Dah lama rasanya tak post kaedah untuk mengubah/menggodam kata laluan pentadbir Windows (hack Windows Administrator password). Sebelum ini Mr.Hac pernah buat post pasal kaedah atau cara untuk hack Windows Administrator password (secara manual). Namun untuk hari ini, Mr.Hac memperkenalkan kepada anda beberapa tools yang dapat membantu anda untuk mengubah kata laluan, mengubah status akaun pengguna dan lain-lain lagi.
Tools Untuk Hack Windows Administrator Password
1. PC Login Now
URL: http://www.pcloginnow.com/
Didatangkan dalam bentuk exe dan apabila anda mengekstrakkannya, akan kelihatan fail berformat ISO. Fail ini perlu dirakam (burn) ke dalam CD atau Peranti USB mudah alih sebelum dapat digunakan. Ia bertindak/berfungsi secara offline. Ianya mempunyai Graphical User Interface (GUI) yang menarik dan mudah difahami dan yang paling penting, ia PERCUMA.
(Thanks to bro Dgodam for introducing me with this awesome tool. Where are you right now bro??)
2. Offline NT Password & Registry Editor
URL: http://pogostick.net/~pnh/ntpasswd/
Ini adalah satu daripada tool alternatif kepada PC Login Now. Kerana Mr.Hac penah cuba PC Login Now, ada beberapa komputer yang tidak dapat diubah kata laluannya atas sebab masalah yang tidak dapat dielakkan. Rujuk -> PC Login Now Trouble
Ia tidak mempunyai GUI dan hanya dalam bentuk teks (baris perintah). Mungkin ini tidak begitu menyenangkan bagi para pemula tetapi kalau anda rajin belajar, ia sebenarnya agak mudah.
3. Sala Password Renew
URL: http://www.kood.org/windows-password-renew/
Mampu mengubah kata laluan mana-mana pengguna pada mana-mana akaun, mampu membuat akaun baru dengan status sebagai Administrator, boleh menukar status akaun biasa yang sedia ada kepada Administrator, dan lain-lain lagi. Mempunyai GUI yang ringkas tetapi mudah difahami.
4. Ophcrack:
URL: http://ophcrack.sourceforge.net/
GUI sederhana dengan pelbagai fungsi, mudah digunakan dan boleh dipasang pada pelbagai sistem operasi (Multi OS Support). Berfungsi secara offline dan boleh melakukan apa yang anda mahu, iaitu mengubah kata laluan yang anda terlupa. Ia boleh dijadikan sebagai alternatif kepada PC Login Now dan Offline NT Password & Registry Editor sekiranya kedua-dua tool tadi tidak berkesan.
5. Pwdump dan John the Ripper
URL : http://www.foofus.net/~fizzgig/pwdump/
URL: http://www.openwall.com/john/
Pwdump juga bertindak tanpa GUI yang menarik, hanya berbentuk baris perintah. Perlu digunakan bersama John the Ripper untuk memecahkan kod hash yang dihasilkan. Tidak begitu mudah untuk pemula, oleh itu anda perlu banyak mengkaji cara menggunakannyaa terlebih dahulu.