Ulasan Surfshark VPN: Pakej Lengkap Dalam Satu Langganan

Surfshark, satu lagi nama yang sedang meningkat naik. Tidak pelik, kerana apabila diteliti cirinya tidak jauh berbeza dengan servis VPN yang telah lama bertapak.

Sepertimana ExpressVPN yang dikendalikan di bawah bidang kuasa British Virgin Islands, bayaran bulanannya agak sedikit mahal, tetapi ia ada satu kelebihan, iaitu dengan hanya satu akaun, anda dapat gunakan pada peranti berbilang tanpa had.

Faham tak macam mana kita nak buat workaround supaya bayaran bulanannya lebih murah?

Ya, kongsi akaun tersebut dengan rakan-rakan. Kalau sebulan bayarannya RM50, berkongsi dengan lima orang rakan bayarannya menjadi hanya RM10 sahaja.

Iklan Google

Itu kalau lima.

Dari segi kelajuan, anda boleh lihat sendiri paparan tangkap layar berikut.

Sepanjang menggunakannya, tidak terasa pun akan kekurangan kelajuan, walaupun ciri sekuritinya iaitu ‘CleanWeb’ diaktifkan.

Torrent

Dengan Surfshark, mereka tidak menyekat sebarang aktiviti torrent, walaupun digunakan pada IP US dan UK. Cuma apabila anda menggunakannya pada pelayan yang sedang sibuk atau tidak beberapa mesra dengan torrent, rangkaian akan dihalakan kepada pelayan dari Netherlands, seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah.

Kelajuannya?

Sudah pasti tidak mengecewakan.

Ini pula ketika saya cuba muat turun melalui telefon pintar, dengan rangkaian Maxis.

Iklan Google

Sekuriti

Dari segi perlindungan serta sekuriti, saya dapati tiada masalah pada DNS. Tiada sebarang kebocoran alamat IP yang berlaku. Ini bererti kliennya telah menjalankan tugas dengan sempurna.

Selain itu, ia juga ada ciri ‘NoBorders™ mode’, yang mana pada tanggapan saya ia adalah fungsi Anti-DPI yang mampu melepasi sekatan dari firewall yang agak ketat, dan akan menyekat pula pemantauan rangkaian dari pihak ketiga.

Tidak lupa juga, ia ada ciri ‘CleanWeb’, yang berfungsi sebagai penyekat iklan, malware, dan penjejak (trackers). Ini adalah satu bentuk bonus bagi mereka yang inginkan tambahan perlindungan dari pelbagai anasir tidak baik di internet.

Iklan Google

Netflix/Hulu/Laman Penstriman

Agak pelik apabila VPN ini mampu untuk strim Netflix dari mana-mana pelayannya (US), tetapi jika akan log keluar, dan mahu log masuk semula, ia akan memberikan ralat seperti gambar di bawah.

‘Workaround’ bagi isu ini mudah sahaja, cuma gunakan extension/addon proksi CyberGhost untuk melepasi ralat tersebut, dan kemudian nyahaktifkan ia, lalu gunakan sahaja Surfshark seperti biasa.

Sokongan Sebelum/Selepas Jualan

Iklan Google

Pada saya, kewujudan kekotak bual (chat box) di laman web rasminya sudah cukup untuk menyedapkan hati. Bila-bila masa sahaja pelanggan atau bakal pelanggannya boleh menghubungi pegawai khidmat jualan mereka bagi bertanyakan sesuatu atau mencari jalan penyelesaian masalah.

Saya pernah cuba menemuramah pegawainya, dan telah disambut dengan baik. Ini juga bererti mereka tidak menggunakan sebarang jenis bot bagi memberikan jawapan. Anda akan berhubung terus dengan manusia.

Iklan Google

Extension/Addon

Sebelum saya terlupa, Surfshark juga ada extension/addon yang boleh digunakan untuk melayari internet tanpa sekatan, serta strim laman kegemaran anda seperti Netflix. Ia dinamakan sebagai ‘VPN proxy’ dengan bersebab, kerana kebiasaannya extension seperti ini hanya meletakkan proksi sahaja yang selalunya telah siap sedia disekat oleh Netflix.

Tetapi dengan extension Surfshark ini, tanpa menggunakan klien VPN-nya pun anda sudah boleh melayari laman-laman yang disekat, serta strim Netflix dengan lancar.

Konklusi

Tiada keraguan lagi, Surfshark adalah satu servis menarik, yang mampu menyempurnakan keperluan privasi dan sekuriti yang anda mahukan.

Ditambah dengan ciri bilangan peranti tanpa hadnya yang membolehkan kita untuk berkongsi akaun dengan ramai rakan, ia menjadikan servisnya sebagai mampu dilanggan oleh semua orang.

Anda boleh langgan Surfshark beserta diskaun melalui pautan ini:

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img