Tutorial : Cara untuk mengkonfigurasi MicroSD pada S7 Edge anda.

Assalammualaikum ,

S7 Edge telah dilancarkan 17 Mac lepas, Samsung memperkenalkan simpanan separa kekal (MicroSD).

 

Walaupun ia adalah baik untuk mempunyai simpanan separa kekal ini, kekangan yang timbul ialah , sebaik sahaja kad SD anda diformat anda boleh hanya menyimpan fail, gambar, dan video ke dalam microSD kad terbabit tetapi Aplikasi tidak boleh (Move to sdcard apps). bagaimana pun , saya akan mengajar cara bagaimana hendak menukar format tersebut menggunakan adb shell dan usb kabel.

Cara pertama , enable kan USB debugging di dalam Developer options

Iklan Google


Selepas itu , jika anda mengunakan window . tekan kekunci “Window+r” dan taip “cmd” didalam kekotak “run”



Seterusnya , taip “adb shell” dan taip “sm list-disks” , merujuk “disk:179,0” adalah partitions bagi S7 edge (Stock Partition) .

Seterusnya , kita akan partitionkan MicroSd kad supaya dapat dibaca didalam sistem storan samsung “/emulated/0”

Iklan Google

taip “sm partition disk:179,0 mixed 50″ dan tunggu seketika

Dan Partition SD card pn sudah dicipta didalam sistem storan peranti anda.

Anda boleh eksport data dan applikasi .

tetapi , saya akan memilih “sm partition disk:179,0 private” 

atas sebab privasi .. ckckckckckckc .


ada 3 pilihan , private , mixed , public . anda boleh pilih yang mana inginkan dan peratus partition adalah 10 – 90 . sebagai contoh “sm partition disk:179,0 mixed 50″


Nota : Tidak perlu root mahupun guna aplikasi , hanya menggunakan adb shell , jika anda tiada adb shell , google “download adb android” .saya tidak bertanggungjawab sekirannya anda tidak berjaya mahupun berjaya . hanya untuk exynos chip set sahaja , snapdragon boleh ikut tutorial ini . tutorial ini bukan hak milik saya mahupun rekaan saya , hanya sekadar look around di alam maya. Sesetengah aplikasi tidak boleh move ke dalam sektor private , private bermaksud sektor yang ditutup . mixed dan public sahaja boleh. sekian , wassalam.


S : Kenapa bila cucuk usb kabel dekat pc hanya keluar microsd card tetapi bukan internal storage ?
J:jika set kepada private , maka pc akan amek sektor private , jika anda set mixed atau public maka pc akan keluar kedua nya.


S : Saya tidak dapat menggunakan adb shell.
J:copy paste folder adb di C:/adb , dan masuk ke Enviroment Variables pilih path dan tambah kekunci C:/adb.


S:Kenapa tidak boleh move to sd ?
J:Bukan semua aplikasi boleh movetosd kerana masalah stock rom itu sendiri.


S:kenapa saya tidak boleh tukar storan di dalam camera setting ?
J:baca jawapan no 1.

Iklan Google

S:Kenapa tutorial ni sama macam dalam link yang diberikan tu ?
J:Itu untuk S7E snapdragon version , tapi saya buat ini untuk Exynos version (South-sea).

S:Awk ni noob la.salah fakta
J:Jika salah sila betulkan , nnt saya betulkan dan kreditkan atas nama awak.

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img