Promosi! Jom Beli Semua Permainan Android Ini Pada Harga Runtuh Untuk Masa
AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Android Promosi! Jom Beli Semua Permainan Android Ini Pada Harga Runtuh Untuk Masa...

Promosi! Jom Beli Semua Permainan Android Ini Pada Harga Runtuh Untuk Masa Terhad!

0
Mobile Ads
Memang berbulu bila duit dalam simpanan dah habis dikeluarkan, kerana sekarang ni (saya tak pasti dah berapa hari) ada promosi di Google Play Store.

Banyak permainan berharga hanya 32 sen hingga RM3.50 sahaja (lebih kurang 0.99USD)! Kebanyakan tawaran tersebut saya lihat dari pembangun ‘CHILLINGO’.

Hei, Dead Space pun dah turun jadi 32 sen!
Ok saya tahu, Electronic Arts tidak akan memberikan sokongan terhadap permainan ini lagi, namun dengan 32 sen, anda nak rugi apa? Dulu harga dia RM20+ ooo.. Huhu.

Ini pula antara permaina Chillingo yang diberikan diskaun. Harapnya sempatlah muat turun esok, sebab esok baru gaji. Hehehe.

Monument Valley pula diturunkan harga daripada RM13 kepada RM9.50. Pada saya harganya agak berpatutan, walaupun masih mahal sebab anda tidak akan dapat permainan penuh. Lepas habis beberapa tahap anda kena beli pula tahap seterusnya. Hurm.

Jangan tunggu lagi. Kalau anda suka dengan promosi, anda suka dengan permainan di Google Play Store, sila cari yang ada diskaun dan beli sekarang.

Pergi ke pautan ini : Top Paid in Games

Atau anda boleh tinjau melalui aplikasi Google Play Store pada telefon bimbit pintar anda, di bahagian Games – Top Paid.

Mobile Ads

Exit mobile version