Utama Blog Laman 281

PhotoFilmStrip : Cipta Slideshow Ringkas Dari Gambar [Windows/Linux]

0

Mr.Hac amat menggemari ‘seni’ penyuntingan video. Pelbagai jenis perisian telah dicuba. Antaranya seperti NCH PhotoStage Slideshow Producer dan Corel VideoStudio Pro X4. Antara contoh hasil atau output dari perisian tersebut ialah seperti video Israk Mikraj ini. Namun pencarian masih belum berakhir dan kali ini terjumpa pula dengan PhotoFilmStrip.

Ianya adalah sebuah perisian multi-guna yang mampu untuk menghasilkan video slideshow dari gambar-gambar dengan output format yang pelbagai. Terdapat dalam versi Windows dan Linux (Ubuntu), ia menjanjikan sesuatu yang ringkas tetapi membantu dalam memghasilkan video slideshow yang baik, atau adhoc planning (rancangan saat akhir a.k.a last minute plan).

Berikut adalah paparan skrin perisian ini:

Masih terdapat beberapa kelemahan pada perisian ini. Tetapi cukuplah sekadar untuk projek adhoc, ia memang bonus untuk anda, tambahan lagi ia percuma.

Muat turun di sini : PhotoFilmStrip

Pemasangan Dalam Ubuntu:

1. Muat turun fail pemasang di sini : PhotoFilmStrip 1.5.0

2. Buka Terminal dan masukkan baris perintah di bawah:

sudo dpkg -i photofilmstrip_version_all.deb

sudo apt-get -f install


Contoh video yang dihasilkan:

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Windows 8 UX Pack 4.0

0

Windows 8 UX Pek menawarkan anda gambaran sepintas lalu ke masa depan Windows 8 tanpa anda memasang sistem operasi penuh…Wallpaper anda akan berubah sekelip mata,secara ringkas anda akan mendapat desktop baru yang sangat cantik….

Malangnya,UX Pek mampu mengubah desktop anda dan tidak ada fungsi Window 8..Sekali-sekala anda menukar wajah desktop anda apa salah nya dan anda akan merasa wajah yang baru…Selepas anda install dan merasa tidak seronok anda boleh Uninstall untuk mengeluarkannya…

                                                                                   Cantik tak…

                                                                           Saja nak tayang..haha

Sistem operasi:

-Operating Systems:Windows 7 (32 bit), Windows 7 (64 bit)…

-Languages:English..

-License:Freeware..

Untuk download skin pek window 8 di Sini

P/S:Jika ada masaalah dengan link download sila komen di bawah..

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

HACK BROADBAND CELCOM

10

Hari ini aku nak ajar korang semua cara-cara nak menggunakan celcom broadband secara free, bermaksud walaupun credit celcom BB prepaid kita dah habis…atapun jika anda mempunyai USB Broadband,guna je celcom simkad yg korang guna hp sekarang….
 1. Mula-mula download Ultrasurf kat bawah sini

                                                   Donwload Ultrasurf di sini: LINK

   
2. Dah download… Open la…
3. Dah Open,ok pilih ”option”, untick ”start ie automatically at start”.

4. Pastu turun bawah, click proxy setting, n then tick ”direct used ultra surf ”…

    kemudian exit..
5. Dalam browser yang korang guna tu, pergi kat “option” – “connection”, set manual proxy 127.0.0.1 dengan port 9666

6. Sekarang connect 3G modem…ataupun jika anda mempunyai USB broadband maxis,atau mane2,masukkan je simkad celcom korang.Ade rezeki dapat lah.hehe
7. Dah connect, run Ultrasurf, tunggu sampai dia cakap “successfully connected to server”
* Jika anda tak dapat connect guna ultrasurf tu. Sila Guna langkah ke-2 ini.
1. Dalam Ultrasurf  – “Option” – “Proxy Setting” – “Manual Proxy Setting” – “Proxy Host” 10.128.1.242 “Proxy Port” 8080 – Ok – Close ultasurf – lepas tu open balik

* Kalau tak boleh jugak
   
2. Bukak UltraSulrf balik – “Proxy Setting” – tick “Direct use ultrasurf”
Sekarang dah boleh open browser yang telah di set manual proxy tadi, confirm boleh surf, youtube dan download walaupun credit prepaid celcom bb dah habis.
Perhatian!! …
Jangan try benda ni masa kredit simcard tengah ada/banyak sebab aku tak jamin dia tak tolak kredit, tapi kalau kredit simcard dah abis, tak dak masalah,
sekian.terima kasih…
Sumber dari:juzt2u

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu 12.04 Beta 2 Dilepaskan!

0

Ubuntu 12.04 telah dilepaskan semalam (29hb 3 2012) dan ini merupakan rilisan beta terakhir sebelum rilisan stabilnya dilepaskan kepada pengguna. Ini merupakan antara rilisan beta yang paling super stabil pernah Mr.Hac cuba.

Antara pembaharuan jelas yang boleh dilihat ialah:

1. Persekitaran dekstop Unity 5.8 yang telah ditingkatkan.
2. Animasi pada HUD dan juga sokongan pada perubahan launcher.
3. Unity quicklist

4. Tema yang diperbaharui.
5. Ralat pada sekuriti dan pepijat yang telah diperbaiki.
6. Prestasi dan kestabilan yang semakin baik.
7. Libre Office dan Firefox telah dinaiktaraf.
8. Sokongan berbilang (multi) monitor.
9. Ubuntu One klien desktop berasaskan Qt.

Sila tonton video dari OMG! Ubuntu! ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas:

Rilisan seterusnya iaitu versi stabil dijangka akan dilepaskan pada 26 April 2012. Sama-sama kita nantikan rilisan super gempak ini!

Muat turun di sini : Ubuntu 12.04 Beta 2

Sedang mendonlod dengan gembira! Haha!

Sumber gambar dari Web Upd8.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway]360Amigo System Speedup PRO Full Version

0

360Amigo System SpeedUp boleh mengesan dan membuang semua fail yang tidak digunakan di dalam PC anda dari memasang perisian yang rosak,mengoptimumkan Windows untuk start-up lebih cepat…Ia juga membersihkan jejak-jejak aktiviti online anda,tetapi bahagian yang terbaik adalah ia perisian yang kecil dan pantas..

Ciri-ciri 360Amigo System Speedup…:

1.Menganalisis, membersih dan membaiki PC anda untuk prestasi yang lebih cepat dan lebih baik..

2.Kemas kini dengan ciri-ciri terkini..

3.Ia membolehkan anda  membersihkan dan membaiki masalah dengan beberapa klik sahaja untuk prestasi   PC maksimum…

4.Junk Files Cleaner..

5.Ia membolehkan anda untuk mencari dan mengeluarkan pelbagai  fail yang tidak perlu dari komputer anda…

6.Pengurus startup..

7.Ia mengoptimumkan konfigurasi Windows dan mempercepatkan PC anda semasa start-up…

Sistem Operasi..

-Windows® 7, Vista, XP, 2008, 2003, 2000 in 32 bit or 64 bit Editions..
-300MHz or higher processor..
-256 MB of RAM..
-12 MB of hard disk space..

Giveaway:
1.Untuk mendapatkan lesen nya sila ke sini http://www.360amigo.com/ghacks-giveaway/

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway]AIDA64 Extreme Edition 1.85

0

AIDA64 Extreme menyediakan pelbagai ciri-ciri untuk membantu dalam Overclocking dan pemantauan sensor. Ia mempunyai keupayaan unik untuk menilai prestasi pemproses, memori sistem, dan pemacu cakera… AIDA64 serasi dengan semua sistem operasi 32-bit dan 64-bit,termasuk Windows 7 dan Windows Server 2008 R2…

Software ini dapat memberitahu anda banyak mengenai perkakasan PC..Ia berguna kepada kita semua untuk melihat jenis-jenis model motherboard, CPU jenis apa dan kelajuan ram, butir-butir chipset dan kelajuan PC anda…Banyak maklumat yang berguna untuk kita meneroka…

AIDA64 bukan sekadar mengenai perkakasan,ia juga boleh memberitahu anda mengenai pemasangan Windows anda semasa menjalankan proses pemacu sistem, perkhidmatan dan banyak lagi…

         
                                                                          Screenshot

Sistem yang diperlukan..
-Operating system: Windows 95/98/Me, NT4/2000, XP, PE, Server 2003, Vista, Server 2008, 7, Server 2008 R2..
-Processor: Intel Pentium or later..
-System memory: 32 MB or more. CPU, FPU and memory benchmarks require at least 128 MB system   memory…
-Required disk space to install: 20 MB..

Giveaway:
1.Mula-mula pergi di Sini untuk mendapatkan cupon..

2.Selepas anda mendapat cupon sila ke laman promosi di https://www.abseira.com/downloadcrew

Letakkan cupon anda di RegCode..

3.Sila check email anda untuk melihat lesen anda..
4.Untuk download Sini
Giveaway ini akan tamat lagi 25 minit lagi..cepat..



Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tutorial Menggunakan CUPP Di Backtrack 5

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Setelah Abg Saki godek-godek tools dalam Backtrack 5 ni. Abg Saki ada terjumpa satu tool ni namanya CUPP.CUPP adalah singkatan kepada Common User Passwords Profiler. Ianya boleh digunakan untuk menjana kata kunci berdasarkan maklumat yang diberi. Jadi hari ini Abg Saki akan ajar bagaimana untuk menjana kata kunci berdasarkan maklumat yang diberi.

Untuk membukanya, anda boleh tekan pada Applications >> Backtrack >> Privilege Escalation >> Password Attacks >> Offline Attacks >> cupp

Bagi mereka yang ingin membukanya menggunakan perintah. (saya lebih gemar cara menggunakan perintah)
Anda boleh buka terminal anda dan taipkan perintah ini :

root@bt:~#cd /pentest/passwords/cupp

Kemudian akan keluar seperti ini

root@bt:/pentest/passwords/cupp#

Okay kita mulakan aktiviti kita sekarang. Anda taipkan perintah ini :

root@bt:/pentest/passwords/cupp# ./cupp.py -i

Ianya akan keluar seperti di bawah ini. Dan anda taipkan segala maklumat yang anda ada diruang yang di sediakan.

[+] Insert the informations about the victim to make a dictionary

[+] If you don’t know all the info, just hit enter when asked! 😉

>Name:

>Surname:

>Nickname:

>Birthdate (DDMMYYYY):

>Wife’s(husband’s) name:

>Wife’s(husband’s) nickname:

>Wife’s(husband’s) birthdate (DDMMYYYY):

>Child’s name:

>Child’s nickname:

>Child’s birthdate (DDMMYYYY):

>Pet’s name:

>Company name:

>Do you want to add some key words about the victim? Y/[N]:

>Do you want to add special chars at the end of words? Y/[N]:

>Do you want to add some random numbers at the end of words? Y/[N]:

>Leet mode? (i.e. leet=1337) Y/[N]:

Selepas anda isi kesemua maklumat, anda akan dapat seperti ini

[+] Now making a dictionary…

[+] Sorting list and removing duplicates…

[+] Saving dictionary to (nama fail kamu).txt, counting 12000 words.

[+] Now load your pistolero with (nama fail kamu).txt and shoot! Good luck!

root@bt:/pentest/passwords/cupp#

Sudah siap! Sekarang kamu taipkan perintah ini untuk melihat kata laluan yang dijana :

root@bt:/pentest/passwords/cupp#vim (nama fail kamu).txt

Dan ianya akan senaraikan segala kata laluan yang berkaitan dengan maklumat yang diberi. Tetapi jika anda tidak dapat membukanya, anda boleh pergi ke Places >> Home Folder >> File System >> pentest >> passwords >> cupp >> (nama fail anda).txt

Dengan cara ini secara tidak langsung anda boleh membuat senarai kamus sendiri tanpa perlu memuat turunnya di internet.

Jika ada sebarang pertanyaan sila luangkan masa anda untuk komen diruang yang disediakan. Baiklah itu sahaja pada hari ini. Jikalau ada kelapangan masa, saya akan kongsikan lagi mengenai penggunaan tools lain yang terdapat dalam Backtrack 5 ini. Stay tuned..

Sekian.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Internet Download Manager 6.11 Beta Full Cracked

0

IDM nampaknya hampir mengeluarkan versi terbaru lagi apabila merilis versi beta bagi perisian ini. Apa yang baru dalam versi beta?

What’s new in version 6.11 beta?

(Released: Mar 23, 2012)

    Added support for Firefox 13
    Added support for SeaMonkey 2.8
    Improved Advanced browser integration
    Fixed bugs

Bagus juga rilisan beta ini kerana ia menyokong versi terbaru Firefox. Jadi buat pengguna Firefox Aurora dan Firefox Nightly, anda tidak perlu gusar lagi untuk mencubanya kerana telah ditambah sokongan. Itulah yang paling penting buat mereka yang rajin mencuba versi terbaru Firefox, serta pengguna tegar IDM.

Anda boleh muat turun ia melalui pautan ini [JF] : IDM 6.11 Beta

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Firefox Nightly UX 14.0 Alpha 1

0

Mozilla bakal membawakan pembaharuan dari segi antaramuka. sekuriti, dan prestasi pelayar webnya iaitu Firefox. Dalam versi terbaru (pada waktu artikel ini ditulis) iaitu 11.0, tidak banyak pembaharuan pada paparan antaramukanya yang boleh dilihat. Kadar peningkatan prestasinya juga adalah pada tahap ‘biasa’ saja.

Bagi mereka yang mahu melihat dan merasai perubahan pada Firefox versi seterusnya, anda bolehlah memasang versi Aurora ataupun Nightly. Namun perlu diingatkan bahawa versi Aurora akan mengambil alih profil Firefox versi stabil yang tersedia dipasangkan pada komputer, kecuali anda mengasingkan profilnya.

Terdapat satu lagi versi Nightly yang tidak didatangkan secara rasmi seperti Aurora dan Nightly itu sendiri iaitu Firefox Nightly UX. Versi ini, selain membawakan pembaharuan dari segi prestasi dan sekuriti, ia juga menampilkan paparan antaramuka yang telah dinaiktaraf.

Antara yang boleh dilihat atau dirasai ialah implementasi pembaca PDF dengan teknologi HTML5 terbina dalam, paparan ‘speed dial’ pada pembukaan tab baru, protokol SPDY untuk prestasi pelayar web yang lebih laju, pemuat turun terbina dalam yang telah direka bentuk semula (redesigned), laman mula (start page) juga direka bentuk semula, dan banyak lagi untuk dinyatakan di sini.

Berikut adalah beberapa paparan skrin dari Nightly UX 14.0 Alpha 1:

Klik untuk paparan lebih jelas

Anda boleh memuat turun fail pemasangnya di sini: Nightly UX Download Page

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Angry Bird Space v1.0.0 Full (Patch)

0

Anda mahu bermain Angry Bird Space pada PC tetapi kekurangan ‘modal’? Nah.. Solusinya ada di sini.

(Quick Update)

Permainan Angry Birds dari Rovio ini sudah pun masuk fasa ‘Angkasa Lepas’ apabila membawakan konsep  ‘space’ ke dalam permainan mereka ini. Tak perlu gusar untuk memasangnya ke dalam PC kerana ia tidak akan menjamah poket anda sehingga kering. Versi yang bakal anda muat turun ini didatangkan bersama dengan penampal (Patch) untuk menjadikannya versi penuh.

Buka semua tahap, habiskan musuh-musuh dan buktikan andalah bapa burung gagah yang sebenar! (Kenapa macam aneh saja bunyinya ya).

Muat turun di sini : Angry Bird Space v1.0.0 Full (Patch)

Kata Laluan : www.dytoshare.us

Sumber/Kredit :
1.und3r-6r0und
2. dytoshare.us (Kalau ada masalah rujuk laman ini)

Views: 9

Iklan Newspaper Inline