Habis saja ‘ketar kepala’ membaca kesemua deskripsi, saya terus muat turun dan pasangkan ia pada Windows dan juga Arch Linux.
Kalau untuk sistem operasi Linux yang menyasarkan kepada golongan ‘power users’ ini, kita ada Arch Linux. Untuk pelayar web, nampaknya kita ada pendatang baru yang bernama Vivaldi.
Pendatang baru ini nampaknya telah diperkenalkan oleh bekas CEO Opera, iaitu Jon von Tetzchner. Sedikit quote dari laman web Vivaldi:
“Fast forward to 2015, the browser we once loved has changed its direction. Sadly, it is no longer serving its community of users and contributors who helped build the browser in the first place.”
Jadi disebabkan pelayar web yang ‘lama’ telah ‘kehilangan arah’, team Jon von Tetzchner mengambil keputusan untuk membuat sebuah pelayar web baru yang disasarkan kepada golongan pengguna termaju atau ‘advance users’ ini.
Vivaldi buat waktu ini hadir dalam status technical preview, dan hanya terdapat dalam versi 64-bit sahaja. Jadi buat mereka yang masih menggunakan PC lama, anda harus bersabar dahulu ya.
Antara ciri-ciri pelayar web ini yang menarik ialah Quick Commands, yang menyasarkan kepada pengguna yang gemar mempraktik kekunci pintas berbanding menggunakan tetikus.
Ia juga mempunyai ‘Notes’, ciri khas untuk mereka yang gemar mencatat nota pada sesebuah laman web yang dibuka, dan Notes juga akan secara automatik mengingati laman mana yang telah anda kunjungi, serta boleh mengambil paparan skrin pada laman tersebut.
Kalau pada Opera ia mempunyai ciri Speed Dials, nampaknya Vivaldi juga mempunyai ciri yang sama, malah telah diperingkatkan lagi dengan kebolehan untuk membuat folder serta menyusun mengikut kategori.
Tab Stacks pula membenarkan pengguna untuk membuat satu kumpulan tab yang dibuka supaya lebih mudah untuk mengendalikan tab yang terlalu banyak.
Prestasi (Performance)
Dari segi prestasi, nampaknya Google Chrome tampil ke belakang sedikit dalam ujian ringkas di laman Speed Battle. Saya membiarkan Google Chrome dan Vivaldi mempunyai 3 tab yang sama dan mengulang ujian ini sebanyak 3 kali dan ini adalah hasilnya.
Buat sementara waktu ini masih banyak ciri lain yang kekurangan pada Vivaldi, namun ianya telah pun masuk dalam perancangan contohnya penambahan extensions seperti yang terdapat pada Google Chrome, klien e-mail, synchronization dan lain-lain ciri penting.
Saya? Saya dah mula sukakan pelayar web ini dan sangat berharap agar ia membangun secara intensif dan pesat. InsyaAllah kita bakal ada pengganti untuk Opera, malah lebih baik jika kita dapat menggantikan Google Chrome.
Muat turun pelayar web yang ohsem ini di sini : Download Vivaldi