SwiftKey Beta Kini Menyokong GIF, Transliterasi Beberapa Bahasa Baru Dan
AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Android SwiftKey Beta Kini Menyokong GIF, Transliterasi Beberapa Bahasa Baru Dan Prediksi Hashtag...

SwiftKey Beta Kini Menyokong GIF, Transliterasi Beberapa Bahasa Baru Dan Prediksi Hashtag [Yeahhh!]

0
Mobile Ads

Saya memang peminat SwiftKey dari zaman ia masih lagi aplikasi berbayar, hinggalah ia diberi secara percuma sahaja – beserta tema-temanya sekali.

Saya juga mengikuti perkembangan aplikasi ini dari ia laju, kepada laggy, kepada kurang laggy, dan kembali laju.

Pelbagai ciri telah ditambah kepada SwiftKey, dan kali ini ciri yang dinanti telah tiba. Dah lama saya tunggu ia menyokong untuk menghantar GIF, dan selalu saya rasa ‘cemburu’ melihat Gboard.



Kini tidak lagi (yeahhh). Selain ciri GIF, ia juga sudah menyokong transliterasi bagi beberapa bahasa baru iaitu Bangla, Kannada, Malayalam, Marathi, Odia, Punjabi dan Telugu. Mungkin ini perubahan atau ciri tambahan yang tidak signifikan kepada kita, namun ia sangat dihargai buat mereka yang menggunakannya. I’m looking at you, all my Indian friends.

Ah, juga SwiftKey telah pun menyokong fungsi prediksi hastag. Saya rasa dari versi sebelum ini pun sudah ada. Cuma kali ini mereka telah menambah fungsi prediksi hashtag yang sedang trending atau viral. Ini memudahkan sesiapa yang mungkin ‘malas’ nak menaip hashtag yang sama setiap kali siap satu post.

Sesiapa yang nak mencuba tu dah boleh muat turun melalui Google Play Store, atau muat turun di laman APKMirror.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version