Anda semua sedia maklum bahawa WonderFox adalah antara syarikat utama yang kerap memberikan perisian-perisian secara percuma dalam bentuk giveaway melalui blog OMG! Hackers?. Untuk Hari Ibu pada tahun ini, WonderFox berbesar hati memberikan lagi giveaway of the year pada semua mereka yang bergelar (atau bakal bergelar) ibu.
Jadi apa yang WonderFox berikan kepada anda kali ini?
Persembahkan kepada anda, WonderFox DVD Video Converter “Senior Version”. Ahahaha.. jangan tanya saya kenapa mereka menamakannya begitu. Saya pasti ada sebab yang munasabah, munasarawak, munakahat, munaniyandi, dan macam-macam muna-sebab lagi. Saya belum mencubanya dek kesuntukan masa, tetapi anda boleh menonton video di bawah untuk memahami serba-sedikit mengenai perisian ini.
Hey, nampak macam boleh tahan ‘advance’ juga walaupun ianya ‘Senior Mode’ bukan? Hmmm.. apapun semoga perisian ini memberi manfaat kepada anda, tidak kiralah anda menggunakan ia ataupun tidak, terima kasih tetap diucapkan kepada syarikat WonderFox atas hadiah Hari Ibu ini.
Buat anda yang sudah tidak sabar untuk mencuba, apa kata anda terus kepada pautan di bawah untuk memuat turun hadiah anda:
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com