Saluran Youtube Yang Mengagumkan
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Saluran Youtube Yang Mengagumkan

[Rocket Jump] Saluran Youtube Yang Mengagumkan

0
Mobile Ads

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar? Moga sihat sejahtera dengan izin-Nya. Hari ini penulis berasa santai. Jadi penulis ingin ajak mereka iaitu anda yang berada dalam kekusutan ikut serta santai. Hilangkan kekusutan yang melanda diri. Saluran Youtube ini dihiasi dengan sekumpulan remaja yang rasanya pakar dalam dunia penyiaran. Ditambah pula dengan kewangan yang mencukupi kerana daripada video dihasilkan kita dapat membacanya. Begitu juga dengan kemahiran yang tinggi yang sedikit sebanyak membantu menghasilkan kualiti video yang tinggi. 
Ucapan tahniah kepada mereka kerana berjaya menghasilkan lebih daripada 158 video yang berkualiti tinggi dan menghiburkan. Rata-rata video yang dihasilkan mereka menyokong sehingga 1080p tahap kualiti video. Huh. Berdefinisi tinggi. Tapi,dengan kelajuan internet yang penulis miliki cukuplah sekadar 480p. Lupa untuk penulis perkenalkan tentang mereka ini. Memiliki produksi yang diberi nama “Rocket Jump”  lebih memudahkan lagi urusan mereka. Saluran Youtube yang diberi nama freddiew. Ada kena mengena dengan bro Fred ke? Rata-rata video yang mereka hasilkan ialah diadaptasi daripada permainan video yang popular seperti Assassin Creed,Far Cry dan lain-lain. Jadi,rasanya cukuplah sampai disini penulis penulis. Penulis sertakan beberapa video yang penulis telah tonton. Lupa untuk diingatkan bahawa video yang dihasilkan mereka bersifat komedi aksi/aksi komedi. Mereka telah sekat fungsi perkongsian melalui ’embed’. Jadi klik sahaja pautan yang diberi sebagai alternatif.

Hitman.

Old School vs. New School

Klik [disini] untuk ke laman rasmi Rocket Jump.
Klik [disini] untuk ke saluran Youtube freddiew.

Selamat menonton.
Sekian,Assalamualaikum. 

Mobile Ads

Exit mobile version