Utama Blog Laman 310

Silent Hackers Ditutup Untuk Sementara Waktu

0

Beberapa hari yang lalu, Mr.Hac ada SMS dengan sahabat dan juga founder forum untuk pembelajaran sekuriti dan penggodam Malaysia, Silent Hackers Group (SH) iaitu Hatzwan (Hatz). Mr.Hac ada meminta kebenaran dari beliau sebenarnya untuk buat pengumuman ini, akan tetapi beliau meminta kembali kepada Mr.Hac agar tidak menerbitkan entri ini dan entri-entri berkenaan SH lagi. Atas sebab itulah blog ini agak senyap sunyi dari berita mengenai forum SH, walaupun sebenarnya Mr.Hac dah lama tahu mengenainya!

Tetapi kali ni Hatz, sori bro. Aku terpaksa. Aku dah tak larat nak jawab dalam e-mel. Bukan satu tapi berpuluh yang tanya pasal SH. Tu dalam forum. Yang ‘menangis’ dalam blog ni jangan cerita la. Rasa macam nak berdarah dah jari ni menaip.

Jadi kepada semua admirer Mr.Hatz (hehe), atau pengikut setia forum SH, ini adalah pengumuman yang muktamad, dan datang sendiri dari pengasasnya iaitu forum akan DITUTUP UNTUK SEMENTARA WAKTU. Ya. Untuk sementara waktu sahaja! Janganlah bimbang atau gusar. Ia ditutup pun atas kesibukan Hatz dengan jadual kerjanya yang padat.

Beliau juga ada meminta kepada Mr.Hac untuk membuka semula dan ‘menjaga’ forum SH sepertimana asalnya. Namun maaflah, itu merupakan tanggungjawab yang sangat berat untuk digalas. Mr.Hac bukan pakar sekuriti sepertinya. Isk! Mungkin selepas ini ia akan dibuka semula dan ‘dijaga’ oleh pakar IT dari kalangan rakan-rakannya.

Kepada semua, harap bersabar. InsyaAllah forum akan dibuka semula. Cuma bila masanya itu tak dapat nak dipastikan lagi. Jika anda perasan, forum SH telah dihalakan (redirect) ke blog My Hackers Are Here (MHAH). Terima kasih Hatz kerana menjadikan MHAH sebagai ‘muka depan’ SH.

Mr.Hac: It is an honor and a privilege for me and my blog to be the ‘front page’ for Silent Hackers Group. Thank you my bro. Nanti kita jumpa ok!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Pasang Macbuntu Pada Ubuntu 11.04/Linux Mint 11: MacMintosh/MacPingtosh Tutorial

0

Hahah.. Jangan gelak ok lepas baca nama tu. Tu nama yang Mr.Hac bagi sendiri pada Linux Mint dan Pinguy OS yang telah dipasang dengan Macbuntu – Mac OS X Tranformation Pac untuk Ubuntu dan derivatives OS darinya (Linux Mint, Zorin, Pinguy OS). Setakat ini, Mr.Hac hanya pernah mencuba pada Linux Mint 11, Ubuntu 11.04, dan Ubuntu 11.10. Tiada masalah. Untuk Pinguy OS 11.04 juga mungkin tiada masalah, kecuali versi 11.10 yang mana Gnome 3 telah menggantikan Gnome 2 secara keseluruhan. Itu, rasanya memang tiada harapanlah nak pasangkan Macbuntu kerana Macbuntu bergantung juga kepada Compiz. Seperti mana yang kita tahu, Compiz tidak serasi dengan Gnome 3! So i still wanna keep my Gnome!

Tak payah buang masa lagi, kita terus kepada kaedah pemasangannya.

1. Mula-mula sekali, anda perlu muat turun Macbuntu di sini -> Macbuntu

2. Tempatkan fail itu ke dalam folder Downloads (Ikut suka sebenarnya, tapi dalam tutorial ini kita letakkan di situ ok)

3. Buka Terminal dan masukkan baris perintah di bawah:

cd ~/Downloads
tar zxvf Macbuntu-10.10.tar.gz
cd Macbuntu-10.10

4. Kita perlu menyunting fail pemasangnya. Masukkan pula baris perintah di bawah:

sudo gedit install.sh

5. Ubah baris UBUVER kepada versi yang kita gunakan. Contohnya jika anda menggunakan Linux Mint 11, ia adalah dari kod sumber Ubuntu 11.04. Ubahlah seperti di bawah. Sila lakukan perkara yang sama pada fail uninstall.sh dan upgrade.sh.

UBUVER=”11.04″
UBUNTU=”Ubuntu $UBUVER”

6. Cari seksyen seperti di bawah:

chk_system()
{
echo “”
echo “Checking Ubuntu version…”
s=`cat /etc/issue | grep -i “$UBUNTU”`
if [ ! -n “$s” ]; then
echo “Failed. System not supported, script will end here”
echo “To ignore their compatibility with current OS try ./install.sh force”
echo “Exiting…”
exit 1;
fi
echo “Passed”
}

7. Cari baris seperti di bawah dan tambahkan ‘Passed’ seperti contoh ini:

chk_system()
{
echo “Passed”
}

Jangan lupa lakukan juga perkara yang sama pada fail uninstall.sh dan upgrade.sh.

8. Simpankan ia (Save) dan masukkan perintah di bawah ke dalam Terminal:

./install.sh force

9. Pasang seperti biasa. Pilihlah kepada setiap pilihan lalai (Default Option) dan ketika pelayar web anda terbuka untuk memuat turun Addon, muat turun sahaja apa yang diperlukan. Cara pemasangannya amat mudah. Anda cuma perlu buka pelayar Firefox, dan pasang Addon melalui fail tersebut. Siap!

Jadilah ia seperti di bawah:

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

New Youtube Design

0

Hari tu Mr.Hac ada buat entri pasal layout atau reka bentuk baru Youtube. Tetapi rupanya itu belum ‘final’ lagi. Lihat pada paparan skrin di bawah:

Seperti yang anda dapat lihat, tampilannya adalah jauh lebih moden, canggih dan cantik. Cuma Mr.Hac masih belum sempat untuk menyunting Channel sendiri. Maaf la kalau nampak buruk! Hehe.. Maaf juga kerana tak dapat nak ambil paparan skrin yang lebih besar sedikit kerana faham-faham sajalah, netbook!

Mr.Hac: Cun tak Firefox yang dah dipasang tema Mac OS X tu? (Bakar line sikit!)

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Pasang Ubuntu/Linux Mint Dual Boot Dengan Windows

0

Ok. Akibat daripada permintaan yang tinggi (Akibat?), Mr.Hac telah mengalami bandwidth overload pada saraf otak. Disebabkan itu, otak Mr.Hac menjadi beku seakan-akan terkena serangan DDoS. Untuk mengelakkan terjadinya perkara seperti itu berlaku lagi pada masa akan datang, haaa. Nah, baca tutorial ni! Sesuai untuk mereka yang ingin install Ubuntu (Tetapi ingin mengekalkan Windows) atau apa-apa distro berasaskan Ubuntu seperti Linux Mint, Zorin OS, mahupun Pinguy OS kerana tampilannya lebih kurang serupa saja!

Dalam tutorial ini, Mr.Hac akan menunjukkan cara-cara pemasangan Linux Mint alongside (Bersebelahan @ Dual Boot) dengan Windows. Mari kita mulakan.

Sila boot OS yang menjadi pilihan anda sama ada melalui Live USB atau Live CD/DVD. Kemudian, setelah selesai boot, anda akan di bawa kepada desktop OS tersebut. Macam mana nak install dalam pendrive? Anda boleh gunakan Unetbootin, Universal USB Installer atau buat multiboot OS kesukaan anda melalui cara ini -> Membuat Multiboot Pendrive.

Apa? Macam mana nak boot dari CD atau Pendrive? Itu kena cari dulu tutorialnya dari Google. Jangan malas ya! Ok, jom kita pasang Linux pada komputer sekarang!

1. Kebiasaannya pada desktop anda akan ada satu pintasan untuk memasang sistem operasi yang anda pilih. Contohnya ia mungkin tertulis seperti ‘Install Linux Mint‘. Klik padanya dan paparan antaramuka pemasangan akan terbuka sepertimana gambar dibawah (Klik Forward):

2. Pilih pada pilihan pertama sekali, iaitu ‘Install Linux Mint alongside Windows

3. Dari sini, anda boleh terus klik pada Install Now, tetapi dalam kes ini, Mr.Hac ingin menetapkan saiz partisi mengikut kehendak Mr.Hac. Jadi ini adalah CONTOH daripada Mr.Hac. Anda boleh ubahnya mengikut kehendak anda pula. Mr.Hac pilih ‘advance partitioning tool‘ untuk menetapkan semula saiz partisi dan jenisnya.

4. Lihat pada gambar, terdapat dua partisi NTFS, Itu ialah partisi Windows iaitu C dan D. Mr.Hac ingin menggunakan partisi D (/dev/sda2) untuk memasang Linux Mint ke dalamnya. Apa yang perlu kita lakukan ialah klik pada partisi yang dikehendaki, dan padam (Delete). Kemudian, klik semula padanya dan pilih ‘Add’.

P/S: Jangan tersilap padam partisi Windows (/dev/sda1)! Nanti naya!

5. Ini ialah paparan setelah anda pilih ‘Add’.

Type for the new partition: Primary

New partition size in megabytes (1000000 bytes): Terpulang, tetapi kurangkan, atau tinggalkan baki sekurang-kurangnya 1GB untuk Swap Area.

Location for the new partition: Beginning

Use as: Ext4

Mount point: /

Klik OK.

6. Klik pada baki 1GB (1000MB) yang anda tinggalkan tadi.

7. Ikut je lah macam gambar di bawah ni, dan klik OK.

8. Klik pada partisi Ext4 yang telah kita buat sebentar tadi, dan klik ‘Install Now’!

9. Pilih negeri mana anda berada sekarang.

10. Pilih ‘Keyboard layout’.

11. Masukkan maklumat diri yang diperlukan oleh sistem operasi. Klik butang ‘Forward’.

12. Pada waktu ini, anda boleh langkau (Skip) muat turun Language Pack jika kelajuan internet anda adalah perlahan atau sederhana.

13. Mulai semula (Restart) komputer anda setelah pemasangan selesai. Yeah! Siap akhirnya!

Haaa.. Tunggu apa lagi? Tutorial dah siap, bila lagi nak pasang?

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cleverbot : Berbicara Dengan Aplikasi Web Pintar

0

Jika anda rasa anda bijak, terdapat satu laman menyimpan sebuah aplikasi, yang mana ia semakin hari berkembang menjadi semakin pintar dan bijak. Ini kerana ia mempunyai kaedah pengiraan algoritma perkataan yang setiap hari menjadi input kepada pengkalan data ‘otaknya’.

Setiap hari lebih dari 10 ribu orang ‘menggunakannya’. Ya lah, dah namanya pun pintar, dan boleh dibuat bual bicara, menarik juga kalau dapat bersembang barang seminit dua kan? Malangnya, ORANG-ORANG MELAYU kita telah ‘mengajar’ perkataan-perkataan yang kurang sopan dan kurang ajar kepada Cleverbot. Jika anda cuba berbicara dalam bahasa melayu, apa yang ada dalam pengkalan datanya hanyalah bahasa yang kurang enak didengar dan dibaca. Aduhai, ntahlah..

Bual Bicara Mr.Hac Bersama Cleverbot

Dari apa yang Mr.Hac perhatikan, ia sebenarnya menyimpan pelbagai kosa kata, perkataan, dan ayat perbualan harian dalam pengkalan datanya. Apabila seseorang melontarkan sesuatu soalan, ia akan melihat terlebih dahulu ke dalam senarai perkataan, kosa kata dan ayat-ayat yang pernah dibualkan bersamanya dan kemudian menggunakannya semula kepada orang yang bertanya. Melalui kaedah inilah ia semakin hari semakin berkembang menjadi pintar, atas kaedah pengiraan algoritma perkataan bualan harian yang dilontarkan kepadanya, lalu digunakan semula.

Namun ia tidak menggunakan beribu-ribu atau mungkin berjuta-juta perkataan yang sudah ada dalam pengkalan datanya secara membabi-buta. Ia akan melihat, mengira, dan kemudian dengan bagusnya memilih perkataan yang sesuai untuk diberikan sebagai jawapan.

Disebabkan itulah kebanyakan perkataan dalam bahasa melayu hanyalah yang tidak sedap didengari. Adakah kerana orang-orang kita hanya tahu bercakap perkara ‘itu-itu’ sahaja? Mungkin yang selalu mengajarkan Cleverbot dalam bahasa melayu itu adalah budak-budak, tapi itukah kualiti dan tahap mentaliti budak-budak kita??

Cukup untuk masa ini. Buat anda yang belum pernah mencuba, silakan berbual dengan Cleverbot
di sini -> Cleverbot

Mr.Hac: Membebel pulak pagi-pagi buta ni.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

MacMintosh? Mint-Tosh??

0

Mr.Hac sebenarnya sedang menunggu DVD Mac OS X Snow Leopard dan Lion dari Ashraf a.k.a Katakmalaya, salah seorang penulis jemputan blog ini. Niat di hati mahu mulakan Hackintosh pada komputer pejabat komputer di rumah ini secepat mungkin. Namun mengenangkan beliau sedang mengulangkaji untuk peperiksaan, Mr.Hac yang mula resah gelisah ini cepat-cepat cari jalan lain.

Lihatlah pada tampilan Linux Mint 11 yang telah Mr.Hac pasangkan dengan Macbuntu – Mac OS X Transformation Pack untuk Ubuntu. Dengan mengubahsuai beberapa kod dari fail pemasangnya, Macbuntu 10.10 berjaya dipasangkan kepada Linux Mint 11, yang mana kita sedia maklum ia adalah dari kod sumber Ubuntu 11.04. Mari kita lihat beberapa paparan skrin yang sempat Mr.Hac ambil sebentar tadi.

Cantik? Sangat serupa dengan Mac OS X bukan? Teruja mahu mencuba? ^^

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu/Linux Mint

0

Berikan Mr.Hac senaraikan KOMPILASI perkara-perkara yang perlu atau seronok dilakukan selepas selesai pemasangan Ubuntu atau lain-lain sistem operasi berasaskan Ubuntu seperti Linux Mint, Zorin OS atau Pinguy OS. Cuma kebiasaannya kebanyakan perkara tidak perlu lagi dilakukan jika anda menggunakan Pinguy OS, my favorite distro! Semua telah tersedia, tinggal godek kasi letup je!

Tampilan Desktop Pinguy OS 11.10 Mr.Hac

Ok.. Apa lagi.. Jom mulakan ‘penggodekkan’ tahap KL Hamster impak maksima!

1. Pasang Firefox Versi Baru

2. Cuba Permainan Hedgewars

3. Pasang Minitube

4. Tukar Unity Desktop Kepada Gnome Classic (Jika Anda Suka)

5. Pasang Musique (Pemain Muzik)

6. Tukar Server Untuk Melajukan Muat Turun

7. Pasang XBMC (Hab Hiburan)

8. Pasang PlayOnLinux

9. Aktifkan 3D Desktop Environment

10. Pasang Wine

11. Pasang Boot-Repair-Disk

12. Baiki Banshee Missing Plugin (Ubuntu 11.10)

13. Pasang Tuxcut (Network Security)

14. Pasang Clementine (Pemain Muzik)

15. Pasang JDownloader (Pemuat Turun)

16. Pasang Audacious

17. Cuba SKDownloader (Pemuat Turun)

18. Bermain Dengan Supertuxkart

19. Melajukan DownThemAll

20. Pasang XBMC Pada Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot

21. Bermain Dengan Open Arena!

22. Membuat Latar Belakang Animasi (Animated Wallpaper)

23. Mencuba Keylogger Untuk Linux

24. Pemain Video Terbaik Untuk Ubuntu/Linux Mint

25. Membuat Tranparent Terminal

26. Download Manager Terbaik Untuk Ubuntu/Linux Mint

27. Melajukan Firefox

28. Pasang Kernel Baru

29. Mencuba Pemain Video UMPlayer

30. Pasang Fern WiFi Cracker

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Faedah-Faedah Menggunakan Linux

0

Salam semua.. Seriously blur. Takde idea nak update apa hari ni. Semalam macam-macam draf ditulis dalam telefon. Laaa.. Rupa-rupanya tajuk-tajuk lagu yang nak dicari kemudian. Adeh..Fikir punya fikir, akhir sekali tergerak hati untuk cari balik entri yang berada dalam draf. Jumpa pula dengan tajuk ini, terus taip. Jadi kepada anda semua yang bercadang hendak menggunakan distro Linux seperti Ubuntu, Linux Mint, Pinguy OS, Zorin OS dan lain-lain lagi, sila teliti beberapa fakta di bawah. Harapan Mr.Hac agar lebih ramai lagi yang akan menggunakan Linux sebagai sistem operasi lalai (default) dalam kehidupan mereka selepas mendapat pelbagai panduan dari blog ini.

Sebelum ini Mr.Hac pernah menulis ‘Kenapa Linux Jauh Lebih Bagus?’. Entri ini adalah entri susulan atau ‘nasik tambah’ kepadanya. Jadi.. Haa tambah nasik! Tambah!

Antara faedah-faedah menggunakan Linux ialah:

1. Bebas Virus: Ok.. Melihat kepada fakta, Linux bukanlah imun kepada virus 100%. Ingat tu! Cuma setakat ini masih belum ada lagi virus yang dapat menapak dan menyebar dengan kukuh. Mr.Hac ada melihat video dari Youtube yang menunjukkan beliau terkena jangkitan virus dari sebuah laman web. Tetapi eksploitasi yang ditunjuk menunjukkan beliau agak cuai dalam mengendalikan setiap laman web yang dilawati. Fakta: Keylogger bukan virus! Sebelum anda berkata apa-apa yang mampu membuat darah manis Mr.Hac tersirap, lebih baik pergi baca di Wikipedia dahulu tentang keylogger! Ya. Keylogger mampu menyelinap ke dalam Linux. Namun anda perlu ingat, keylogger untuk Linux yang paling hebat pun masih tidak menyeluruh dan tidak ‘semenggah’ seperti keylogger untuk Windows. Contohnya logkeys. Tambahan, anda perlu tahu, Linux adalah sistem operasi sumber terbuka, dan ini bermakna sesiapa sahaja boleh melihat kepada kod sumbernya. Jika hari ini eksploitasi atau virus dilepaskan, InsyaAllah esok lusa tampalan (patch) sudah siap dibuat. Apa yang anda perlu buat ialah kemaskini sistem operasi anda setiap hari.

2. 100% Percuma: Ada yang berkata sesuatu yang percuma itu tidak bagus. Namun bagi kes Linux, percuma adalah sesuatu yang hebat! Lagipun, siapa yang tak suka benda percuma kan??

3. Pemacu Terbina Dalam: Kebiasaannya jika anda memasang semula Windows, anda perlukan masa untuk mencari pemacu. Apa? Gunakan Driver Pack Solution? Untuk Linux tak perlu semua tu. InsyaAllah, hampir kesemua pemacu sudah terbina dalam kernel. Tinggal plug and play sahaja! Yes 4G tak dikesan oleh Linux? Gunakan pemasang dari fikri.my ini!

4. Tak Perlu Antivirus: Disebabkan ia menghampiri kepada kesempurnaan bebas virus, maka biasanya antivirus itu tidak perlu. Tiadalah pula salahnya jika anda tetap mahu memasangnya! Lagi pula terdapat beberapa antivirus percuma untuk Linux. Tetapi bagi Mr.Hac, tak payahlah!

5. Tiada lagi Blue Screen of Death Doom!: Maaf cakap, tapi melainkan anda benar-benar noob, masalah ini memang tak akan berlaku. Linux adalah sangat stabil. Memang tiada sesuatu yang benar-benar sempurna di dunia ini. Tetapi hakikatnya anda tidak perlu mulai semula komputer anda apabila sistem anda crash, atau mengalami ‘kekejangan misteri’ seperti Windows.

6. Restart = Tak Perlu: Lepas pasang sesuatu perisian pada Windows, anda perlu mulai semula (restart) komputer anda. Jika anda melakukan kemaskini kepada sistem anda, anda perlu mulai semula juga. Ketika sistem anda kelihatan mula goyah, pening, mual, atau menunjukkan tanda-tanda ‘hang’, silalah mulai semula untuk menjadikan keadaan ‘segar’ semula. Situasi ini tidak akan berlaku kepada Linux. Titik noktah.

7. Perisian Windows Tanpa Windows: Ini satu lagi persoalan yang kerap ditanyakan. “Bolehkah saya menjalankan perisian Windows pada Linux?”. Jawapannya boleh. Kita ada WINE (Wine Is Not Emulator), Crossover (Pro), dan Playonlinux untuk memasang permainan Windows yang dijalankan melalui Wine juga. Cuma nasihat Mr.Hac satu sahaja, dah gunakan Linux, tak salah untuk kita embrace teknologi dengan menggunakan kesemua sumber teknologi yang ada, termasuklah perisian-perisian Windows. Tetapi lebih baik jika anda kuasai perisian-perisian yang diciptakan khas untuk Linux. Dengan cara ini anda tidak akan mudah panik apabila memerlukan sesuatu perisian yang ada pada Windows untuk menyiapkan kerja. Sekali-sekala guna ok la!

8. Ratusan Perisian dan Permainan Percuma: Anda bosan dengan apa yang ada? Mahu memasang perisian baru? Tak perlu lagi susah payah mencari. Ambil contoh Ubuntu yang mempunyai Ubuntu Software Center (USC). Sangat mudah. Anda cuma perlu membuka USC, lakukan sedikit klik dan siap! Perisian yang anda mahu sudah pun dipasangkan pada komputer anda.

9. Perisian-perisian Terbina Dalam: Apabila anda memasang semula Windows, perkara kedua setelah memasang pemacu ialah memasang pula perisian-perisian asas dan penting, contohnya perisian pejabat, pelayar web, pengurus arkib dan sebagainya. Ini sekali lagi tidak perlu dilakukan dalam Linux, kerana semuanya sudah cukup, lengkap, dan tersedia. Kita ada Libre Office untuk perisian pejabat menggantikan Microsoft Office, Firefox untuk pelayar web, Totem Movie Player untuk memainkan video, Banshee atau Rhythmbox untuk memainkan muzik dan pelbagai lagi!

10. Hidupkan Komputer Lama!: Komputer dengan spesifikasi lama memang ‘menyedihkan’ apabila ia dilengkapi dengan Windows. Jika anda mahu kemaskini kepada yang lebih baru contohnya migrasi dari Windows XP kepada Windows 7, anda boleh ucapkan kirim salam sayang lagi sedih kepada Windows 7 kerana spesifikasi yang tidak mencukupi. Dengan Linux, untuk tampilan desktop yang kelihatan lebih moden sekalipun anda boleh pasangkannya kerana keperluan minimum untuk Linux adalah benar-benar minimum dalam erti kata yang sebenar!

11. 3D Desktop: Mungkin ada perisian yang mampu menjadikan desktop Windows kepada suasana 3D contohnya Deskspace, tetapi ia masih terdapat kekurangan, iaitu masih perlu dibeli, dan tidak secantik kesan visual COMPIZ pada Linux! Oh ya. Compiz itu percuma pula! Kesan visual yang boleh dibuat menggunakan Compiz juga adalah lebih banyak dan boleh diubahsuai mengikut kemahuan pengguna.

Jadi sekarang bagaimana? Masih takut untuk mencuba Linux? Ahh.. Alasan!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Android Network Tool Kit – Anti

0

Mungkin anda yang biasa menggunakan telefon bimbit Android sudah bosan bermain dengan Angry Birds, dan teringin melakukan sesuatu yang lebih menarik. Ok. Jika itu yang anda fikirkan, kini telah ada sebuah app khas untuk melakukan pentest yang dipanggil sebagai Android Network Tool Kit atau Anti.

Anti mempunyai pelbagai tool untuk menggodam yang biasa digunakan di komputer atau laptop, tetapi kali ini kesemua tool seperti itu terdapat pada Anti dan ini bermakna telefon Android anda boleh digunakan untuk tujuan menggodam.

Sila lihat paparan video dari pembangun Anti:

Berikut adalah quote dari laman pembangun:

ZImperium “Anti” LTD is proud to annonce Android Network Toolkit – Anti.
Anti consists of 2 parts: The Anti version itself and extendable plugins. Upcoming updates will add functionality, plugins or vulnerabilities/exploits to Anti

Using Anti is very intuitive – on each run, Anti will map your network, scan for active devices and vulnerabilities, and will display the information accordingly: Green led signals an ‘Active device’, Yellow led signals “Available ports”, and Red led signals “Vulnerability found”. Also, each device will have an icon representing the type of the device. When finished scanning, Anti will produce an automatic report specifying which vulnerabilities you have or bad practices used, and how to fix each one of them.

What is AntiCredit?
AntiCredit is the app to purchase status and credits for Anti usage.
Once you buy Silver, Gold or Platinum(for corporate users and power users), your status is saved forever. You can use MITM,DOS,SPY,REPLACE IMAGES and other features like PASSWORD CRACKER, but you also get N amount of credits, these credits can be used for attacks and reports.

Once Anti has mapped your network, it is time to choose the attack method:

[+] Scan – This will scan the selected target for open ports and vulnerabilities, also allowing the user to select a specific scanning script for a more advanced/targeted scan.

[+] Spy – This will ‘sniff’ images transferred to/from the selected device and display them on your phone in a nice gallery layout. If you choose a network subnet/range as target, then all images transferred on that network – for all connected devices – will be shown. Another feature of the Spy plugin is to sniff URLs (web sites) and non-secured (ie, not HTTPS) username/passwords logins, shown on the bottom drawer.

[+] D.O.S – This will cause a Denial Of Service (D.O.S) for the selected target, ie. it will deny them any further access to the internet until you exit the attack.

[+] Replace images – This will replace all images transferred to/from the target with an Anti logo, thus preventing from attacked used seeing any images on their browsers while the browse the internet, except for a nice looking Anti logo…

[+] M.I.T.M – The Man In The Middle attack (M.I.T.M) is an advanced attack used mainly in combination with other attack. It allows invoking specific filters to manipulate the network data. Users can also add their own mitm filters to create more mitm attacks.

[+] Attack – This will initiate a vulnerability attack using our Cloud service against a specific target. Once executed successfully, it will allow the attack to control the device remotely from your phone.

[+] Report – This will generate a vulnerability report with findings, recommendations and tips on how to fix found vulnerabilities or bad practices used.

Daftar dan muat turun di sini -> zImperium

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Jom Berlagak Seperti Hacker atau Programmer

0

Dalam dunia ini anda kena akui, tak semua bos atau pegawai itu betul-betul ‘pandai’! Hehe! Kadang-kadang bila sedang tidak sibuk, anda teringin juga nak ‘berlakon’ atau buat-buat sibuk kan? Ahaaa.. Itu memang boleh dilakukan dan tampilannya iras seperti anda seorang penggodam beretika yang kachak sedang melakukan tugas penting.

Lihat paparan skrin di bawah. Cool..

Anda cuma perlu klik pada ‘Hack’ untuk memulakan ‘tugas’ anda dan kemudian taiplah apa saja di keyboard komputer anda itu. Ia akan memaparkan seolah-olah anda sedang menulis bahasa pengaturcaraan untuk sesuatu tugas yang hebat. (Ha.. ha..)

Pedulikan apa orang nak kata. Lain kali kalau anda ada rezeki, maka belajarlah bahasa pengaturcaraan yang sebenar. Ini setakat nak main-main atau suka-suka kenakan kawan, boleh lah!

Pergi sini -> HackerTyper

Views: 4

Iklan Newspaper Inline