Syarikat Perisian Antivirus Kaspersky Dalam Penyiasatan Itali

Pada Jumaat lepas, badan pemerhati data Itali berkata ia sedang menyiasat Kaspersky, sebuah syarikat keselamatan siber multinasional Rusia, kerana didakwa melancarkan serangan siber.

Menurut The Guardian, agensi itu berkata ia memulakan penyiasatan disebabkan beberapa saranan oleh organisasi Itali dan Eropah khusus dalam bidang keselamatan komputer, berhubung potensi penggunaan perisian Kaspersky untuk melancarkan serangan penggodaman berikutan pencerobohan Rusian ke atas Ukraine.

Reuters melaporkan bahawa Pejabat Persekutuan Keselamatan Maklumat (BSI) Jerman juga memberi amaran kepada pengguna perisian antivirus berkenaan dengan mengatakan syarikat itu boleh dipaksa oleh ejen kerajaan Rusia untuk menggodam sistem IT di luar negara.

Kaspersky Lab

Bagaimanapun, Kaspersky berkata ia adalah syarikat milik persendirian dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan Rusia sama sekali dan BSI bermotifkan politik. Agensi Itali dilaporkan meminta Kaspersky memberikan butiran mengenai bilangan dan profil pengguna Itali, serta sama ada data mereka dipindahkan ke Rusia atau tempat lain.

Iklan Google

Kaspersky berkata statistik yang dihantar oleh pengguna kepada syarikat itu boleh diproses pada perkhidmatan Rangkaian Keselamatan Kaspersky (Kaspersky Security Network) yang terletak di pelbagai negara di seluruh dunia, termasuk Kanada dan Jerman.

Sumber: The Guardian

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img