Promosi Betta : Halfmoon, Plakat, Crowntail, Roundtail, Veiltail

Salam semua. Ok guys, off topic pasal IT sekejap! Hari ni Mr.Hac nak cerita tentang satu dari hobi Mr.Hac yang pelbagai, kerana selain dari minat yang mendalam terhadap dunia IT, dunia mistikal, Mr.Hac juga mempunyai minat yang sama dalamnya dengan dunia haiwan! Ya. Dan salah satu dari jenis haiwan yang sedang menempatkan diri di rumah Mr.Hac ialah ikan laga atau nama saintifiknya Betta Splendens.

Sebelum ini, di apartment yang Mr.Hac duduki sekarang, telah banyak jenis haiwan yang pernah Mr.Hac pelihara. Antaranya seperti Syrians Hamster, Ikan Toman Bunga (Emperor Snakehead a.k.a Channa Marulioides), IKAN NAGA a.k.a Senegal Bichir, Kucing, dan juga Kura-kura Red Eared Slider. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Mr.Hac terpaksa jual kesemua haiwan-haiwan tersebut atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Tetapi kalau dah nama sukakan haiwan, pasti akan mencari juga penggantinya. Mr.Hac kembali membeli haiwan peliharaan terbaru iaitu Halfmoon Betta atau Ikan Laga Halfmoon. Memang super duper cantik! Jika anda merupakan salah seorang peminat Halfmoon, jangan ketinggalan untuk datang di Bazaar Larut Malam Mines, atau The Mines Downtown berhadapan dengan The Heritage Resident Mines Sri Serdang Selangor, berseberang jalan dengan The Mines Shopping Complex.

Gambar-gambar berikut ialah gambar lot kedai yang mempamerkan koleksi Ikan Laga Halfmoon, Crowntail, Veiltail, Plakat, dan juga Roundtail.

Iklan Google

Barisan Crowntail, Veiltail dan Roundtail

Barisan Plakat dan Halfmoon

Barisan Plakat dan Halfmoon Yang Awesome!!

Gambar di bawah adalah merupakan SEBAHAGIAN dari koleksi Mr.Hac:

Halfmoon Betina

Iklan Google

Halfmoon Jantan : Blueweey

Halfmoon Jantan : Fluffy

Bagaimana? Tertarik tak? Kalau rasa tertarik, jangan lepaskan peluang ini! Setiap satu ekor ikan laga jantan Halfmoon dijual pada harga RM15 (Beserta bekas), Crowntail RM10 dan yang lain-lain tu memang Mr.Hac belum tanyakan lagi! Haha! Cepat. Jangan terlambat. Lengkapkan koleksi anda hari ini.

Iklan Google

Kalau anda jenis yang sukakan cabaran, cuba pelihara ikan Toman gergasi/sport atau bahasa saintifiknya Channa Micropeltes. Kenapa? Kerana selain ganas, ia boleh membesar dengan cepat dan saiznya boleh buatkan anda terpaksa bertukar akuarium selang beberapa bulan.

Selain itu, jika anda sukakan sesuatu yang unik, cuba pelihara pokok pemakan lalat atau bahasa saintifiknya Venus Flytrap. Dahulu, Mr.Hac pernah cuba memeliharanya, namun tersalah beli benih kerana ditipu peniaga dari Cameron Highlands. Jadi berhati-hati. Jika hendak membeli, cari di Forum-forum dalam talian yang establish dan popular seperti PetPitcher Forum. Kemudian jika anda inginkan panduan mengenai ikan-ikan ganas seperti Toman, sila dapatkan di forum Monster Fish Keepers.

Jika anda bertanyakan kepada Mr.Hac, ya. Dulu memang Mr.Hac aktif di forum-forum tersebut. Setelah jemu melihat forum, Mr.Hac menceburi pula dunia blog, terus tak pandang lagi dengan forum. Oh ya. Forum automotif seperti motorsikal (Contohnya Yamaha FZ 150, LC 135) dan kereta/MPV seperti Exora juga pernah Mr.Hac sertai. Mungkin kita pernah berjumpa di mana-mana dalam salah satu daripada forum-forum tersebut? Haha. Selamat malam dan semoga berjumpa lagi!

Mr.Hac: Pelan seterusnya mungkin ingin pelihara SUGAR GLIDER!!

Iklan Google
Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img