Fallout Shelter – Bukan Sim City Yang Membosankan
Terus-terang, saya tak minat langsung dengan Sim City. Membuatkan ‘ketagihan’ pada mulanya, namun bila dah sampai ke ‘kemuncak’, diri sudah mula terasa muak. Bosan dengan gelagat anak kota yang mula merengek itu merungut ini.
Tapi dengan Fallout Shelter, saya dapat tersangkutkan diri pada permainan ini untuk beberapa minggu sudah. Sesuatu yang Sim City gagal untuk lakukan kepada Android Gamer tidak tegar seperti saya.
Pada mulanya Vault yang saya bina sudah agak ‘ok’ pada sangkaan saya, namun disebabkan tidak membinanya mengikut kepada spesifikasi yang sesuai, tidak juga mengikut kepada justifikasi yang baik, akhirnya ia ‘musnah’ diserang oleh Deathclaw.
Belajar dari kesilapan, saya tegar memulakan semula permainan dengan membina Vault baru. Berpandukan kepada beberapa tips dari kawan-kawan di Facebook dan lain-lain blogger, saya binanya sedikit demi sedikit hingga dapat mencapai setiap apa yang saya mahu ia jadi (setakat ini lah).
Permainan ini masih dalam ‘permulaan’ langkah, namun saya ingin cuba juga untuk berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu untuk semua yang meminati. Jom kita mula.
Bina Vault Bukan Hentam Kromo
Ya, benar. Membina Vault yang baik bukan main ‘ikut dan’ atau ikut suka. Sebenarnya ada strategi yang tertentu disebalik setiap binaan. Jom kita cuba teliti satu demi satu.
Setiap Ciri Istimewa Ada Peranannya
Terlebih dahulu saya nak beri tahu bahawa telefon saya ada masalah sikit dan dihantar kembali ke kedai untuk tuntutan waranti. Jadi telefon yang ada ‘di tangan’ saya sekarang ini adalah versi ‘spare’, tak sesuai dibuat bermain game. Jadi semua penerangan saya di sini adalah apa yang saya ingat. Kalau ada nama yang tersalah tu maaflah. Heheh.
Asas mudah faham, Dwellers yang tinggi ‘Charisma’, sesuai ditempatkan dalam Living Quarters. Kerana ciri ini paling mudah untuk ‘menambahkan’ lagi bilangan Dwellers. Untuk Strength, mereka ini sangat baik jika diletakkan di dalam Power Generator (ke Power Station eh? Lupa siot). Perception pula lebih baik berada di Water Treatment. Agility, anda letakkan mereka di Restaurant/Cafeteria.
Kenapa penting? Kerana dengan menempatkan mereka di tempat yang sesuai, maka produktiviti akan bertambah cepat dan efisien. Jika tidak, mereka akan lebih cepat murung dan menurunkan indeks kegembiraan mereka.
Tak lupa juga apabila tidak ditempatkan di bahagian yang betul lalu produktiviti menurun, ianya akan menyusahkan anda apabila datangnya serangan dari ‘Raiders’ dan ‘Deathclaw’.
Serangan Raiders dan Deathclaw
Apabila mula-mula hendak membina Vault, saya mencadangkan agar anda letakkan Power Station di bahagian atas sekali. Kerana apa? Kerana Dwellers yang perlu bekerja di situ adalah terdiri dari mereka yang tinggi ciri ‘Strength’. Adalah disarankan agar anda tambah bilangan Power Generator/Station ini kepada 3 buah sekaligus ianya akan bercantum (merge).
Kemudian naiktaraf ia supaya dapat menempatkan lebih ramai Dwellers dan juga dapat memaksimakan jumlah kuasa yang dijana. Apabila Dwellers yang tinggi ciri Strength ini sudah ramai, mereka akan menjadi benteng utama dalam menghadapi serangan dari kedua-dua unsur luar tersebut dan sekaligus dapat mempercepatkan proses kematian Raiders/Deathclaw serta mengurangkan kadar kematian Dwellers.
Sepanjang saya menggunakan tips ini, belum ada lagi Dwellers yang mati akibat serangan Deathclaw. Heheh. Hnsss.. Hnsss.. (bunyi hidung kembang). Selepas beberapa kali diserang Deathclaw, saya merasakan serangan Raiders selepas itu macam ‘ayam-ayam’ je. Heheheh.
Faedah Serangan Raiders Berbanding Deathclaw
Sebenarnya saya suka diserang oleh Raiders. Kerana apa? Kerana setiap kali diserang, komfom (confirm) semuanya akan mati. Apabila mati, berbanding Deathclaw, Raiders akan ‘meninggalkan’ kepada Dwellers sama ada CAPS ataupun senjata, mahupun baju. Setiap kali ditinggalkan barang-barang tersebut, saya akan terus ‘memberi’ ia kepada Dwellers yang bekerja di Power Generator untuk meningkatkan lagi keselamatan (senjata) dan ciri mereka sendiri (baju).
Hantar Dweller Yang Tinggi Ciri Luck & Strength Ke Wasteland
Jangan tak tahu, Dwellers yang tinggi dengan dua ciri ini iaitu Luck serta Strength amat membantu jika mereka dihantarkan ke Wasteland. Mereka ini sukar untuk mati, dan juga paling banyak mendapatkan barang lusuh (junk), senjata, serta baju untuk dibawa pulang ke Vault.
Setiap kali mereka pulang, seperti biasa saya akan terus ‘sarungkan’ baju kepada mereka yang bekerja di aras paling atas membawa ke bawah satu demi satu hinggalah kesemua mereka bersenjata dan memakai sesuatu baju yang meningkatkan ciri istimewa mereka.
Kenapa ini penting? Oh ya, ia amat penting bagi memastikan kelangsungan hidup Dwellers semasa diserang oleh Deathclaw. Apabila semuanya sudah mempunyai senjata masing-masing sampai di aras 3 cukuplah, semua Deathclaw akan tamat riwayat.
Sebenarnya banyak lagi yang saya nak tulis. Tapi entah kenapa kelajuan internet di pejabat ni agak teruk. Nak muat naik dan muat turun gambar punyalah seksa. Tak mengapalah. Kalau datang mood menulis saya balik, saya akan edit post ini dan tambah lagi tips berguna untuk anda. Selamat maju jaya dalam Fallout Shelter!
Muat turun permainan ini di sini : Fallout Shelter