Segmen Bloglist Abgteror | Tanah Tumpah Darahku!

Salam semua! haha..lepas Hac menyertai segmen dalam blog ar-rifke hari tu, hari ni Hac nak join lagi segmen dalam blog abgteror pula! jadi entry malam ni sangat santai! enjoy nohhh..

Untuk segmen ni, abgteror minta untuk sesiapa yang ingin menyertainya supaya menjawab soalan yang disediakan..dan Alhamdulillah, Hac tak perlu tag sesiapa..kalau nak kena tag, Hac jadi susah hati sikit sebab tak semua orang suka di-tag (abgteror pun cakap macam tu!)

Lagipun Hac fikir segmen ni senang sikit..sama macam segmen ar-rifke hari tu..tak sampai 5 minit dah siap satu entry..jadi, jom sama-sama kita terjah soalan dan jawapan dari Hac yang mungkin akan mengejutkan anda! ahahaha!

UPDATE: INI ialah KALI KETIGA ABGTEROR membuatkan header untuk blog My Hackers Are Here ini secara PERCUMA..ya..diulangi PERCUMA ya..kali pertama dan kali kedua Hac yang minta..kali ketiga ini Abgteror sendiri yang volunteer untuk membuatkannya kerana yang lama sudah tidak ‘kena’ dengan design template terkini..jadi kepada Abgteror, terima kasih daun keladi Hac ucapkan, kalau sudi design la lagi! hehehe!

Iklan Google
Iklan Google

Soalan dari Abgteror dan jawapan dari Arya Putra a.k.a Mr.Hac a.k.a Mr.Rious:

1. Dimana anda dilahirkan?
Ipoh darul ensem..heheheh..bangga betul jadi anak kelahiran negeri Ipoh..

2. Dimana anda dibesarkan?
Rumah..heheheh!! gurau je abgteror! dilahirkan di Ipoh, membesar di Ipoh juga..jadi anak Jati Ipoh ni sememangnya sangat rindukan tanah tumpah darahnya kerana di Ipoh begitu senang untuk menjumpai apa-apa yang kita minati..contohnya kalau minat dengan handphone, cari aje di Greentown Mall..berderet wok kedai handphone!

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror?
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA..

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut?
Cerita sedikit? cerita banyak pun boleh kalau abteror yang minta! Mr.Hac pilih Putrajaya kerana Mr.Hac sukakan pemandangan di Putrajaya..walaupun Putrajaya tidak banyak tempat untuk kita lawati, tetapi kita boleh (kerap) dapat melihat para pelakon berada disini kerana Putrajaya sering menjadi tempat (venue) pilihan para pengarah filem (Evolusi KL Drift 2 pun buat di Putrajaya juga)..
Selain itu, terdapat banyak event yang gempak dan menarik berlangsung di Putrajaya..Pesta Belon Panas, Funfair, Perhimpunan 1 Juta Belia (27-29 Mei) dan lain-lain lagi..ada juga Masjid Terapung yang menjadi kebanggaan Putrajaya..jadi pendek kata, cubalah datang kesini untuk melihat sendiri pelbagai jenis tempat yang seronok untuk dikunjungi..

Yes! siap! Ok..sekian dahulu buat masa ini abgteror..
nanti jangan lupa pilih Hac ya..heheh..terima kasih..salam..

P/S: Jangan lupa untuk turut serta dalam segmen ini ok..
sila layari pada pautan ini—> Segmen Bloglist Abgteror | Tanah Tumpah Darahku

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img