Thursday, 11 September 2025
UtamaPilihan OMGArtikelRealme 14 5G: Peranti Permainan Mantap Bawah RM1300!

Realme 14 5G: Peranti Permainan Mantap Bawah RM1300!

Saya memang sudah berhasrat hendak meninggalkan HyperOS, maka setelah menyambar OPPO Reno 14 Pro, apa yang tinggal untuk mencari peranti sandaran, ia perlulah menggunakan ‘custom skin’ selain ‘made by Xiaomi’ itu.

Setelah mempertimbangkan berbagai peranti, akhirnya realme 14 menjadi pilihan. Kenapa?

Jika hendak menggunakan peranti dengan kamera yang berkebolehan, Reno14 Pro sudah ada. Tetapi bagi peranti bajet seperti realme 14, ia sudah lebih daripada cukup untuk pelbagai jenis keperluan lain. Apa pun mari kita tengok apa ada dalam kotak.

Apa ada dalam kotak:

realme 14 5G
Buku panduan/Lain-lain dokumentasi
Penyesuai 45W
Kabel pengecas USB-C
Ejektor kad SIM

Peranti Permainan? Prestasinya Bagaimana?

Seperti siaran akhbar yang telah diterbitkan sebelum ini, realme 14 5G telah dijadikan sebagai telefon permainan rasmi bagi Kejohanan MLBB MSL Musim 5. Ini bererti ia cukup ‘ampuh’ – untuk memainkan permainan tersebut, atau lain-lain permainan yang setara dengannya.

Meskipun saya bukan pemain tegar (harcore gamer), tetapi ada beberapa permainan yang saya mainkan. Antaranya Diablo Immortal dan Wuthering Waves.

realme 14 5G membuktikan dirinya sebagai ‘Gaming Dominator’ mid‑range dengan kombinasi cip Snapdragon 6 Gen 4 (realme siri 14 menggunakan cip ini terawal di dunia), sistem penyejukan Bionic Cooling 6050mm2 yang unggul, dan bateri Titan 6,000 mAh beserta pengecasan pantas 45W.

Sama ada anda pencinta Diablo Immortal atau menjelajah dunia Wuthering Waves, telefon ini menjanjikan pengalaman gaming tanpa kompromi – lancar, sejuk dan berpanjangan. Dengan ciri tambahan seperti IP69/68/66, 50 MP OIS AI Camera dan realme UI 6.0, realme 14 5G bukan sekadar telefon permainan, tetapi satu pakej lengkap untuk gaya hidup digital.

Ah, abaikan saja ayat promo. Kalau ditanya pendapat peribadi, saya sukakan realme 14 ini kerana beberapa perkara – antaranya ialah realme UI 6.0.

Jika anda sudah terbiasa menggunakan peranti dari OPPO atau OnePlus (sebelum ini saya pernah menggunakan OnePlus 10 Pro), maka anda akan tahu bahawa ColorOS = OxygenOS = realme UI. Ini juga bermaksud kebanyakan ciri yang ada pada ColorOS akan ‘dibawa masuk’ secara natif ke dalam realme UI.

Kamera OK Ke?

Telefon permainan kebiasaannya tidak menumpu kepada kamera, dan realme 14 5G tidak terkecuali. Ia hanya mempunyai satu sahaja kamera beresolusi 50MP di belakang, dilengkapi dengan OIS dan AI, manakala di depan pula 16MP.

Perlukah saya ulas panjang tentang kameranya? Tak perlu kot. Cukuplah sekadar beberapa sampel gambar untuk anda tatap dan buat penilaian sendiri.

Pembesar Suara

Ada sesetengah peranti dalam julat harga yang lebih kurang sama masih menggunakan pembesar suara mono, tetapi dengan realme 14, anda akan mendapat pembesar suara stereo.

Boleh tahan kuat juga kelantangan audionya. Jika anda naikkan kadar volume sehingga habis, ia akan menunjukkan ‘300%’ – yang bererti anda sedang mendengar audio pada kekuatan ultra-maksimum.

Ia tidak sekuat atau mempunyai dentuman bass seperti OPPO Reno14 Pro, tetapi jauh lebih baik berbanding peranti setara harga dengannya.

Bateri

Dengan bateri berkapasiti 6000mAh, anda tidak perlu bimbang lagi tentang power bank. Saya sudah cuba habiskan kuasa baterinya. Selepas sehari suntuk penggunaan pun, masih belum mampu capai 0%.

Caj di awal pagi, di waktu petang masih banyak berbaki. Snapdragon 6 Gen 4 meskipun bukan bertaraf perdana, ia nampaknya mampu menguruskan penggunaan kuasa bateri dengan sangat baik.

Snapdragon 6 Gen 4

Secara umum, prestasi bagi cip ini melepasi ‘sekadar midrange’ yang biasa kita lihat. Jika tidak, tak mungkin peranti ini menjadi pilihan sebagai peranti permainan rasmi MLBB. Cuma ia tidaklah begitu serba boleh seperti cip Dimensity 8450 yang ada pada OPPO Reno14 Pro mahupun Dimensity 9200+ pada Xiaomi 13T Pro.

Ia masih mampu memainkan Wuthering Waves dengan lancar (tinggal lagi, saya terlupa hendak lihat tetapan grafiknya. Nantilah kalau rajin saya semak dan kemas kini semula artikel ini).

Snapdragon 6 Series tidak lagi hanya cip yang digunakan untuk memenuhi peranti dalam segmen pertengahan mahupun ‘entry level‘. Kini ia sudah mula secara perlahan-lahan dipertingkatkan lagi prestasinya hingga mampu memainkan permainan dengan grafik mantap. Setakat lag sana sikit, sini sikit sewaktu bermain – itu biasalah. You get what you paid for.

Realme UI 6.0

Anda juga patut tahu, bahawa ‘realme UI’ hanyalah sedikit iterasi dari ColorOS dan turunan dari OxygenOS yang kemudiannya diubahsuai beberapa peratus dengan ciri ‘realme’, lalu terjadilah realme UI.

Disebabkan itu juga ia sangat lancar (smooth), kurang micro jitters (tidak seperti HyperOS) dan punyai pelbagai ciri AI yang begitu membantu serta ‘menghiburkan’.

Saya sudah terbiasa menggunakan OxygenOS pada OnePlus 10 Pro, yang kemudiannya beralih kepada ColorOS pada OPPO Reno14 Pro. Bila menggunakan realme UI, sememangnya tidak begitu terasa ada apa-apa perbezaan yang ketara. Bolehlah dikatakan ia berkumpul bersama di dalam satu ‘ekosistem’ – sistem operasi dari OPPO – ColorOS.

Konklusi

Untuk harga bawah RM1300, realme 14 5G meski tidak sempurna, tetapi lebih daripada cukup untuk marhaen memiliki sebuah peranti yang mampu memainkan permainan dengan grafik tinggi tanpa mengorbankan wang dalam dompet.. atau poket.

Mungkin ada peranti dari jenama lain seperti Infinix yang turut menawarkan peranti permainan dalam julat harga lebih kurang sama, tetapi dengan realme anda akan mendapat jaminan kemas kini yang lebih baik kerana.. well.. it’s realme.

Batery berkapasiti besar menjamin aktiviti seharian tidak akan tergendala apabila ia tidak lagi habis dengan pantas, dan anda tidak lagi akan menghadapi ‘battery anxiety’. Saiznya pun bersaiz ‘biasa’, 6.67 inci. Tidak terlalu besar, dan tidak terlalu kecil. Sederhana, serta sesuai apabila bermain sesuatu permainan.

Kalau pun ada sesuatu yang negatif, saya cuma mengharap kelajuan pengecasannya lebih daripada 45W. Bila dah terbiasa menggunakan Xiaomi 13T Pro dengan 120W, dan OPPO Reno14 Pro dengan 80W, kelajuan 45W dirasakan seperti.. agak ‘meh’, tambah pula baterinya yang gadang.

Juga kameranya yang hanya ada satu – tanpa kehadiran kamera ultra lebar mahupun zum. Paling ‘tak tahan’, lensa makro 2MP yang biasanya diletakkan pada peranti pertengahan, tiada pula kali ini. Kelakar juga. Apa pun, seperti yang dinyatakan, ini ialah telefon permainan, dan ia difokuskan benar-benar ke arah kepermainan. Jika anda mahukan perkara lain, maka anda perlulah mencari telefon pintar dalam niche yang tersebut.

Anda boleh dapatkan realme 14 5G di:

Shopee: https://s.shopee.com.my/9pTaAIyYnW

Lazada: https://s.lazada.com.my/s.rFIVx

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com
RELATED ARTICLES
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
- Advertisment -

Most Popular

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x