Review Buku: How to Win Friends & Influence People
AMP Ads
Mobile Ads
Home Ulasan Buku Review Buku: How to Win Friends & Influence People

Review Buku: How to Win Friends & Influence People

0
Mobile Ads

Saya bukanlah seorang yang pandai bercakap. Saya juga seorang yang dilahirkan dengan kemahiran komunikasi dan sosial yang teruk. Masalah perhatian menjadikan saya seorang yang cemerkap dan banyak selekeh dalam perbuatan dan perbualan. Saya juga sangat sedar dengan kekurangan saya ini dan kekurangan saya ini juga menghantui saya sepanjang zaman persekolahan saya.

Saya terjumpa buku ini ketika mengemas perpustakaan sekolah lama saya di MRSM Taiping dulu. Buku ini dah nak dibuang kerana sudah rosak kulitnya (gambar dalam post bukan gambar sebenar). Buku yang saya jumpa itu bersaiz kecil, lebih kurang saiz A6. Tapi hati saya tergerak untuk simpan daripada buang. Dan bermulalah detik perubahan yang saya kira paling besar dalam hidup saya.

Sebagai ‘budak asrama’, dah banyak kem motivasi dan ceramah motivasi yang saya hadiri (dan dipaksa hadir, ahah). Tapi, tak ada satu pun saya rasa ada impak. Semangat dua tiga hari, dan tiada kesan. Sampailah saya baca buku ini. Bukunya ringkas saja, tapi berikan anda beberapa tips ringkas dan mudah diamalkan untuk menjadi seorang individu yang lebih berkeyakinan dan berketrampilan.

Ia tidak memaksa anda menjadi orang lain atau menukar watak anda. Sebaliknya, ia cuma mengajar anda untuk lebih nampak yakin dan berkomunikasi dengan lebih berkesan. Anda akan lebih dihormati ketika berkomunikasi dan anda akan lebih belajar menghormati orang lain ketika berkomunikasi.

Antara tips yang saya ingat dan amalkan sampai hari ini adalah jangan lokek dengan pujian dan sentiasa senyum ketika bercakap. Sekiranya anda memberi pujian kepada orang lain, anda akan lebih diingati dan urusan anda akan dipermudahkan. Begitu juga dengan senyuman. Apabila anda bercakap dengan senyuman, anda akan nampak dan kedengaran lebih yakin dan lebih dipercayai.

Buat anda yang ada masalah sama seperti saya, cubalah buku ini. Murah sahaja, tak sampai RM20 pun sekarang. Mana tahu, ia juga akan jadi titik perubahan hidup anda juga?

Beli di sini: Shopee

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version