realme Buds T300 Bawa Pengalaman Mendengar yang Ditingkatkan; Pada Harga
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Siaran Akhbar realme Buds T300 Bawa Pengalaman Mendengar yang Ditingkatkan; Pada Harga RM199

realme Buds T300 Bawa Pengalaman Mendengar yang Ditingkatkan; Pada Harga RM199

0
Mobile Ads

Kuala Lumpur, Malaysia, 27 September 2023 – realme, jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, hari ini mengumumkan generasi akan datang bagi tawaran siri wayarles Buds, yang digelar realme Buds T300. Kuasa Pemacu Bass Dinamik 12.4mm bersalut titanium membuka kunci prestasi audio yang lebih ke hadapan, ditambah dengan Audio Spatial 360°, Pembatalan Hingar Aktif 30dB, Pembatalan Hingar Quad-mik dan kependaman super rendah 50ms, membawakan pengalaman mendengar sangat mendalam yang tiada tandingan kepada pengguna.  

Model fon putik wayarles terbaru ini kini boleh didapati di Kedai Jenama realme, kedai rasmi Lazada, Shopee dan TikTok.

Kualiti Audio Terunggul

realme Buds T300 memastikan pengalaman audio yang unggul melalui Pemacu Bass Dinamik bersalut Titanium 12.4mm, 24% lebih besar daripada pemacu 10mm dalam Buds T100 generasi sebelumnya, memberikan bass yang lebih kaya, medan bunyi seperti teater dan vokal sejernih kristal merentasi julat frekuensi yang luas. Pengalaman bass menakjubkan diteruskan dengan algoritma audio spatial terbina di dalam yang memberikan pengalaman Audio Spatial 360° yang menyerupai ruang teater, menyerlahkan rasa kehadiran dan suasana muzik sekeliling.

Pengalaman mendengar kini lebih baik dengan Pembatalan Hingar Aktif 30dB yang baru ditambah pada Buds T300. Mikrofon suapan pada fon putik yang disokong Dolby Atmos mengeluarkan gelombang bunyi anti hingar berketepatan tinggi untuk menghalang gelombang bunyi luaran, membolehkan pengguna menikmati detik masa mereka tanpa gangguan bunyi hingar. 

Fon putik wayarles baharu ini menampilkan Pembatalan Hingar Panggilan Quad-mik, membolehkan pengguna bercakap dan mendengar dengan lebih jelas semasa panggilan suara. Ia boleh menangkap dan menguatkan suara manusia yang dipertingkatkan dengan tepat, digabungkan dengan algoritma AI yang berkuasa dan reka bentuk rintang hingar angin fizikal untuk menapis bunyi persekitaran.

Dilengkapi dengan cip Bluetooth 5.3 generasi akan datang, pengguna boleh menjangkakan pengalaman permainan yang lancar kerana realme Buds T300 memiliki transmisi pantas, anti-gangguan yang kuat dan kestabilan isyarat yang tinggi, mencapai kependaman super rendah 50ms semasa bermain permainan video. 

Hayat Bateri Sehingga 40 Jam

Kapasiti besar bateri realme Buds T300 menawarkan hayat bateri sehingga 40 jam. Pengguna dengan mudah boleh mendengar muzik 5 jam sehari tanpa mengecas semula bekas selama seminggu. Fon putik TWS menikmati pengalaman pengecasan pantas, terima kasih kepada  port USB-C. Tempoh pengecasan selama 10 minit membolehkan pengguna mendengar muzik selama 7 jam. 

Tersedia dalam warna Stylish Black dan Youth White, realme Buds T300 mempunyai reka bentuk yang ringkas namun bergaya dengan satu putik seberat 4.1g. Ia juga direka bentuk secara ergonomik agar sesuai dengan bentuk telinga yang berbeza, memberikan pengguna pengalaman pemakaian yang selesa dan bebas sensasi. realme Buds T300 adalah kalis air dengan penarafan IP55, jadi pengguna boleh menikmati keseronokan permainan video dan bersukan di luar rumah. 

Berikut adalah ketersediaan dan promosi untuk realme Buds T300:

Produk Warna Harga Runcit Platform Jualan Tempoh Promosi Faedah Eksklusif
realme Buds T300 Stylish Black, Youth White RM199 realme Brand Stores dan stor yang dibenarkan; Kedai rasmi Lazada, Shopee dan TikTok N/A N/A
realme C51 Mint Green, Carbon Black RM549 Kedai rasmi Lazada, Shopee dan TikTok 27 September – 8 Oktober Dapat C51 dengan harga RM529 dengan PayDay Limited Offer
realme Brand Stores dan stor yang dibenarkan 28 September – 8 Oktober

 

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version