Widevine Dump: Kod Bocor Untuk Memuat Turun Video HD Dari Netflix, Disney+, Dan Amazon

Dengan lebih banyak cara untuk menstrim video dalam talian berbanding sebelum ini, melindungi kandungan video dari lanun cetak rompak yang gemar memuat turun terus menjadi isu utama bagi pemegang hak cipta.

Perkara ini selalunya dapat dicapai melalui Pengurusan Hak Digital, yang sering dirujuk sebagai DRM. Secara ringkasnya, DRM ialah alat anti-cetak rompak yang menentukan masa dan tempat kandungan digital boleh diakses oleh pengguna.

Widevine DRM ialah salah satu pemain terkemuka dalam bidang ini. Teknologi milik Google digunakan oleh kebanyakan perkhidmatan penstriman terbesar termasuk Netflix, Disney+, dan Amazon. Oleh itu, adalah kritikal untuk memastikan DRM selamat dari dibolosi individu yang tidak bertanggungjawab.

Iklan Google

DRM Widevine mempunyai beberapa tahap yang berbeza. Varian L1 adalah yang paling selamat, diikuti dengan L2 dan L3. Namun begitu, masih tidak mustahil untuk ia dipintas, dan nampaknya ada individu yang mula membocorkan kaedahnya.

Iklan Google

Pengguna GitHub dengan nama ‘Widevinedump’ telah menerbitkan beberapa repositori yang membolehkan orang ramai memuat turun video HD daripada platform penstriman popular, termasuk Netflix, Disney+, dan Amazon. Ini termasuk ‘DISNEY-4K-SCRIPT’, ‘Netflix-4K-Script’, ‘WV-AMZN-4K-RIPPER’, ‘HBO-MAX-BLIM-TV-Paramount-4k-Downloader’, ‘APPLE-TV- 4K-Downloader’ dan beberapa lagi skrip yang lain.

Kod tersebut kelihatannya seperti kod yang agak lama dan mungkin tidak selamat untuk digunakan. Jika ada yang tegar untuk mencuba, berkemungkinan ia boleh menyebabkan penggunanya disekat oleh platform penstriman atau mungkin lebih teruk lagi.

Kemudian, kebanyakan darinya tidak disertakan dengan Content Decryption Module atau CDM bagi tujuan memuat turun kandungan 4K. Untuk mendapatkan akses terhadapnya, bakal pengguna dikehendaki untuk membelinya terlebih dahulu dari ‘leaker’ tersebut.

Pembocoran kod ini meskipun satu bentuk tamparan buat platform penstriman, tetapi pembocornya tampak seperti mempunyai agenda lain. Ia seakan sebuah agenda ‘dendam’ terhadap beberapa individu di Discord, yang telah berkongsi kod tersebut secara peribadi.

Penggunaan kod ini adalah jelas melanggar peraturan DMCA. Atas sebab itu, kemungkinan untuk akaun ini dipadam oleh GitHub tidak lama lagi adalah sesuatu yang kita boleh andaikan akan berlaku.

Sumber: TorrentFreak.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img