Salam..mari kita semua mengkaji dan memahami sedikit sebanyak mengenai perisian Ultrasurf tentang bagaimana cara ia berfungsi dan soalan-soalan lazim yang sering terkait dengan Ultrasurf..
buat masa ini, Ultrasurf sudahpun memasuki versi 10.08..masih tiada sebarang perubahan pada antaramukanya..port untuk Ultrasurf juga masih kekal 9666..
Entry ini Hac olah sedikit dari laman pembangun Ultrasurf dengan gaya dan bahasa Hac sendiri..jadi silakan membacanya, semoga anda semua faham tentang perisian ini..
Soalan-Soalan Lazim Mengenai Ultrasurf:
Mengenai Keselamatan:
1. Adakah selamat menggunakan Ultrasurf untuk melayari laman-laman web? bolehkah perisian pihak ketiga memantau laman web yang sedang dilayari?
Jawapan: UltraReach (laman pembangun Ultrasurf) menggunakan teknologi paling maju dalam kaedah enkripsi (perlindungan data)..kesemuanya terlindung dengan teknologi ini dan tiada pihak ketiga yang dapat memantau laman apa yang sedang dilayari..hak peribadi adalah prioriti utama Ultrasurf dicipta dan dibangunkan..
2. Jika saya melakukan Ultrasurf di dalam forum atau melawati laman web, bolehkah forum atau laman web itu mengetahui IP saya?
Jawapan: Tidak sama sekali..Ultrasurf menggunakan teknologi proxy termaju..tiada laman web yang dapat mengesan IP asal anda..
3. Adakah sebarang web history yang tersimpan di dalam PC saya?
Jawapan: Tidak..selepas anda selesai menggunakan Ultrasurf, ia akan memadam kesemua rekod laman yang pernah anda lawati.
4. Adakah Ultrasurf ini sejenis virus atau trojan?
Jawapan: Tidak sama sekali..Ultrasurf memberikan kepada pengguna teknologi termaju dan paling baru untuk melepasi sekatan dan halangan firewall dengan cara yang selamat..ia merupakan salah satu dari jenis perisian anti-censorship yang paling dikenali pada waktu ini, bukan virus mahupun trojan..beberapa syarikat perisian anti-virus mengklasifikasikan Ultrasurf sebagai virus atau trojan kerana ia mampu melepasi sekatan firewall dan websense..ini adalah satu kesalahan dan klasifikasi yang tidak betul..pihak UltraReach dalam proses untuk menyelesaikan masalah ini dengan syarikat-syarikat pembangun anti-virus melalui saluran teknik dan saluran undang-undang..ianya adalah misi kami untuk melindungi hak privasi pengguna ketika melayari internet..
Mengenai Tetapan:
5. Apa yang harus saya lakukan jika UltraSurf tidak boleh disambungkan ke internet?
Jawapan: Sila ikuti langkah-langkah berikut:
1) Semak sama ada PC anda boleh disambungkan ke internet.
2) Jika internet anda OK, sila disable firewall, dan perisian anti-virus. Restart UltraSurf.
3) Jika anda masih tidak dapat terhubung ke internet, itu mungkin kerana server kami terlalu sibuk. Sila cuba lagi nanti. Jika masalah ini sering berulang, sila hubungi kami dan berikan maklumat rangkaian persekitaran secara terperinci.
6. Mengapa UltraSurf adakalanya tidak menemukan server?
Jawapan: Jika ianya adalah masalah dari rangkaian anda, anda boleh mencubanya kemudian. Jika anda melihat antara muka pengguna UltraSurf memaparkan “network connection failure, check your network and proxy setting”, sila semak sambungan rangkaian atau tetapan proxy anda, dan juga tetapan firewall. Jika anda masih tidak dapat terhubung ke laman web kami, sila hantar platform terperinci dan maklumat rangkaian persekitaran.
7. Setelah memulakan UltraSurf, web browser IE tidak dapat terbuka secara automatik.
Jawapan: Anda boleh membuka web browser IE secara manual. Anda mungkin telah mematikan pilihan ‘start auto IE’. Anda boleh mengaktifkannya dengan mengklik Advance Setting pada antara muka UltraSurf. Sila lihat bahagian UltraSurf –> User’s Guide –> Advance Setting (Sila klik ‘Help’ untuk membuka User’s Guide’)
8. Apa yang boleh saya lakukan jika kelajuan lebih lambat dari biasanya?
Jawapan: Sila klik retry pada UltraSurf, kemudian cuba langkah-langkah berikut:
1) Pilih pelayan proxy (proxy server) yang berbeza
2) Semak sama ada anda sudah menetapkan proxy anda sendiri
3) Semak tatarajah “Advance Setting” -> “Proxy Setting”, dan sila lihat User’s Guide –> Advance Setting.
9. Jika mengaktifkan pakej firewall ZoneAlarm, apabila memulakan UltraSurf, ZoneAlarm mengeluarkan sebuah tetingkap yang memaparkan “UltraSurf MFC Application is trying to access the web.”
A: Cukup sekadar klik “Allow”.
10. Saya menggunakan pelayan proxy saya sendiri dan tidak boleh disambungkan ke internet, kenapa?
Jawapan: Mungkin proxy anda tidak sah. Sila semak kembali proxy anda. Ramai pengguna proxy mencari melalui saluran mereka sendiri dan beberapa proxy sudahpun tidak sah lagi untuk digunakan. Salah satu teknologi yang memberi sumbangan besar dari UltraReach adalah untuk menyambung semua sumber daya proxy server yang stabil di seluruh dunia, untuk memberikan sejumlah besar sumber daya yang stabil dari pelayan proxy. Pengguna pada masa kini dapat melayari internet secara bebas dengan langkah mudah.
11. Beberapa syarikat menyekat port 9666, yang digunakan oleh UltraSurf, bagaimana cara untuk melepasi sekatan itu?
Jawapan: 9666 adalah port tempatan. Kami akan menambah pilihan untuk membolehkan pengguna menetapkan port.
Mengenai Kepenggunaan:
12. Ultrasurf mengeluarkan satu tetingkap kecil dan menyuruh saya untuk mengemaskini..apa yang perlu dilakukan?
Jawapan: Ini adalah ciri UltraSurf’s Auto-Upgrade. Versi baru disimpan ke lokasi yang sama secara automatik dengan versi yang lama.
13. Mengapa laman utama (Homepage) UltraSurf’s mempunyai bar carian Google?
Jawapan: UltraSurf dapat menyembunyikan IP pengguna dan setiap sambungan internet dienkrip oleh Ultrasurf. Apabila pengguna melakukan carian Google di bawah perlindungan UltraSurf, mereka mendapat privasi dan keselamatan.
14. Jika UltraSurf sedang berfungsi dan PC saya shutdown secara tiba-tiba, adakah itu akan memberikan kesan kepada web browser saya?
Jawapan: Ya. Tapi itu boleh dipulihkan dengan mudah. Jika web browser anda tidak dapat disambungkan ke internet, restart UltraSurf dan exit secara normal. ia akan dapat berfungsi secara normal..
15. Beberapa gambar tidak dapat dipaparkan semasa penggunaan UltraSurf.
Jawapan: Mungkin kerana rangkaian sedang sibuk dan UltraSurf tidak boleh mendapatkan gambar dari pelayan. Anda boleh refresh web browser anda atau cuba untuk membersihkan cache web browser tersebut. Contohnya, jika anda menggunakan IE, klik Tools-> Internet Option-> Delete Files. UltraSurf automatik membersihkan cache jika anda menamatkannya (exit) secara normal.
Ingin Hac tegaskan disini bahawa Ultrasurf menggunakan teknik tunnelling yang termaju..ia akan meng-enkrip data dan sambungan internet anda daripada ‘dibaca’ oleh websense..namun jika sambungan internet anda agak LAMBAT sedikit dari biasa, anda KENA BERSABAR..Ultrasurf sudah banyak membantu dalam melayari laman web yang telah disekat oleh WEBSENSE..jadi jika anda tidak sukakannya, CARI KAEDAH LAIN..JANGAN BISING..bersyukur la ada perisian macam ni..
p/s: ayat last ni aku tujukan dekat orang yang menyalahkan Ultrasurf apabila sambungan internet mereka agak lambat setelah menggunakan Ultrasurf..kadang-kadang memang agak lambat tapi pada kebanyakan masa sambungan internet tetap laju seperti biasa..Hac sendiri selalu melakukan ujian kelajuan internet dengan memuat turun movie yang bersaiz besar..tiada masalah! cuma perlu setting pada IDM sahaja supaya protokol proxynya sama dengan Ultrasurf..jadi SEDAR DIRI sebelum menyalahkan perisian ULTRASURF ni..kalau benda ni takde, kau pun tak dapat nak bukak Youtube, Facebook, Nuffnang dekat pejabat kan??
Maaf..ayat agak tak formal sebab emosi sikit..
Anda boleh memuat turun e-book mengenai Ultrasurf
di sini (cara untuk block Ultrasurf) —> Ultrasurf-User’s Guide Of Blocking
dan juga di sini (Panduan Penggunaan) —> Ultrasurf6 – User’s Guide