Salam..atas permintaan dari seorang pelawat blog ini, Hac ingin membuat sedikit ulasan mengenai perisian PREY : Open Source Anti-Theft Solution For MAC, PCs, and Phones..Perisian ini bersaiz kecil, namun sangat menakjubkan kerana ia sememangnya berkesan untuk membantu pengguna mendapatkan kembali komputer atau telefon bimbit (handphone) yang telah dicuri..
Terima kasih kerana meminta artikel ini disiarkan..kerana kalau nak tunggu Hac aturkan post, memang agak lama nak tunggu, atas sebab masa dan keadaan..jadi Hac post mana yang sempat, dan Hac tahu Hac tak mampu nak puaskan hati semua orang..
Prey ialah sebuah perisian yang perlu dipasang (install) pada PC atau handphone, yang akan ‘menanti’ isyarat dihantar kepadanya untuk diaktifkan..signal ini akan dihantar sama ada melalui internet (e-mel) atau mesej pada SMS..ia membenarkan anda mendapatkan informasi mengenai lokasi, keadaan dan kedudukan semasa di mana alat (komputer, handphone) anda berada..ia juga akan menunjukkan siapa yang sedang menggunakan komputer anda, dan apa yang sedang dilakukan olehnya..
Dengan menandakan alat anda dengan status ‘Hilang’ (Missing), Prey akan mengumpulkan kesemua bukti yang diminta, dan menghantarnya terus kepada akaun Control Panel atau Inbox E-mel anda, bergantung kepada tetapan yang telah dipilih..
Selain itu, anda juga boleh membuat sesuatu perkara secara ‘Remote’ (dari jauh), seperti menghidupkan bunyi alarm yang kuat, atau menunjukkan mesej yang akan terpapar pada skrin, sekiranya anda mahu pencuri itu tahu anda sedang melihat perbuatannya, atau tahu di mana dia berada, atau ingin pencuri itu menyerahkan kembali komputer anda..
Anda boleh ‘membersihkan’ kata laluan yang tersimpan di PC, atau menguncinya dari sebarang akses, pendek kata segalanya di tangan anda, ikut kemahuan anda!
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perisian ini,
anda boleh melayari laman web rasminya di sini —> Prey Project
Apa yang pasti, ia bukan keylogger..kerana keylogger fungsinya terhad..ia hanya boleh merekodkan keystroke, atau kata mudahnya apa sahaja yang ditaip oleh pengguna pada keyboard..walaupun keylogger mampu merekodkan screenshot, tetapi fungsi seperti mengunci PC, memaparkan mesej amaran, mendapatkan lokasi pencuri dan sebagainya, adalah ciri-ciri utama mengapa perisian ini boleh dikatakan perisian terbaik untuk menangani masalah kecurian PC dan handphone..
Sila tonton video di bawah untuk mengetahui bagaimana perisian Prey ini berfungsi:
Prey Project introduction from Carlos Yaconi on Vimeo.