Utama Blog Laman 315

Cara Membuat Multiboot Pendrive (Linux/Windows)

0

Bagi mereka yang telah membeli atau mempunyai USB pendrive dengan storan bersaiz besar iaitu 8GB dan ke atas, anda boleh membuat multiboot pendrive yang boleh memuatkan pelbagai OS/Distro seperti Windows 7, Ubuntu, BackTrack 5, Wifiway, openSUSE dan lain-lain lagi dengan mudah sekali. Anda cuma perlu memuat turun tools dari Pendrive Linux untuk Windows iaitu YUMI – Your Universal Multiboot Installer, dan untuk Linux pula MultiSystem.

Proses merakamkan imej ISO (ISO image burning) sangat mudah dan pantas. Anda cuma perlu pilih huruf yang mewakili pendrive anda, pilih imej ISO yang dikehendaki, format pendrive anda (pilihan) dan klik pada ‘Create’. Semudah ABC.

Beginilah rupa paparan antaramuka ketika anda mahu membuat pilihan ketika boot.

Bagi pengguna Linux, MultiSystem ialah tool yang sangat hebat. Ia menyokong hampir kesemua distro (kecuali OshiriX2011. Damn!). Anda perlu muat turun fail skripnya, kemudian ekstrak. Klik padanya dan pilih ‘Run in Terminal’. Teruskan proses pemasangan sehingga selesai.

Setelah selesai prose pemasangan itu, masukkan USB pendrive anda ke mana-mana USB port, dan jalankan perisian Multiboot melalui Applications > Accessories > MultiBoot atau bagi pengguna Ubuntu dengan Unity, klik pada Dash, dan taip ‘multi’ lalu pilih MultiSystem dari hasil carian yang terpapar.

Dari sini, pilih USB pendrive anda dan klik ‘Validate’.

Kemudian anda boleh seret dan lepas (drag and drop) ISO pilihan anda atau klik pada butang berwarna hijau dengan anak panah ke bawah itu dan cari ISO di direktori anda simpankannya.

Selesai. Sekarang anda boleh reboot, set-kan BIOS untuk boot dari USB, reboot sekali lagi dan pilihlah mana-mana distro yang anda sukai.

Muat turun YUMI -> YUMI

Muat turun MultiSystem -> MultiSystem

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

Wifiway : Hack WEP/WPA Dengan Lebih Mudah

0

Salam semua. Sebelum bagi intro panjang-panjang apa kata anda baca dulu entri mengenai Wifislax
di sini -> Wifislax

Apa Itu Wifiway?

Wifiway ialah sistem operasi Linux berasaskan Wifislax. Ibarat anak dia la! Namun ia telah berevolusi dengan banyak dan sangat pantas, dari versi 1.0 sehinggalah versi terkini ketika entri ini ditulis iaitu 2.0.3, ia telah meletakkan satu tanda aras dalam distro untuk penggodaman WEP dan WPA. Untuk versi 2.0.3, para penulis dan pembangun sistem operasi ini telah menaiktaraf pelbagai perisian seperti ‘airoscript’ dengan mode ‘auto crack’ yang memberikan kita kuasa untuk melakukan ujian penembusan terhadap sambungan tanpa wayar yang berhampiran dengan kita, dan ia dilakukan secara automatik penuh!

Seperti Wifislax, ia dipaparkan dalam bahasa Sepanyol secara lalai (default). Untuk menukarnya kepada bahasa Inggeris, sila ikuti tutorial dalam video ini -> Wifiway English Settings

Anda boleh memuat turun Wifiway melalui salah satu pautan di bawah:

1. http://download.wifislax.com:8080/WIFIWAY-2.0.3+FINAL.iso

2. http://archivos.genocidiodigital.com/imagenes_iso/wifiway-2.0.3-final.iso

P/S: Cara merakamkannya ke dalam USB Pendrive adalah sama dengan Wifislax.

Views: 9

Iklan Newspaper Inline

Filem Hackers Terbaik

0
Salam sejahtera sahabat handai semua…Adoi lama betul tak post entri di sini.Apa khabar semuaSihat?Sifu Mr.Hac sihat?huhu…Harap-harap semua dalam keadaan sihat dan baik ye.
Baiklah,untuk tidak membuang masa Analyzer teruskan pada entri kali ini.Entri ini untuk release tension anda semua dalam erti kata lain “entri layan”.
Filem tentang penggodaman terbaik dalam penilaian Analyzer sendiri.Analyzer sarankan anda semua menonton 2 filem ini jika ada masa lapang.Bagi Analyzer,filem ini sangat menyeronokkan.Filem ini tidaklah berkisar tentang penggodaman 100%,tetapi lebih kepada aksi.Ada terdapat babak-babak tentang penggodaman seperti algorithm c++,hijack,encrypted dan lain-lain.
Live Free Or Die Hard 4 (2007)

Download Live Free Or Die Hard 4 (2007)
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Swordfish (2001)



Download Swordfish (2001)
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7

Gabungkan file-file ini tadi dengan menggunakan software HJ-Split.Kalau tidak tahu menggunakan software ini,rujuk rujuk tutorial disini.

Diharap anda semua terhibur ketika menonton dua filem ini.Dalam pada “layan” tu,cuba perhatikan apa saja yang bersangkut-paut dengan hacking.Manalah tahu anda mendapat ilmu dari filem ini..huhu..Selamat menonton semua.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Tails @ T(A)ILS : The Amnesic Incognito Live System

0

Arghhhh.. Salam semua! Penat dengan bengkel yang tak sudah, Mr.Hac nak lepas geram pada blog ini dengan meng-update bebanyak. Ok tak agak-agak? Hahah! Cukup gelak-gelak! Jom kita terjah apa yang seronok sangat benda yang Mr.Hac mahu bawakan kepada anda kali ini..

Apa Itu Tails?

Seperti tajuk yang tertera, Tails ialah singkatan dari perkataan The Amnesic Incognito Live System. Pertama sekali biarlah Mr.Hac terangkan kepada anda apakah maksud yang tersirat disebalik perkataan itu.

amnesiac, noun:
forgetfulness; loss of long-term memory.

Amnesic bermaksud kelupaan. Disebabkan sistem yang digunapakai tidak akan meninggalkan sebarang jejak pada internet mahupun komputer, maka ia dianggap boleh ‘dilupakan’. Kerana itulah namanya ‘Amnesic’.

incognito, adjective & adverb:
(of a person) having one’s true identity concealed.

Seperti yang kita ketahui, kalau pada pelayar web Chrome @ Chromium (Sebagai contoh) mempunyai ‘Incognito Mode’ atau pada pelayar Firefox yang dipanggil sebagai ‘Private Browsing’, yang mana ia tidak akan menyimpan sebarang Cookies pada sesi tersebut. Anonymous Browsing melalui Tails itulah yang digelar sebagai Incognito.

Jadi apakah Tails itu yang sebenarnya? Tails ialah sebuah sistem operasi lengkap yang dicipta dengan tujuan untuk melayari internet secara selamat dan tanpa meninggalkan sebarang jejak. Tak perlulah Mr.Hac terangkan lagi kepada anda betapa baiknya dan bagusnya Anonymous Browsing untuk semua orang. Dah berbuih dah!

Dalam Tails, setiap sambungan internet yang keluar akan ‘dipaksa’ untuk masuk melalui sistem The Onion Routing atau TOR. Baca artikel mengenai TOR di sini -> Lindungi Identiti Di Internet Dengan TOR

Anda boleh rakamkan (burn) imej ISO Tails ke dalam USB Pendrive menggunakan tools dari Pendrive Linux sama ada Universal USB Installer atau YUMI – Your Universal Multiboot Installer. Bab tutorial cara merakamkan itu kemudian nanti baru Mr.Hac tulis ok. Kalau anda mahu gunakan Unetbootin pun boleh juga!

Ia boleh dimuat turun pada laman web rasminya -> Tails

Sekitar paparan skrin Tails-OS:

Kalau dilihat dari segi tampilannya, dapat dilihat dengan jelas ia adalah berasaskan Debian. Para peminat distro itu pasti akan sukakan Tails meskipun Debian sudah sangat lengkap dengan keluarnya versi baru 6.0.3. Distro ini menggunakan Iceweasel sebagai pelayar web lalai (default) yang mana ia adalah sebuah pelayar berasaskan Firefox. Tampak agak ‘outdated’ sedikit, namun tidak ketinggalan begitu jauh. Mungkin pembangunnya menekankan kepada versi enjin Gecko-nya (3.5.16) yang dianggap masih relevan kepada pelbagai jenis Addon.

Untuk IM anda boleh gunakan Pidgin, dan untuk e-mel pula anda boleh gunakan Claws Mail. Jadi, tunggu apa lagi? Cubalah!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Fedora 16 : Rilisan Stabil Dilepaskan

0

Masih mengekalkan Gnome 3 (3.2.1) sebagai paparan ruang kerja desktop, nampaknya rilisan versi terbaru Fedora kini lebih mengancam.

Fedora 16 dengan kod nama Verne, bersempena nama penulis novel bergenre science fiction, Jules Verne, namun rilisan ini didedikasi kepada Dennis Ritchie, yang dikenali sebagai pencipta bahasa pengaturcaraan C.

Bagi yang mahu mula mengenali Linux, adalah disarankan untuk mencuba Ubuntu atau Linux Mint, kerana Fedora mensasarkan kepada pengguna yang sedia mahir dengan Linux.
Pelbagai perisian dan rekabentuk telah dinaiktaraf dan diubahsuai dalam rilisan ini. Tak dapat Mr.Hac nak terangkan satu persatu kerana sekarang ini sedang menulis satu lagi entri, nantikan ya! Untuk mengetahui apa yang baru dalam Fedora 16 Verne ini, klik pada pautan di sebelah : Exploring what’s new in Fedora 16

Untuk memuat turun Fedora, klik sini -> Fedora Project

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Tidur Seorang Geek

0

12:00AM: Starting to boot from /dev/sda1 : dream-os-2011

12:02AM: Initializing startup sequence…..

12:05AM: 5 minutes to boot from awake mind state to usable mind desktop..(faster than jiran sebelah yang pakai wind-blows)

12:07AM: Setting up and start the mind-load manager

12:10AM: Downloading data : dream_sweet.deb (130MB)

12:15AM: Download complete.

12:15AM: Opening Mind-minal (Terminal replacement for mind)

sudo dpkg -i dream_sweet.deb

12:17AM: Installation complete.

12:19AM: Now running Sweet Dream : Using 3MB of Memory and 3Mhz of Mind Wave

12:25AM: Uncomplicated Mind Wall (UFW replacement for mind) detected MNS (Mind Name System) cache poisoning attack. A malicious mind wave trying to manipulate and corrupt the Sweet Dream…

12:27AM: Nightmare: TASK INCOMPLETE (Sorry virus, I’m using Linux! Hahah!)

12:30AM: Entering deep sleep… Snoring Mode Activated : zzZZZ ZZZZZzzzzz…

Ketika subuh menjelang..

5:30AM: Wake up call.. Log out .. Shut down..

5:35AM: Back to awake mind state

Mr.Hac: Apa hal pelik sangat mimpi ni?? Arghhh!!

P/S: Hahah! Semoga terhibur! Ini cumalah satu slot entri selingan sahaja sebenarnya. Mr.Hac yakin dan pasti ada antara anda yang mampu tulis lebih best lagi dari ini. Bagi yang nak buat re-post, sila backlink ke entri ini ya. So nanti Mr.Hac boleh baca anda punya pula! Hahah!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Pra-tonton Linux Mint 12 Lisa

0

Kepada para peminat, kipas-susah-mati Linux Mint semua, Linux Mint 12 dengan kod nama LISA akan dikeluarkan pada pertengahan bulan November atau awal bulan Disember. Nantikan keluaran terbaru dari sistem operasi paling menawan hati itu. Namun pada yang kurang sabar, di bawah ada satu paparan skrin untuk tatapan anda. Sila klik kanan pada gambar dan ‘Open Link in New Tab’ untuk melihat paparan yang lebih besar dan jelas.

Untuk pengetahuan anda, para pembangun Linux Mint akan mengambil konsep ’embrace the change’, yang mana mereka akan menggunakan Gnome 3 namun dalam versi mereka sendiri yang digelar sebagai Mint Gnome Shell Extensions (MGSE).

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila layari blog Linux Mint : The Linux Mint Blog

Mr.Hac: Teruja dan tak sabar nak cuba versi 12. Gabungan teknologi baru yang diberi ‘nafas lama’. Aneh bunyinya tapi pasti menarik hasilnya. Ianya adalah desktop versi baharu tetapi dengan paparan seakan ‘tradisional’. Nantikan rilisan stabil yang pasti menambat hati!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Muat Turun Firefox 8 (Rilisan Stabil)

0

Mozilla Firefox nampaknya sudah mengeluarkan/melepaskan versi terbaru pelayar terunggul itu, iaitu versi 8. Berita ini pasti mengujakan kepada para peminat pelayar web umumnya dan Firefox itu sendiri khususnya. Terdapat banyak pembaharuan yang boleh dilihat pada versi terbaru. Antaranya ialah seperti pembangun telah menambah carian Twitter pada bar carian, menambahbaik penggunaan memori apabila menggunakan element audio dan video, memperbaiki beberapa isu kestabilan dan lain-lain lagi!

Rilisan ini tersedia untuk semua platform/sistem operasi. Buat pengguna Windows, anda boleh terus pasangkan seperti biasa dengan memuat turun fail pemasangnya. Untuk pengguna Ubuntu/Linux Mint, anda boleh kemaskini melalui cara INI, atau anda boleh pasang melalui baris perintah di bawah dengan menggunakan Terminal:

sudo apt-add-repository ppa:mozillateam/firefox-next
sudo apt-get update
sudo apt-get install firefox

Sekitar paparan skrin Firefox 8:

Maaf. Tak dapat nak tengok Firefox 8 lagi buat masa ni dalam Ubuntu 11.10 ni. Belum sempat nak mula dah crash. Kurang pasti apa masalahnya. Guna je la versi 7 ni!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Penggodam Malaysia Dipenjara 10 Tahun Di AS

0

WASHINGTON 5 Nov: Seorang lelaki rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh sebuah mahkamah daerah Amerika Syarikat (AS), semalam selepas disabit kesalahan menggodam komputer Rizab Persekutuan AS dan bank-bank lain.

Penggodam yang bernama Lin Mun Poo, 32, awal tahun ini mengaku bersalah atas tuduhan menggodam bank pusat AS itu serta beberapa institusi kewangan swasta lain termasuk mencuri nombor kad bank dan kad kredit.

Dia juga mengaku menggodam dan memuat naik satu kod perisian virus pada pelayan komputer bank pusat tersebut.

Menurut pendakwa raya, Mun Poo didakwa memasuki AS apa Oktober tahun lalu untuk menjual nombor kad kredit dan kad bank curi namun beliau terjerat apabila pembelinya adalah seorang ejen perisian AS.

“Ketika ditahan, rakyat Malaysia itu memiliki 122,000 nombor kad bank dan kad kredit curi,” ujarnya.

Jabatan Kehakimah AS berkata, aktiviti jenayah siber Mun Poo juga melibatkan sektor keselamatan AS termasuk menggodam sistem komputer satu kontraktor Pentagon yang menyediakan sistem pengurusan perkhidmatan untuk pengangkutan tentera dan operasi ketenteraan lain.

“Hukuman itu memberi mesej kepada semua penggodam di dunia bahawa AS bukanlah tempat untuk mereka menjalankan perniagaan haram,” kata Pendakwa Raya AS, Loretta Lynch dalam satu kenyataan.

SUMBER: Mingguan Malaysia 6 November 2011

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu DNS Spoofing?

0

Ahh. Kita kembali lagi dalam satu lagi entri hacking. Salam satu dunia. Salam semua. Salam hari raya.. Eh.. Apehal melalut lagu raya plak ni..Hmm.. Kita sudah pernah membincangkan mengenai Man-In-The-Middle-Attack (MITM). DNS Spoofing ialah salah satu dari bentuk serangan MITM selain ARP Spoofing/Poisoning.

Melalui kaedah serangan ini, penyerang akan menggantikan dengan balasan maklumat DNS yang palsu sebagai respon dari permintaan DNS pengguna dan hasilnya mereka akan dibawa untuk melayari laman web yang tidak asli.

Sebagai contoh pengguna akan meminta pelayarnya untuk membawa kepada laman sosial terkenal Facebook dengan alamat IP-nya 66.220.158.11, tetapi dalam kes ini penyerang akan bertindak balas kepada permintaan DNS tersebut sebelum balasan yang ‘asli’ tiba kepadanya dengan alamat IP yang palsu, yang boleh membawakan pengguna itu kepada laman palsu ciptaan penggodam itu tadi. Kebiasaannya serangan ini dilakukan oleh penggodam yang berada dalam satu rangkaian yang sama.

Berikut adalah video contoh bagaimana penggodam mengimplementasi DNS Spoofing.

Views: 8

Iklan Newspaper Inline