Tingkatkan Pengalaman Hiburan Rumah Dengan Barisan TV LG Terkini Yang Dikuasai AI

Barisan TV Baharu LG Dijanjikan untuk Memberikan Pengalaman Menonton yang Tidak Tertandingi Melalui Teknologi AI yang canggih berserta ciri-ciri yang lain!

KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2024 – Rakyat Malaysia kini boleh menikmati hiburan rumah termaju dengan pelancaran barisan TV pintar yang baharu daripada jenama peralatan rumah dan elektronik pengguna terkemuka, LG Electronics Malaysia (LG): LG OLED evo AI TV, LG QNED Mini-LED AI TV, dan LG QNED AI TV. Menampilkan teknologi AI yang canggih, TV OLED dan QNED ini direka untuk mentakrifkan semula pengalaman tontonan anda dengan visual yang lebih mantap dengan ciri-ciri yang diperibadikan.

Untuk tahun ke-11 berturut-turut, LG terus mendominasi pasaran global OLED, dan TV terbaharunya yang terintegrasi dengan teknologi kecerdasan buatan AI tidak terkecuali. TV OLED dan QNED terbaharu LG dilengkapi dengan Pemproses AI α11 4K dan Pemproses AI α8 4K. Penambahbaikan ketara ini meningkatkan kualiti gambar,  audio, dan kelajuan pemprosesan. Pemproses AI α11 menyediakan pengguna TV OLED dengan peningkatan 70 peratus dalam prestasi grafik dan peningkatan 30 peratus dalam kelajuan pemprosesan. Sementara itu, Pemproses AI α8 TV QNED memberikan peningkatan 1.3 kali ganda dalam prestasi AI, peningkatan 2.3 kali ganda dalam prestasi grafik dan kelajuan pemprosesan 1.6 kali lebih pantas.

Iklan Google

Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, menyatakan keyakinannya dalam membawa teknologi terkini ini ke rumah pelanggan, menetapkan paiwai baru untuk kemampuan televisyen.

“Barisan TV terbaharu kami mewakili lonjakan ketara dalam teknologi hiburan rumah. Dengan mengintegrasikan keupayaan AI, kami menawarkan pengalaman menonton yang bukan sahaja lebih pintar malahan lebih peribadi dan lebih mengasyikkan. Di LG, kami komited untuk memastikan ‘Life’s Good’ untuk pelanggan kami, dan barisan produk yang dikeluarkan tahun ini adalah bukti dedikasi kami terhadap inovasi berterusan untuk kehidupan yang lebih baik,” kata Justin.

Iklan Google

Kemuncak pelancaran ini ialah pengenalan LG OLED evo AI TV G4 terbesar di dunia bersaiz 97 inci. Tingkatkan pengalaman menonton yang tiada tandingannya dengan televisyen perintis ini yang menggabungkan teknologi OLED evo yang menakjubkan dengan keupayaan AI termaju, memberikan visual yang menakjubkan dan ciri pintar yang menyesuaikan diri dengan pilihan tontonan anda. Skrin 97inci yang luas memastikan setiap perincian dihidupkan dengan kejelasan yang luar biasa dan warna-warna terang, meningkatkan hiburan rumah anda ke tahap yang lebih tinggi.

TV AI LG terkini memfokuskan pada ciri-ciri utama seperti berikut:

  1. AI Picture Pro untuk kualiti imej yang tiada tandingan – AI Super Scaling dan AI Director Processing membezakan dan memperkayakan objek dan latar belakang untuk kualiti imej yang unggul.
  2. AI Sound Pro untuk audio yang mantap – AI Surround Sound, AI Voice Remastering, dan AI Clear Sound mempertingkatkan vokal untuk kejelasan yang lebih tinggi sambil memanfaatkan sistem bunyi sekeliling maya 11.1.2 yang terbina dalam TV untuk audio yang lebih kaya.
  3. Penyesuaian AI untuk pemperibadian yang mudah – Nikmati ciri AI Picture Wizard, AI Acoustic Tuning, dan AI Brightness Control yang akan menganalisis persekitaran tontonan pengguna untuk memperhalusi imej dan audio berdasarkan pilihan pengguna secara automatik.
  4. Versi webOS terkini untuk pengalaman yang dipertingkatkan – Nikmati navigasi yang mudah dan pengesyoran kandungan dengan sistem sistem webOS 24 yang dipertingkatkan dengan teknologi AI. Kekal dikemas kini dengan ciri terbaharu dengan webOS Re: New Program yang menawarkan kemas kini tahunan selama lima tahun bermula pada 2024.
  5. TV 144Hz G-SYNC Pertama di Dunia – LG OLED G4 dan siri C4 dilengkapi dengan kadar penyegaran 4K 144Hz dan ciri HDMI 2.1 yang komprehensif, Barisan TV ini menampilkan Game Optimiser untuk menukar antara pratetap paparan dengan mudah yang juga serasi dengan teknologi AMD FreeSync dan NVIDIA G-SYNC®

TV OLED dan QNED LG tersedia dalam pelbagai saiz, pada harga:

Siri Model TV Inci MSRP (RM)
 

LG OLED evo AI

 

G4

97” 182,999
77” 36,499
65” 19,599
C4 83” 36,499
77” 32,599
65” 16,999
55” 10,399
48” 6,499
LG OLED AI B4 65” 12,399
55” 9,099
LG QNED LG QNED91 Mini-LED AI TV 86” 22,199
65” 10,399
LG QNED89 AI TV     98” 36,499
LG QNED86 AI TV 86” 16,199
75” 10,399
65” 7,459
55” 5,869

 

Pada musim sukan Olimpik, tingkatkan pengalaman anda dalam salah satu acara sukan yang paling dinantikan dan rayakan semangat kecemerlangan dengan “Let’s Gold Promotion 2024” dari LG, yang sedang berlangsung sehingga Ahad, 11 Ogos 2024. Promosi istimewa ini menawarkan peluang luar biasa kepada pelanggan untuk meningkatkan pengalaman hiburan mereka dengan model TV OLED terkini dari LG. Sepanjang tempoh promosi, pelanggan boleh menikmati sehingga RM2,500 kredit e-dompet TNG dan menerima jaminan tambahan percuma selama 1 tahun untuk model LG OLED TV terpilih. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menaik taraf sistem hiburan rumah anda dan alami kualiti gambar yang tiada tandingan serta ciri-ciri inovatif yang hanya LG boleh berikan.

Untuk maklumat lanjut tentang LG dan TV OLED LG, sila layari laman web rasmi LG https://www.lg.com/my atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk kemas kini, berita, and promosi terkini.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img