Baru sahaja saudara Rakyat Siber menulis entri tentang Windows 8, saya pula menyusul dari belakang. Bukan nak sailang, bukan nak jadi pailang, tapi cuma nak berkongsi dan tolong orang. Jyeah..
Walaupun kami bukan orang pertama yang berkongsi keterujaan mengenai Windows 8, tetapi sebolehnya biarlah kami tambah dan segarkan keterujaan itu supaya orang tahu kewujudan sistem operasi yang bagus dari Microsoft ini.
Apapun di bawah ini ialah pautan rujukan dari laman blog ini, hasil tulisan penulis-penulis terbaik dari ladang (kecuali saya):
[Tinjau] Windows 8 Consumer Preview
Perisian Patut Dipasang Selepas Memasang Windows 8 Consumer Preview
Windows 8 Professional (32-Bit/64-bit) + Activator
Menambah Resolusi Pada Windows 8
– dan beberapa lagi entri lain yang lebih kurang serupa
Ironinya meskipun Windows 8 telah bertapak beberapa bulan, dan saya juga telah beberapa kali mengulang pasang mengikut versinya dari Developer kepada Consumer, beralih pula kepada RTM dan seterusnya kepada versi stabil, tetapi masih lagi ramai orang di luar sana yang kurang sedar akan kehadirannya.
Lucunya apabila ‘orang-orang IT’ sendiri masih skeptikal untuk mencuba dengan kata-kata lapuk lagi lusuh seperti “Eh..boleh install ke? Tak berat ke?”. Anehnya perkataan seperti ini kerana Netbook saya yang dikuasakan dengan pemproses Intel Atom juga mampu mengoperasikan Windows 8 Pro dan Enterprise dengan cemerlang!
Eh, cukuplah tu dengan bebelan, kita teruskan dengan nukilan.
Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah ISO Windows 8, semua dalam satu, 16 kesemuanya dalam satu ISO.
Windows 8 Final (Build 9200)
x86 (32-bit)
Windows 8 x86
Windows 8 N x86
Windows 8 Pro x86
Windows 8 Pro VL x86
Windows 8 Pro N x86
Windows 8 Pro with Media Center x86
Windows 8 Enterprise x86
Windows 8 Enterprise N x86
x64 (64-bit)
Windows 8 x64
Windows 8 N x64
Windows 8 Pro x64
Windows 8 Pro VL x64
Windows 8 Pro N x64
Windows 8 Pro with Media Center x64
Windows 8 Enterprise x64
Windows 8 Enterprise N x64
Saiz fail : 4 GB
Pautan muat turun:
1. Oxava
2. X–Z
Sumber : Oxava
Kata laluan fail: www.oxava.com
Di dalam fail tersebut terdapat fail ISO, permanent activator dan personalization enabler. Personalization enabler cuma digunakan sekiranya anda tidak dapat mengubahsuai Windows 8 anda selepas pengaktifan seperti gambar akaun, Start Screen dan juga Lock Screen.
Permanent Activator sahaja : Download
Personalization Enabler sahaja : Download
Nice share
To yg sedih xleh update klu update terus jadi not active