Jika
anda salah seorang pengemar peranti Android, tentu sekali anda pernah
mencuba aplikasi ini. Bagi sesiapa yang tidak pernah memasang atau pun
mencuba aplikasi Viber, antara fungsi-nya ialah permesejan, menelefon,
berkongsi gambar dan juga video.
Sama seperti servis
pemesejan lain seperti Vodoo, Viber juga menetapkan syarat iaitu
kedua-dua pihak mestilah mempunyai Viber dipasang pada mereka jika
tidak, cas lebihan akan dikenakan bagi setiap saat.
Aplikasi
menarik yang dilepaskan selepas kehadiran servis pemesejan nombor satu
dunia iaitu Whatsapp, kini sudah mencecah 200 juta pengguna di seluruh
196+ negara pada akhir bulan pada tahun 2012. Pada tahun 2013 pula,
Viber Media Inc. menambah lagi 8 bahasa menjadikan bilangan negara
mengikut pengguna bertambah ke 204+ buah negara.
Viber
versi Desktop ini memudahkan pengguna untuk merakam video atau berkongsi
gambar. Mereka hanya perlu rakam dan file video tersebut akan berada di
dalam directory tertentu. Skype, sebuah syarikat besar yang memudahkan
kita untuk berhubung dengan orang lain kini mendapat tentangan hebat
kerana hadirnya Viber versi Desktop ini.
Tak mau kata
apa dah, anda semua patut memasang aplikasi ini pada komputer
perseorangan mahu pun komputer riba anda.
Dapatkan Viber versi Desktop
di pautan ini: Viber Dekstop Version