KUALA LUMPUR, Malaysia, Ogos, 2024 – Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, Xiaomi Malaysia akan mengadakan Pertandingan Fotografi Mudah Alih. Dengan tema ‘Jiwa Merdeka’, ia sejajar tema rasmi negara untuk ‘Hari Kebangsaan’ dan ‘Hari Merdeka’ tahun ini. Xiaomi Malaysia mengalu-alukan penyertaan semua rakyat Malaysia untuk berkongsi gambar yang diambil menggunakan telefon pintar bersamaan maksud ‘Jiwa Merdeka’ kepada mereka.
Jadilah Bintang Imej Xiaomi dengan menyertai Pertandingan Fotografi Mudah Alih Merdeka Xiaomi. Para peserta boleh menyertai pertandingan ini dengan mengambil dan menghantar gambar interpretasi paling kreatif mereka tentang tema tersebut, yang diambil menggunakan telefon pintar. Penyerahan penyertaan sedang berlangsung sekarang sehingga 14 Ogos 2024.
Cara untuk menyertai:
- Ambil gambar menggunakan telefon pintar anda dengan interpretasi paling kreatif tentang ‘Jiwa Merdeka’.
- Kongsikan perenggan ringkas untuk menerangkan kisah di sebalik gambar anda.
- Hantar penyertaan anda melalui pautan ini: http://s.mi.com/-EZez95C
- Peserta boleh menghantar sehingga 9 penyertaan. Semua penyertaan mesti dihantar sebelum 11.59 malam pada 14 Ogos 2024.
- Gambar boleh diambil menggunakan MANA-MANA jenama telefon pintar.
- Pertandingan terbuka kepada SEMUA rakyat Malaysia.
Pemenang terpilih pertandingan ini berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik, termasuk:
- Sebuah Telefon Pintar Xiaomi Baharu;
- Peluang untuk gambar dipaparkan di papan iklan; dan
- Jemputan eksklusif ke Acara Xiaomi.
Pemenang beserta gambar terpilih mereka akan diumumkan di laman Facebook Xiaomi Malaysia pada 16 Ogos 2024.
Tentang Xiaomi Corporation:
Xiaomi Corporation ditubuhkan pada April 2010 dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada 9 Julai 2018 (1810.HK). Xiaomi adalah syarikat elektronik pengguna dan pembuatan pintar dengan telefon pintar dan perkakasan pintar yang dihubungkan melalui platform IoT sebagai teras.
Menghayati visi kami “Menjadi rakan kepada pengguna dan menjadi syarikat paling hebat di hati pengguna”, Xiaomi sentiasa mengejar inovasi, pengalaman pengguna berkualiti tinggi dan kecekapan operasi. Syarikat ini tanpa henti membina produk yang menakjubkan dengan harga berpatutan untuk membolehkan semua orang di dunia menikmati kehidupan yang lebih baik melalui teknologi inovatif.
Xiaomi adalah salah satu syarikat telefon pintar terkemuka dunia, dengan penghantaran telefon pintar globalnya berada dalam kedudukan tiga teratas dan MAU global (termasuk telefon pintar dan tablet) mencapai 641.2 juta pada Disember 2023.
Syarikat ini juga telah mewujudkan platform AIoT (AI+IoT) pengguna terkemuka dunia, mencapai kira-kira 739.7 juta peranti pintar yang disambungkan ke platformnya (tidak termasuk telefon pintar, komputer riba dan tablet) setakat 31 Disember 2023.
Pada Oktober 2023, Xiaomi menaik taraf strateginya kepada ekosistem pintar “Manusia × Kereta × Rumah”, menggabungkan peranti peribadi, produk rumah pintar, dan kereta dengan lancar. Xiaomi sentiasa berpusatkan kemanusiaan dan komited untuk menyediakan pengalaman yang lebih baik dan menyeluruh.
Produk Xiaomi telah berada di lebih 100 negara dan wilayah di seluruh dunia. Pada Ogos 2023, Xiaomi disenaraikan dalam senarai Fortune Global 500 untuk tahun kelima berturut-turut, menduduki tempat ke-360.
Xiaomi adalah komponen Indeks Hang Seng, Indeks Hang Seng China Enterprises, Indeks Hang Seng TECH dan Indeks Hang Seng China 50.