Assalamualaikum,
Reviu
kali ini adalah berkenaan sebuah aplikasi kamera android yang mungkin
telah ramai orang tahu dan saya percaya masih ramai yang tidak
mengetahui akan kewujudannya.
Melihat keadaaan semasa
rata-rata sebagai pengguna telefon pintar semakin kreatif dan hebat
menggunakan kamera telefon untuk mengambil gambar dan hasilnya seperti
menggunakan sebuah kamera dslr. Tidak dinafikan pelbagai aplikasi kamera
yang lain di luar sana yang mungkin jauh lebih baik dari aplikasi ini.
Apa
yang ingin saya tekankan aplikasi ini amat sesuai untuk seseorang yang
jenis mementingkan kesederhanaan tapi hasil yang terbaik kepada gambar
yang mereka ambil.
Ok mari saya ceritakan apa fungsi-fungsi yang ada pada Google Camera ini.
Kamera
ini mempunyai 5 Fungsi utama iaitu Photo Sphere, Panorama, Lens Blur,
Camera, dan Video. Setiap fungsi-fungsi ini mempunyai kelebihannya yang
tersendiri dan mengikut kreativiti user untuk memilih fungsi yang sesuai
untuk menghasilkan gambar yang hebat.
Photo Sphere
ini sesuai digunakan untuk mengambil gambar sesuatu sudut di tempat
yang lebih luas. Ianya boleh dikawal bermula dari kiri ke kanan atau
atas kebawah mengikut dot yang telah ditetapkan dan hasilnya sangat
hebat
yang menarik tentang fungsi panorama ini adalah bukan seperti aplikasi
kamera lain yang biasa saya jumpa yang hanya memberi kita mengambil
panorama dari kiri ke kanan sahaja. Pada Google Camera menawarkan anda
mengambil panorama secara menegak, segi empat dan bulat (Fish Eye).
Ianya sangat menarik bagi saya.
Lens Blur
Lens
blur seperti yang semua sudah maklum ianya mengambil sesuatu objek yang
mempunyai dua bahagian iaitu sharp dan blur. Kita boleh adjust sama ada
untuk setting sharp di bahagian-bahagian tertentu mengikut cita rasa
seseorang itu.
Fungi
utama bagi sebuah aplikasi kamera iaitu mengambil gambar. Ini yang saya
katakan simple but nice pada mula artikel. Fungsi ini mempunyai timer,
grid, HDR (hanya pada telefon pintar Nexus 5), Flashlight dan Switch
Camera hadapan.
Video
Tidak
lengkaplah jika sesebuah aplikasi kamera tidak didatangkan sekali
dengan fungsi rakaman video. Ciri-ciri yang ada pada fungsi video adalah
Grid, Flashlight dan Switch Camera hadapan.
Ianya
pada setting aplikasi ini yang menawarkan fungsi menukar resolusi wide
screen (16:9) atau biasa (4:3). Kini ciri terbaru yang telah dikemaskini
oleh Google iaitu kawalan dari jauh dengan menggunakan Google Wear
Devices.
Requirements:
• Works on phones and tablets running Android 4.4+ KitKat
• Photo Sphere and Panorama require a gyro sensor (not available on Moto G)
• Photo Sphere, Panorama, and Lens Blur require at least 1 gigabyte of memory
• HDR mode only on Nexus 5
Akhir kata dari saya, lihatlah rakaman gambaran aplikasi Google Camera dari saya.
Dapatkan aplikasi ini secara percuma di Google Play
Repost from Angelezo Sharing
Kredit : Droid-Life and Android Police