Tips IT Untuk Hari Ini : Ingati 3 Perkara Penting Ini Sebelum Anda
AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Tips IT Untuk Hari Ini : Ingati 3 Perkara Penting Ini Sebelum...

Tips IT Untuk Hari Ini : Ingati 3 Perkara Penting Ini Sebelum Anda Mengalami Masalah Bersangkutan Dengannya

0
Mobile Ads
IT Tips of the Day (versi OMG! Hackers?):Ada 3 perkara penting (kritikal) yang seringkali dilupakan oleh pengguna iaitu:

1. Kata nama pengguna (username) dan kata laluan (password)

Dua data ini sudah terlalu kerap saya jumpa orang yang amat-amat-amat cuai dalam mengingatinya. Apabila diminta mereka memasukkan data ini untuk tujuan log masuk, selalu juga saya dengar ayat seperti:

“Ehh alamak aku terlupa la bro. Dulu aku buat akaun Google ni masa mula-mula guna henfon. Lepas tu aku tak ingat dah”,

Wow. Senang betul hidup. Jangan begitu. Ini adalah data paling kritikal sekali untuk diingati. Jika terlupa, banyak padah dan keburukan yang menanti.

Tetapi apabila terlupa juga, apa nak buat? Oh ya, kita ada dua opsyen iaitu:

2. Recovery e-mail (dan juga kata nama pengguna serta kata laluan untuk e-mail ini!)

3. Soalan sekuriti, seperti;


What was your first pet’s name?


What is your favorite food?


What is your mother’s maiden name?

Namun malangnya, kalau dah nombor 1 pun pengguna selalu terlupa, kebiasaannya nombor 2 dan 3 ni pun ke laut lah jawabnya!

Tips pendek dari saya, sila pastikan semua informasi anda mengenai 3 perkara ini dikemas kini dengan baik atau secara berskala supaya apabila anda terlupa butiran untuk nombor 1, anda tidak akan menghadapi masalah jika masih mengingati butiran data untuk nombor 2 dan 3.

Bagi akaun Google, anda boleh lakukan pemeriksaan untuk data sekuriti anda di pautan ini : Security Checkup


Pautan rujukan : New Research: Some Tough Questions for ‘Security Questions’

Selamat beringat!

 

Mobile Ads

Exit mobile version