Photopea: 'Klon' Photoshop Yang Digunakan Melalui Pelayar Web
AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Web Photopea: ‘Klon’ Photoshop Yang Digunakan Melalui Pelayar Web

Photopea: ‘Klon’ Photoshop Yang Digunakan Melalui Pelayar Web

1
Mobile Ads

Saya bukan terlalu minat dengan aplikasi penyunting gambar seperti Photoshop. GIMP yang percuma juga masih saya belum cukup mengerti dan mahir lagi. Cuma keinginan untuk menyunting gambar dan mencipta sebuah gambar dimanipulasi itu masih ada.

Terdapat banyak lagi alternatif terhadap Photoshop selain GIMP. Contohnya Picasa, Paint.net, Pixlr Editor, dan sebagainya lagi.

Cuma aplikasi kali ini agak menarik perhatian saya kerana selain percuma, ianya juga tidak perlu dipasang dan boleh digunakan pada pelayar web sahaja. Ianya bernama Photopea.

Ivan Kutskir, seorang pengaturcara dari Republik Czech adalah pencipta kepada Photopea.

Projek ini dimulakan apabila beliau berasa hendak menyunting gambar pada komputer orang lain. sifat web app yang boleh dibuka di mana-mana menjadikan ia mudah alih dan dapat dibuka pada lain-lain peranti tanpa pemasangan.

Namun jika anda pula terasa hendak menjadikan ia lebih cepat diakses, anda boleh pasangkan ia dengan cara pergi ke menu More > Install Photopea.

Selain itu, anda juga boleh log masuk ke Photopea menggunakan akaun Google, Facebook, atau GitHub. Ia akan menyelaraskan tetapan Photopea yang telah anda lakukan ke semua peranti.

Cuba Photopea sekarang di pautan : Photopea

Sumber: Reddit.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version