Pemecah Mitos: Apa Itu Megapixel?

Apa Itu Megapixel?

Megapixel ialah satu juta pixel. Pixel ialah elemen pada gambar. Rujukan : http://wiki.answers.com/

Gambar-gambar digital ialah gabungan dari berjuta-juta titik-titik berwarna, inilah yang kita panggil sebagai pixel. Jadi satu Megapixel ialah satu juta pixel dalam satu gambar.

Paparan
Megapixel yang
diperlukan
Monitor Komputer
1-3 megapixels
Cetakan 6×4
2 megapixels
Cetakan 10×8
5 megapixels
Cetakan 14×11 atau
lebih
7 megapixels

Rujukan

Lihat gambar di bawah untuk lebih pencerahan.
Gambar di atas menunjukkan satu pecahan dari berjuta-juta pixel yang telah diperbesarkan kepada paparan individual masing-masing. Gabungan dari berjuta-juta pixel inilah yang menghasilkan sebuah paparan gambar digital. Harapnya anda jelas akan perkara ini. Rujukan.
Benarkah lebih besar Megapixel, maka ia adalah lebih baik?
Jawapan saya ya dan tidak semestinya. Ini bergantung kepada apa keperluan kita sendiri. Berikut adalah petikan dari Choose Your Camera:

Having more does not make for a better image, it only allows for that image to be blown up to a larger size. But 10MP is sufficient for almost any size print you are likely to make these days.
Camera with different megapixels can achieve different max print size at certain ppi
In fact, too many megapixels may actually be a hindrance. If you don’t have a high end computer with a fast processor and plenty of memory, you may not even be able to process your photos smoothly. Plus, too many MPs may actually negatively affect high ISO performance on a lesser camera. So while MPs are important, it is not the specification that should make or break your decision on a basic DSLR.

Berikut pula adalah White Paper dari HTC berkenaan dengan ‘Ultrapixel’ yang telah diperkenalkan dalam produk flagship mereka iaitu HTC One. Anda boleh muat turun melalui pautan dibawah:
Harus diakui kamera dengan resolusi 0.3-2MP menghasilkan gambar yang kurang atau tidak menyerlah dan cantik berbanding kamera dengan 4MP ke atas. Namun disinilah penentu kepada tujuan asal anda. 
Kamera dengan lebih Megapixel, menghasilkan gambar yang lebih besar, dengan kebolehan untuk ‘cropping’ tanpa menjejaskan kualiti imej kerana kelebihannya yang terletak kepada saiz pixel yang lebih banyak.
Tetapi adalah harus diingat, Megapixel bukan penentu mutlak kepada kualiti imej yang dihasilkan, kerana didalam sebuah kamera digital, juga kamera yang ada pada telefon bimbit pintar pada zaman ini, apa yang membantu ialah ciri-ciri perkakas dalaman ‘yang tak didendang jasanya’ seperti pemproses imej, sensor, lensa, dan sebagainya lagi.
Para penjual peranti-peranti ini pastilah mahu memberi ‘lebih’ supaya ia dapat terjual, jadi ‘perlumbaan Megapixel’ ini tercipta bagi melengkapkan suasana bahawa ‘yang lebih itu semestinya lebih baik’.

Bukan saya menafikan telefon bimbit dengan ‘kamera 13MP’ berkualiti sama sahaja dengan kamera yang mempunyai resolusi kurang darinya, namun sebelum melakukan pembelian, harapnya anda jadilah pembeli yang lebih bijak dari pembeli yang lain dengan melakukan sedikit kajian mengenai produk yang anda sukai, contohnya dengan membaca atau menonton reviu-reviu dari blog-blog, laman-laman web terkemuka mahupun channel-channel YouTube yang terkenal.

Ini adalah kerana adakalanya, yang ‘lebih’ itu tidak semestinya bagus. Perbandingan yang boleh anda lihat adalah seperti di bawah:

Contoh gambar dengan resolusi 8MP

Contoh gambar dengan resolusi 4MP

Anda punya mata. Nilaikan sendiri. Dari mata kasar, keduanya tampak mempunyai kualiti yang hampir sama bukan?

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img