidak akan datang sendiri. Mestilah keluarkan peluh, baru ada hasil. Kereta mewah? Lamborghini? Ferrari? Mustang? Mereka tak kenal dan tidak kisah pun. Kereta apa yang mereka kenal? Backhoe, kerbau besi, ‘hailak’, mesin padi. Beli Mustang buat apa? Tak boleh tingkatkan hasil padi pun.

Berbeza pula dengan orang terpelajar. Petik saja beberapa perkataan dan ayat-ayat bombastik. Pasti mudah terpikat. Kripto, pelaburan, forex, pendapatan pasif dan terma-terma moden lain, semuanya mereka tahu atau buat-buat tahu. Tak nak tunjuk mereka tak tahu. Mereka ini ada akses untuk mendapatkan ilmu tambahan. Beberapa Google dan mereka sudah dapat idea kasar tentang bagaimana sesuatu perkara atau proses itu berlaku. Jadi, bila ada bunyi sipi-sipi atau seakan-akan sama dengan idea dalam kepala mereka, cepat saja masuk ke dalam hati.

Bila dah rasa mereka faham, terus percaya. Laburkan duit, berikan simpanan kepada scammer. Mereka tidak bertanya orang lain, kerana rasa sudah cukup tahu. Mereka tidak berbincang dengan orang lain, kerana ingin membuktikan kepada si bodoh tadi, betapa bodohnya mereka kerana telah melepaskan “peluang keemasan” ini. Akhirnya….. harapan tinggal harapan.

Galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi juga. Orang lain telinga tempayan, kita jadi telinga kuali. Habis harta digolok gadai, tinggallah gigi dan lidah saja. Berbaki kelopak salak, habis kain sehelai sepinggang.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version