Sedikit Tips Untuk Pengguna Linux Deepin 12.12

Wow. Sejak dua menjak ni, OMG! Hackers? dah jadi macam blog rasmi untuk Linux Deepin pula. Heheh..
Tapi ada beberapa perkara yang teringin hendak saya kongsikan buat para pembaca khususnya yang sudah menggunakan Linux Deepin.

Beberapa hari ini saya kerap berbicara dengan para pembangun Linux Deepin berkenaan rilisan 12.12. Ternyata sememangnya terdapat beberapa bugs, namun statusnya adalah dalam pembaikan yang pastinya. Antara bugs tersebut ialah:

1. Tetapan DNS tidak dapat disimpan. Jika anda cuba klik pada ‘Save’ dan mulai semula (restart) sekalipun, ia akan kekal dengan tetapan asal.

2. Jika anda pasangkan tema atau ikon, tidak terdapat cara mudah untuk menukarnya melainkan anda pasang Gnome Tweak Tool, kerana aplikasi Ubuntu Tweak tidak dapat berfungsi pada Linux Deepin 12.12. Kemudian, jika ditukarkan sekalipun, hanya ikon pada Files (File Manager) sahaja yang berubah. Ikon-ikon lain kekal dengan rekabentuk asal.

Iklan Google

3. Sarikata pada pemain video DPlayer tidak dapat diubah saiznya.

Seperti yang saya katakan tadi, bugs-bugs ini berada dalam status pembaikan. Jadi para pengguna hanya perlu tunggu kemaskini rasmi yang boleh diperiksa melalui Software Center. Gambar di bawah ialah paparan desktop Linux Deepin 12.12 yang sedang saya gunakan:

Jadi mari kita teruskan dengan tips kita pada hari ini. Untuk tips yang pertama, ia adalah berkenaan dengan:

1. Mirrorlist

Jika anda periksa Linux Deepin 12.12, tiada cara yang lebih ‘mudah’ untuk menukar kepada mirrorlist terpantas untuk kawasan/negara anda melainkan melalui suntingan fail /etc/apt/sources.list. Kenapa? Kerana senarai mirrorlist yang terdapat pada Software Center kesemuanya adalah dari China/mirrorlist rasmi Linux Deepin.

Jadi bagaimana cara paling mudah mengubahnya untuk mendapatkan kelajuan terbaik semasa mengemaskini dan menaiktaraf sistem anda? Ya.. dengan menggunakan mirrorlist dari Malaysia, sama seperti yang terdapat pada Ubuntu/Linux Mint. Anda boleh dapatkan senarainya di sini, atau janakan dari sini.

Sunting fail /etc/apt/sources.list menggunakan nano atau gedit:

sudo gedit /etc/apt/sources.list

Beginilah bagaimana fail dari sistem saya kelihatan setelah diubahsuai:

Iklan Google

Setelah itu, kemaskini sistem anda untuk selaraskan ia dengan mirrorlist baru:

sudo apt-get update

2. Kecilkan Saiz Dock

Seperti yang anda boleh lihat pada paparan skrin pertama yang menampilkan desktop pada laptop saya, ternyata saiz dock sudah pun dikecilkan. Bagaimana caranya? Semudah anda buka Terminal, lalu salin dan tampal baris perintah dibawah:

gsettings set com.deepin.dde.dock active-mini-mode true

3. System Settings – Segalanya Ada Di Sini!

Iklan Google

Jangan lekas mudah tertipu dengan penampilannya yang ringkas!

Pada mulanya saya juga agak terkeliru dengan tampilannya yang ‘begini’, iaitu ringkas dan tampak tidak ‘meyakinkan’. Jika anda seorang heavy tweaker, jenuh juga memikirkan mengenainya, dan saya pasti anda akan berkata “Ini je ke setting yang ada?”. Hahah.. sabar..

Iklan Google

Lihat contoh di bawah, setelah saya puas godek baru saya tahu ada rupanya tetapan untuk Startup Applications, namun telah dinamakan semula kepada ‘Autostart’. Itupun perlu klik pada Default Applications, kemudian – Autostart.

Tetapan wallpaper juga perlukan sedikit ‘kesabaran’. Tetapi ia berbaloi kerana terdapat bahagian untuk anda muat turun wallpaper yang anda sukai – secara dalaman (built in) melalui System Settings:

Iklan Google

4. Tukar Tema

Anda boleh pasangkan tema atau pek ikon yang anda sukai, berapa banyak pun yang anda mahu. Namun, untuk menukarnya, anda perlukan Gnome Tweak Tool. Pasang ia terlebih dahulu:

sudo apt-get install gnome-tweak-tool

Anda akan dapati ia tiada didalam senarai menu. Errr.. tak mengapa, anda boleh jalankan ia melalui Terminal:

gnome-tweak-tool

Berikut adalah contoh tetapan dari sistem yang saya sedang gunakan:

Baiklah. Saya rasa cukup dahulu buat sementara waktu ini. Saya akan tulis lagi tips-tips yang berkaitan jika punya peluang dan ruang.
Bagaimana? Ada rasa tertarik untuk mencuba? Yaaa… silakan! Mari kita mulakan aktiviti godek dan godam Linux Deepin 12.12! Hulala~

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img