Utama Blog Laman 287

Memanfaatkan Google Dork

0

Salam. Sebagai intro, Mr.Hac berikan kepada anda pautan untuk rujukan, supaya memudahkan anda dikemudian hari. Bookmark sahaja entri ini, esok-esok bila nak rujuk klik terus padanya.

1. Apakah Google Dork (Oleh Janjangz)
2. The Google Hacking Database (TGHD)
3. 7 Kaedah Popular Menggunakan Google Untuk Menggodam
4. Cari Random Password Dengan Mudah (Oleh Analyzer)
5. Bagaimana Cara Mendapatkan Akses Ke Webcam Yang Tidak Dilindungi Melalui Google
6. Panduan Menjadi Seorang Hacker (Oleh Abg Saki)
7. Siri Tutorial Suntikan SQL (Oleh Janjangz)

Google Dork yang terkandung dalam laman teragung The Google Hacking Database (TGHD), merupakan satu-satunya ciri yang mampu mengalahkan enjin carian lain. Baris dork ini mampu mencari perincian yang anda berikan dengan super tepat.

Cuma kebiasaannya Google Dork kerap dikaitkan dengan kaedah penggodaman. Biarpun ianya benar, namun Google Dork mempunyai fungsi yang lebih dari itu. Jika anda manfaatkan dengan sebaik-baiknya, anda akan menjadi lebih ‘rapat’ dengan Google, dan anda dapat mendalami kelebihan Google yang satu ini. Antara yang anda boleh lakukan ialah:

1. Mencari Mp3 Dengan Mudah:

“?intitle:index.of?mp3 cromok“

site:mediafire.com cromok

Meskipun banyak terdapat diluar sana akan blog-blog yang memberikan pautan untuk muat turun Mp3 secara percuma, namun tidak kurang juga laman-laman penipu yang menyebarkan virus atau menipu wang anda. Google Dork di atas juga boleh digunakan untuk mencari fail pdf, fail arkib seperti rar atau zip, dengan hanya mengganikan ‘mp’ kepada ‘pdf’ atau ‘rar’. Gunakan Google Dork untuk carian tepat dan terus, atau anda boleh juga gunakan kata kunci seperti ini:

cromok deafening silence full album mediafire download

Mudah dan berkesan untuk mencari album penuh, atau boleh juga untuk mencari filem-filem yang anda minati. Nyatakan secara terperinci akan apa yang anda hendak cari. Google akan paparkan hasil carian terbaik mengikut ‘permintaan’ anda.

2. Mencari Contoh Resume Atau Dokumen Peribadi

Errr.. Google Dork ini, boleh digunakan untuk tujuan baik mahupun sebaliknya. Terpulang kepada anda akan bagaimana cara untuk anda ‘memanfaatkannya’.

intitle:”curriculum vitae” “phone * * *” “address *” “e-mail”

filetype:xls inurl:”email.xls”

intitle:index.of finances.xls

Sekarang anda sudah nampak di situ? Google Dork bukan sekadar ‘mencari maklumat sulit untuk menggodam’. Ia boleh digunakan untuk membantu kerja-kerja harian kita sekiranya digunakan dengan betul. Jangan sempitkan pemikiran mengaitkan Google Dork dengan penggodaman, biarpun kita tahu fakta bahawa Google adalah sahabat terbaik penggodam.

Sekian. Jumpa lagi!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Konsert Cromok Reunion Live in KL Live Center 2012

0

Penantian para peminat selama 15 tahun akhirnya berbaloi jua apabila BAND METAL LAGENDA MALAYSIA, iaitu CROMOK bakal membuat persembahan dalam satu konsert khas, Cromok Reunion Live in KL Live Center [Thrashing Kuala Lumpur].

Konsert tersebut dianjurkan oleh Clockwork Events dan Uncang Tiga yang akan diadakan pada 8 Aril bermula jam 4 petang di KL Live Center, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Cromok ialah band Metal tempatan yang diasaskan di Wolllongong, Australia pada tahun 1987. Anggota asal Cromok ialah Karl (Gitar), Sam (Vokal, Bass), dan Miji (Dram). Gitaris kedua mereka iaitu Din pernah menubuhkan sebuah band setelah keluar dari Cromok, iaitu D’Cromok. Namun hayat beliau tidak lama dan beliau meninggal dunia pada tahun 1997.

Cromok terpanggil untuk menjayakan konsert ini selepas melihat Search menjayakan empat konsert jelajah mereka.

Beberapa band tempatan akan membuat pembukaan bagi konsert tersebut, antaranya Nuclear Strikes, Metalasia dan Langsuyr!

Mr.Hac: Membesar dengan lagu-lagu Cromok. Sejak kecil sudah hafal boleh kata kesemua lagu mereka dan disebabkan Cromok jugalah Mr.Hac pernah membuat band berkonsep Melodic Metal suatu ketika dulu. Anda boleh dengarkan suara growl Mr.Hac melalui embedded mp3 di bawah.

Nak lagi ‘horror’ dengarkan melalui headphone. Pasti anda sukar tidur malam lepas ini! Hahaha!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Hackety Hack : Belajar Bahasa Pemprograman Ruby Dengan Mudah

0

Hackety Hack ialah sebuah aplikasi sumber terbuka yang mengajarkan kepada penggunanya bagaimana cara untuk membuat perisian dengan menggunakan bahasa pemprograman Ruby. Ia menggabungkan IDE dengan sistem pembelajaran yang mudah tetapi ekstensif.

Ia terdapat untuk pelbagai sistem operasi, iaitu Windows, Mac OS dan Linux. Selain itu, anda juga boleh mendaftarkan diri di laman web rasminya dan berkongsi perisian yang telah anda cipta. Aplikasi ini sesuai untuk semua tahap kemahiran, dari pemula sehinggalah kepada golongan mahir.

Anda boleh muat turun Hackety Hack di sini. Untuk menjalankan aplikasi ini dalam Linux, bergantung kepada lokasi anda muat turun ia, contohnya pada folder Downloads, buka Terminal dan arahkan ia ke direktori Downloads:

cd Downloads

Kemudian, jadikan fail tersebut executable:

sudo chmod +x hacketyhack-1.0.1.run

Setelah itu, anda sudah boleh jalankan aplikasi ini:

./hacketyhack-1.0.1.run

Atau anda boleh pergi ke direktori ia dimuat turun, dan klik dua kali pada fail executable itu tadi.

Sekarang, Bahasa Pemprograman Ruby bakal menjadi ‘mainan’ harian anda!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Free High Resolution GIMP Tutorial PDFs

0

GIMP ialah kata singkatan dari The GNU Image Manipulation Program. Ia adalah sebuah perisian yang mirip dengan Adobe Photoshop, iaitu perisian khas untuk melakukan kerja-kerja penyuntingan gambar.

Kini Tuxradar memberikan secara percuma tutorial GIMP dalam bentuk PDF beresolusi tinggi. Ini bermakna ia akan kelihatan cantik pada skrin PC anda, mahupun setelah anda print dokumen tersebut.

Tutorial ini berjumlah sebanyak 18 PDF kesemuanya dan bersaiz 90MB, sedia untuk dimuat turun.
Jika anda mahukan tutorial ini, sila muat turun pada pautan di bawah:

Klik : Tuxradar Free GIMP Tutorials

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Tukar Template Blogger Kepada Mesra SEO

0

Pengguna blogger pasti perasan, jika ada antara anda yang melihat keputusan hasil carian blog anda di Google, secara default blogger meletakkan nama blog anda terlebih dahulu sebelum tajuk entri anda.

Sebagai contoh, jika blog ini masih belum di-‘tweak’, hasil carian untuk entri ini adalah : OMG! Hackers? – Tukar Template Blogger Kepada Mesra SEO. Ini mendatangkan masalah kepada anda dalam dua cara, iaitu:

1. Berkemungkinan hasil carian hanya memaparkan : OMG! Hackers? – Tukar Template Blogger Kepada…
Anda tentu tidak mahu para pembaca melangkau blog anda kerana tidak faham dengan hasil carian seperti ini bukan?

2. Seboleh-bolehnya anda mahu pastikan tag tajuk entri anda dalam lingkungan 7 hingga 9 perkataan sahaja, kerana ramai pakar SEO yang percaya bahawa jika lebih dari itu, bakinya tidak akan dibaca oleh bot enjin carian. Membazir tenaga bot sahaja.

Jadi, kaedah yang terbaik di sini ialah dengan menukar tajuk entri ke depan, dan nama blog di belakang, seperti di bawah:

Caranya mudah. Anda log masuk ke blogger.com, pergi ke Design > Edit HTML, kemudian cari baris berikut:

<title><data:blog.pageTitle/></title>

Gantikan dengan kod berikut:

1. Jika anda mahu hanya tajuk entri sahaja yang berada pada hasil carian:

<b:if cond=’data:blog.pageType == &quot;index&quot;’>
<title><data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/></title>
</b:if>

2. Jika anda mahu tajuk entri dan nama blog berada pada hasil carian:

<b:if cond=’data:blog.pageType == “item”‘>
<title><data:blog.pageName/> |<data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title> </b:if>

Mudah bukan? Sebagai bonus, Mr.Hac ingin memberikan kod untuk membuat kotak carian seperti yang diminta oleh saudara mdfaizal. Berikut adalah kodnya:

<form action=”https://www.omghackers.com/search”
method=”get”> <input class=”textinput” name=”q” size=”19″ type=”text”/> <input value=”Cari” class=”buttonsubmit” name=”submit” type=”submit”/></form>

Teks yang berwarna ungu, anda gantikan dengan URL blog anda, dan teks yang berwarna biru ialah saiz widget. 19 ialah saiz yang ideal pada blog ini. Tukar ia mengikut kemahuan anda.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Kekuatan SEO, Pemangkin Trafik Organik

0

Salam. Jika anda pengikut TEGAR blog OMG! Hackers?, yang dahulunya dikenali sebagai My Hackers Are Here, anda pasti tahu blog ini baru sahaja ‘mengalami’ pertukaran domain. Tidak mahu lagi rebah akibat kebodohan pihak lain yang cuma mahu mengaut keuntungan, Mr.Hac kembali membikin dari mula. Ada juga yang kata blog ‘baru’ ini menyusahkan, kerana tiada kotak carian.

Sebab utamanya ia tidak diletakkan dulu adalah kerana pada waktu mula-mula domain blog ini ditukar, ia masih tidak diindeks dengan baik oleh Google. Benda baru la katakan! Kalau letak pun tiada guna. Sekarang cuba anda gunakan kotak carian ditepi ini untuk mencari apa yang anda mahu, tepat juga hasil cariannya bukan?

Mr.Hac tak mahu cakap banyak, gambar di bawah cukup untuk menjelaskan segalanya. Blog ini pasti akan ‘bangkit’ kembali:

Anda mahu blog anda mesra SEO?

Mr.Hac: Blog Laga World kini berwajah baru. Terima kasih kepada Togi Tan untuk header.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

The Mole – Aplikasi Suntikan SQL Automatik

0

Nasel telah melepaskan versi baru The Mole, versi 0.3. Apakah The Mole? The Mole adalah satu aplikasi atau tool untuk membuat suntikan SQL secara automatik. (script kiddy ske benda ni)

Dengan hanya memberi url laman dan string yang betul, satu-satu laman sesawang itu boleh dieksploitasi melalui cara sama ada teknik union atau teknik berasaskan boolean query. Untuk memahami teknik-teknik ni, anda disarankan untuk meng’google sendiri yer.

Pada versi ini juga satu fitur baru telah diperkenalkan iaitu suntikan melalui parameter pada cookie. Dengan fitur baru ini anda boleh mengeksploitasi suntikan yang akan memberi anda data berbentuk binari. dengan ini the mole akan menggunakan kepala permintaan (HEAD request) dan menganalisis kepala yang diterima. (saiz binari biasanya berbeza mengikit sama ada berjaya atau tidak) dan tidak memerlukan anda untuk muat turun keseluruhan data binari.

Versi ini telah mengalami perubahan yang besar yang mana sekarang membenarkan untuk memasukkan filter supaya boleh memintas peraturan IPS/IDS dan mengubah suai query semasa ia berfungsi.

Boleh download The Mole ini dan rujuk Tutorial pada pautan di bawah ini. Dinasihatkan pada sape-sape yang nak cuba untuk fahami betul-betul tutorial yang diberi.

Download The Mole v0.3 http://adf.ly/61vzN
Tutorial http://adf.ly/61w3Q

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Trojan DuQu – dicipta dari bahasa yang tidak diketahui

0
Hasil daripada siasatan para penyelidik Kaspersky, mereka menemui satu trojan iaitu Duqu Trojan yang ditulis dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang tidak diketahui.
Syarikat keselamatan rusia menyatakan maklumat terbaru ini akan membantu mereka mengetahui bagaimana cacing (worm) boleh berkomunikasi dengan pelayan-pelayan arah dan kawal (Command and Control (C&C) servers) mereka. Pelayan C&C biasanya akan memberitahu cacing (worm) apa yang perlu dibuat apabila ia mendapat akses ke sistem.
Ketika mana kebanyakkan atau majoriti Duqu Trojan ditulis dalam C++, ia bukan Framework dan tidak di ‘compile’ dengan Microsoft Visual C++ 2008. Bahasa-bahasa lain dikeluarkan termasuk Python, Java, Objective C, Ada dan Lua. “Memandang kepada saiz projek Duqu ini, berkemungkinan Framework Duqu ini keseluruhannya dicipta oleh pasukan yang berbeza dengan pasukan yang telah mencipta pemacu-pemacu (drivers) dan eksploitasi jangkitan sistem (system infection exploits) lain sebelum ini.” kata Alexander Gostev, chief Pakar Keselamatan di Kaspersky Lab di dalam kenyataannya.

Kod misteri ini mungkin adalah usaha sama dari pelbagai pihak yang berasingan bagi mencipta jangkitan ini. Kaspersky berharap agar ada seorang dari komuniti pengaturcaraan akan dapat mengecam dan datang membantu bagi mengenalpastinya. Dengan mengnalpasti bahasa ini ia akan membantu penganalisis mengetahui siapa pencipta  DuQu, terutamanya jika mereka terikat atau ada kena mengena dengan satu-satu kumpulan yang memang mengetahui dan pakar dalam bahasa pengaturcaraan ini, ataupon siapa disebalik penciptaannya.
Duqu pertama kali dikesan pada September 2011 dan disangka ia ditulis oleh orang atau kumpulan yang sama mencipta Stuxnet, yang mensasarkan kemudahan nuklear Iran dan cuba mencuri maklumat sulit. Sama seperti Duqu yang bertindak sebagai pintu belakang (backdoor) ke dalam sistem untuk mencuri maklumat.
Penyelidik telah mengenalpasti beberapa persamaan dalam bagaimana ia bertindak dan tersebar diantara Duqu dan Stuxnet, membuatkan mereka terfikir mungkin Duqu akan menjadi pengganti lebih hebat dari Stuxnet.
Apa pendapat korang?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Tutorial: Bagaimana untuk membuang Ubuntu OS (dual boot bersama Windows)

0

Ramai juga yang bertanya macam mana nak buang ubuntu. Jadi aku buatkan tutorial
ni. Harap dapat membantu =)

Software yang akan digunakan easy bcd. Software ni akan menukar MBR kepada windows 7 balik.
Kalau tak buat nanti tak boleh boot windows 7. Boleh download di sini.

Jadi, langkah pertama menuju kejayaan adalah merelakan ketentuan tuhan.
Right-click pada computer dan pilih manage.

Lihat pada bahagian kiri dan klik pada Disk Management.

Right-click pada volume yang tidak mempunyai nama (HDD yang tak ada dalam my computer)
dan pilih delete volume.

Anda akan dapati volume di bawah akan bertukar menjadi hijau. Right-click pada volume yang berwarna hijau dan pilih delete partition. Volume tersebut akan menjadi hitam. Untuk mengunakan kembali volume space yang telah dibuang, right-click pada volume D: dan pilih extend volume. (Tekan next-next je lepas tu)

Ini sebelum delete partition

Yang ini selepas Volume D: di”extend”kan

Ok, sekarang space yang digunakan untuk menyimpan Ubuntu sudah dibuang dan volume space tersebut ditambah ke HDD D:

Langkah seterusnya, buka applikasi EasyBCD (run as administrator)
Klik pada Bootloader Setup dan pilih Install the Windows Vista/7 bootloader to the MBR dan tekan butang Write MBR.

Dah siap. Untuk lihat keberkesanannya, reboot semula pc anda. Semoga berjaya =)

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Wine 1.4 Rilisan Stabil Dilepaskan

0

Setelah melalui pembangunan intensif selama 20 bulan, kini Wine dengan versi terbaru, Wine 1.4 dilepaskan kepada pengguna (Linux).

Banyak sekali pembaharuan dan penambahbaikan yang telah dibuat, antaranya ialah penambahan enjin grafik Device Independent Bitmaps (DIB), sokongan ARM, dan juga pemasangan Microsoft Office 2010.

Anda boleh membaca nota rilisan di sini : Wine 1.4 Release Note

Untuk pengguna Ubuntu 11.10 ke bawah, Wine 1.4 masih belum dimasukkan ke dalam PPA rasmi. Tetapi anda masih boleh memasang Wine 1.4 Release Candidate 6 (Seperti paparan skrin di atas) dengan menggunakan PPA dan baris perintah di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-wine/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install wine1.3

Untuk Ubuntu 12.04 Precise Pangolin, Wine 1.4 akan berada dalam repository rasmi, jadi anda tidak perlu menggunakan PPA untuk memasangnya. Cukup sekadar ‘sudo apt-get install wine’.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline