Bagi mereka yang serius tentang blogging,mengetahui statistik pengunjung di blog adalah sangat penting. Kali ini kami akang berkongsi dengan anda 5 cara paling mudah untuk mengetahui statistik di blog anda.
Dibawah ini adalah 5 laman web yang menyediakan perkhidmatan “web statistic tool” untuk blog/web anda secara percuma.
1. Google Analytics
Google analytics mungkin adalah yang paling banyak digunakan oleh pemilik laman web/ blogger untuk mengetahui jumlah statistik pengunjung. Google analytics bukan sahaja memberikan statistik trafik yang tepat, malah boleh mengesan lokasi, sistem operasi dan juga jenis pelayar web yang digunakan pelawat.
2. Histats.com
Histat.com lengkap dengan ciri-ciri yang diperlukan untuk mengetahui statistik pengunjung. Histat.com menawarkan perkhidmatan ini secara percuma. Tampilan dashboard yang mesra pengguna dan mudah digunakan.
3. Sitemeter.com
Sitemeter adalah diantara salah satu penjejak trafik yang sangat popular dan banyak digunakan oleh laman web terkenal seperti lifehackers, gizmodo, kotaku dan banyak lagi.
Sitemeter terdapat dengan 2 caj perkhidmatan yang berbeza samada percuma ataupun berbayar (premium).
4.Onestatfree.com
One Stat juga menyediakan perkhidmatan ini secara percuma. Dengan meletakan banner one stat di blog anda, anda bukan sahaja mendapat laporan statistik pengunjung, malah dapat bersaing dengan laman web yang lain didalam carta one stat. Salah satu cara yang bagus untuk mendapatkan publisiti
5.StatCounter.com
Statconter mimiliki antara muka yang ringkas dan kemas, mudah digunakan dan percuma, kelemahan stat counter ialah mereka tidak memberikan statistik yang tepat seperti, keyword, sumber trafik dan maklumat lain yang berguna.
Sekian sahaja tentang 5 ‘Tools’ Percuma Untuk Lihat Statistik Pengunjung Di Blog. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun cadangan, anda boleh tinggalkan mesej di dalam kotak mesej facebook kami untuk maklum balas super pantas! Terima kasih.