Setelah melakukan beberapa tinjauan intensif, saya mendapati kelajuan 4G di negara-negara luar secara puratanya adalah antara 7Mbps hingga ke 20Mbps. Negara-negara luar mengiklankan kelajuan tersebut sebagai ‘4G’ atau ‘LTE’.
Jadi berapa sebenarnya kelajuan 4G?
Mengikut kepada International Telecommunication Union (ITU), 4G diterjemahkan sebagai rangkaian yang mampu untuk mencapai kelajuan muat turun sebanyak 100Mbps (Megabits per second) dan kelajuan muat naik sebanyak 50Mbps.
Rujukan:
1. ITU.int
2. IMT-2000 compliant 4G standards
Jika mengikut kepada standard ini, jelaslah menunjukkan bahawa kelajuan 4G boleh dikatakan masih belum tercapai di negara kita. Benar, ada antara pengguna rangkaian Telco di Malaysia yang berjaya mendapatkan kelajuan muat turun sehingga 80Mbps melalui aplikasi Speed Test (Ookla), namun kelajuan muat turun yang sebenar adalah kurang daripada itu.
Berikut saya quote sedikit dari laman Bandwidth Place:
First generation (1G) cellular devices were analog phones. Second generation (2G) introduced digital along with limited Internet connectivity. In the third generation (3G) and fourth generation (4G), however, things got interesting. Both 3G- and 4G-enabled devices offer broadband access to the Internet but have very different speed standards. To be qualified as 3G, a network’s peak transfer rates only need to reach 200 kilobits per second (Kbps). If this sounds slow, it is — the standard was established in 2003. Many 3G networks now offer speeds ten or twelve times that fast. 4G networks, meanwhile, must offer transfer rates 100 megabits per second (Mbps) when users are “mobile,” for example, in cars or buses, and 1 gigabit per second (Gbps) when users are stationary. It’s important to note that these are “peak” values, meaning distance from the connection’s source, number of users connected, and even weather can all impact transfer rates. In addition, there are multiple 4G networks in operation.
Apapun rakyat Malaysia, dalam bab kelajuan sepatutnya mereka harus bersyukur kerana kelajuan muat turun 4G di negara kita adalah jauh lebih laju dari negara-negara luar yang kebanyakannya secara purata kelajuan ‘4G’ mereka hanyalah sekitar 12Mbps sahaja. Setelah anda baca kesemua fakta ini, saya hanya ingin mengajukan satu soalan sahaja.
Apakah makna kesemua kelajuan ini, jika anda tersekat dengan KUOTA?
Sekian. Jumpa lagi di masa akan datang.