Saturday, 8 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 276

Spotflux : Bypass Blocked Websites and Crush Viruses [Video]

0

Buat mereka yang belum mengetahui mengenai Spotflux, sila ke SINI.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Cepat Naik/Turun Lif Tanpa Perlu Berhenti

0

Assalamualaikum. [Quick Update]

Pernah dengan cara yang polis gunakan untuk naik atau turun dari lif dengan cepat tanpa perlu berhenti di mana-mana aras (Floor)?

Lihat pada gambar di bawah:

Gambar ni Mr.Hac ‘rembat’ dengan penuh karisma dari SINI. [Kredit kepada beliau].’
Mr.Hac pernah juga cuba cara ini pada lif di apartment yang sedang Mr.Hac diami ini dan menjadi la juga. Dalam hati kemudian terdetik, “Patut la banyak kali lif tak berenti. Agaknya ramai yang tahu cara ni, lepas tu bila bangun lambat nak pergi kerja semua guna cara yang sama. Ceh!”

P/S: Gunakanlah untuk tujuan kebaikan.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] TownScape USB Anti-Virus 2012 4.0

0

Assalamaulaikum dan selamat sejahtera kepada warga OMG!!Hackers..

TownScape USB Anti-Virus adalah perisian yang ringan, pantas dan mudah untuk digunakan bagi menjaga komputer anda dari dijangkiti virus melalui USB..

TownScape USB Anti-Virus 2012 memfokuskan kepada USB kerana kebanyakannya virus dijangkiti melalui USB / Flash Drive….Perisian ini mampu melindungi komputer anda dari ancaman virus yang kita tidak ketahui..

Ciri-ciri TownScape USB Anti- Virus:
=> Removes viruses and repairs the damage they did on USB files…
=> Removes virus created shortcuts and restores files they damaged…
=> Detects and terminates viruses running in memory…
=> Reports the same virus once and there after deals with it silently…
=> Supported OS: WinXP, WinVista, WinVista x64, Win7 x32, Win7 x64, Win2000, WinOther, WinServer, Win98, Win95..
Giveaway:
1.Sila ke laman promosi untuk mendapatkan lesen di Sini
P/S:Ada apa-apa komen di bawah..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Hide/Unhide Partition D

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hari ini luqman akan ajar cara nak hide partition D atau mana-mana partition lain..

Cara Hide Partition:

1.Dalam tuto ni luqman nak hide partition D..Tengok bawah partition D ada kan..

2.Tekan kanan pada Computer dan pilih Manage…

3.Pilih Disk Management seperti di dalam kotak merah tu…

4.Pilih mana-mana partition yang korang nak hide…Dalam tuto ni Luqman akan pilih Partition D untuk hide dan tekan kanan pilih Change Drive Letter and Paths…

5.Tekan Remove dan OK…

6.Kalau ada keluar amaran ni tekan Yes je..

Shok tak Partiton D hilang..

Cara nak unhide patition D balik..

1.Guna step 1,2,3 di atas…

2.Pilih add..

3.Untuk mengembalikan Partition D,luqman cuma pilih D…Kalau pilih letter lain takut ada sistem lain kat D tak berfungsi…Akhir sekali tekan OK…Cuba tengok Partition korang balik, mesti ada balik kan…


Credit to XLAWS-Xlawsknowledges

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Internet Download Manager 6.11 Beta Build 3 Full Cracked

0

IDM mengemaskini perisiannya dan kini tiba masa ia melepaskan rilisan Beta ketiga bagi versi 6.11. Apa yang baru?

What’s new in version 6.11 beta build 3?

(Released: Apr 12, 2012)

Improved Advanced browser integration
Improved HTML5 video detection in IE 9 & 10 on youtube

Muat turun : IDM 6.11 Beta Build 3 Full Cracked Silent Installation

Mr.Hac: Kepada copy paster, hentikanlah perbuatan anda sebelum blog anda dipadam seperti yang terjadi kepada BLOG INI. Cari idea dan identiti anda sendiri. Orang lain berpenat lelah menaip, bersengkang mata mencari idea. Anda tidak berhak untuk menyalin dengan senang hati.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Mengawal Kelajuan Internet Seseorang

2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada warga OMG!!Hackers..

Hari ini luqman akan mengajar anda untuk melambatkan internet orang..Toturial ini hanya untuk pengguna wifi sahaja dan satu network dengan kita..Contoh kita berada di kedai makan..

Toturial ini kera baik sedikit la dari Netcut..kalau Netcut potong terus line orang..Sekarang kita mula belajar cara untuk kawal internet dengan menggunakan software “P2POWER”…Korang boleh setkan speed pengguna internet yang lain,paling minimum pun 10kbps…10kbps nak bukak facebook pun tak boleh pa..

1.Mula-mula sekali anda perlu download dahulu software P2power di sini

2.Selepas korang habis download,install software tersebut..

3.Korang pilih settings >>> Schedules Setting >>> New..

4.Selepas itu namakan jadual tersebut dan klik kanan pada box dibawah dan pilih Select All…akhir kali klik OK..

5.Korang pergi ke Settings > Rules Setting > New..

6.Yang ini pula untuk namakan Rules korang..Tulis ja nama apa-apa pun..selepas itu setkan jadual korang itu..akhir kali klik next..

7.Korang boleh setkan speed mereka paling minimum 10kbps sahaja..Seterusnya Next..

8.Ini pula untuk menyekat service P2P..Select All dan Next..

9.Sampai di IM,Select All dan Next je..
10.Sampai di HTTP/FTP download just klik next je..Juga dengan WWW just klik next..Akhir sekali di ACL Setting just klik Finish..
Bermulalah proses untuk mengawal internet orang..
1. Scan untuk mengesan siapa yang sedang menggunakan nerwork atau WiFi tersebut…
2. Start untuk melihat speed internet mereka (akan keluar di tab Incoming(KB/S)…
3. Control All untuk pilih semua IP…

4.Lihat di tab Incoming(KB/S) ada 1 user sedang menggunakan internet. Untuk kawal internet dia cuma tekan kanan pada IP nya dan Apply Rule to Hosts Selected > Pilih nama rules yang korang buat tadi dan OK…

Akhirnya siap juga,barulah laju internet korang..Sekarang ni masih tiada jalan untuk melindungi dari serangan p2pover ni, jikalau ada sila share dengan comment kat bawah nie ya…Jangan bagi kantoi tau,kalau kantoi korang tanggung..

Credit to Abg XLAWS -> Sharing Knowledge

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu TCP/IP ?

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Sebelum saya mulakan. Ingin saya beritahu entri ini adalah hanya penerangan basic sahaja. Jika ada kesalahan harap ditegur. Dan jika inginkan lebih maklumat, anda boleh la google sendiri.

Berbalik kepada tajuk kita iaitu TCP/IP ni .TCP/IP Protocol juga dipanggil Routable Protocol. Apakah Routable Protocol ini? Routable Protocol adalah komunikasi protocol yang mempunyai network address dan juga device address. Ianya memebenarkan packet di hantar dari satu network ke network yang lain. Contoh routable protocol selain TCP/IP adalah IPX, AppleTalk, SNA, XNS dan DECnet. Ianya amat berbeza dengan non-routable protocol.

Non-routable protocol adalah komunikasi protocol yang hanya mempunyai device address sahaja. Ianya tidak akan bekerjasama dalam menghantar packet ke network lain, ianya hanya boleh menghantar ke device sahaja. Contoh non-routable protocol adalah NetBIOS dan DEC’s LAT protocols.et.

Jadi apa pula TCP/IP ini? TCP adalah singkatan kepada Transmission Control Protocol. IP pula adalah singkatan kepada Internet Protocol. Apakah kaitan kedua-dua ini iaitu TCP dan IP ni dalam internet kita? IP adalah satu protocol yang membenarkan kita untuk mencari komputer lain atau server lain dengan menggunakan IP Address. Contoh IP Address adalah 168.23.14.45. IP ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Default Gateaway, DNS Server, Subnet Mask dan IP Address. Manakala TCP pula adalah satu protocol di mana ianya akan menyambungkan komunikasi kita dengan komputer lain atau server lain supaya kita boleh menghantar packet. Jadi singkatannya adalah IP ni untuk mencari, lepas dah cari, TCP yang akan sambungkan komunikasi kita dengan komputer atau server yang kita ingin hubungkan.

Dalam TCP ini ada satu proses yang dinamakan Windowing. Ianya akan menghantar packet mengikut peringkat. Sebagai contoh, ada dua komputer iaitu komputer A dan B. Komputer A ingin berkomunikasi dengan Komputer B, jadi komputer A akan menghantar satu packet untuk menguji sama ada komputer boleh berkomunikasi dengan komputer B. Jika komputer B memberikan respon, ianya akan membalas dengan memberikan semula packet tersebut kepada Komputer A. Jadi komputer A tahu bahawa komputer B boleh berkomunikasi dengannya, dia pun menggandakan packetnya dengan menghantar dua packet pula. Dan komputer B menerima packet tersebut dan dia menghantar semula packet yang terakhir ke komputer A. Dan komunikasi ini berterusan berganda hingga kedua-dua komputer tidak dapat menampung packet tersebut, apabila ini berlaku, ianya akan balik semula kepada mula-mula cara mereka berkomunikasi iaitu dengan menghantar satu packet semula. Itu la cara komputer kita berhubung dengan komputer lain. Tak faham?

Mari kita tengok dialog di bawah:

Komputer A : Komputer B! Aku nak hantar satu packet ni, namanya “Hai” kat kau. Kalau kau terima, kau reply lah balik eh.

Komputer B : Oh. Aku terima packet “Hai” kau tu. Okay sekarang ni aku bagi balik packet ni kat kau dengan namanya ditukar kepada “Hai balik”.

Komputer A : Oh thanks. Okay sekarang ni aku hantar dua packet pula sebab komunikasi kita berada dalam keadaan baik sekarang ni. Dua packet tu namanya “Kau apa khabar?” dan “Tengah buat apa?”.

Komputer B : Oh. Aku terima dua-dua packet tu. Okay aku membalas packet kau tu dengan namanya “Khabar baik. Aku tak buat apa pun.”

Komunikasi berterusan sehinggalah mereka tidak dapat menampung packet tersebut. Perlu diingat, komputer B hanya membalas satu packet sahaja walaupun Komputer A menghantar packet lebih dari satu.

Komputer B : Komputer A aku rasa kau kena hantar packet kepada satu balik sebab 128 packet yang kau hantar kat aku ni terlampau banyak.

Komputer A : Oh okay. Kita mula balik dari satu packet.

Itu lah lebih kurang apa yang berlaku, tapi jangan percaya bulat-bulat perbualan mereka, ianya hanya sebagai gambaran sahaja. Kalau ada salah apa apa bagitahu ya.

Ini adalah permulaan kepada bagaimana komputer kita mencari Uniform resource locator(URL) yang kita taip dalam browser seperti https://www.omghackers.com ke tempat yang sepatutnya dicari.

Sekian.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara nak lajukan Google Chromium

0
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada pengunjung OMG Hackers? . Saya ni penulis jemputan je, biasa-biasa je orangnya. Pada post kali ini, saya nak share-kan sedikit info tentang web browser Chromium untuk Operating System (OS) GNU/Linux ni.

Untuk pengetahuan , sistem operasi yang digunakan adalah Ubuntu 11.10

(Kalau kecil sangat, click gambar)

Web browser Chromium mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna internet pada masa kini
kerana ‘efficiency’ dan ‘stability’ yang disediakan web-browser ini.

Pada post ini, saya nak paparkan sedikit bagaimana nak tambahkan kelajuan dalam Chromium (bukan Google Chrome) dalam sistem operasi LINUX.

Pada address URL Chromium anda, type-kan chrome://flags atau about://flags pun boleh juga

(Kalau kecil sangat, click gambar)

Kemudian , kat bawah paparan tu ada list banyak-banyak. Untuk memudahkan, anda hanya perlu ENABLE list ini :

– GPU compositing on all pages
– GPU Accelerated SVG and CSS filters
– Disable GPU vsync
– Disable hyperlink auditing
– HTTP pipelining

Ok , selepas itu click relaunch di bahagian bawah Chromium anda

(Kalau kecil sangat, click gambar)

Itu sahaja yang perlu dilakukan. Enjoy your surfing ya kawan-kawan 🙂

P/S : Saya menggunakan OS ubuntu , sekiranya list chrome://flags anda tidak sama seperti saya . Anda cuba-cubalah sendiri ya godek bagi dia laju 🙂 . Untuk pengetahuan , chrome://flags atau about://flags juga boleh digunakan untuk Google Chrome pada windows 7 . Sekian….

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Google Chrome Canary

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Apa berbezaan dengan google chrome biasa??
Tidak ada apa-apa yang berbeza cuma ia lebih laju dan tidak menyusahkan..
Untuk lebih tahu tentang google chrome canary sila ke http://www.downloadcrew.com/article/22271-google_chrome_canary

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Minus.com : Laman Perkongsian Fail Terbaik (10GB Ruang Storan Percuma)

7

Laman perkongsian fail adalah satu keperluan yang sering digunakan oleh para bloggers mahupun orang biasa pada masa kini. Storan awan juga menjadi satu trend dan fenomena apabila servis seperti Mediafire juga beralih kepada kaedah storan awan (konsep seperti Dropbox).

Minus.com ialah salah satu servis storan/laman perkongsian fail yang semakin mendapat tempat di hati pengguna. Ia menawarkan ciri-ciri mudah guna seperti pendaftaran tanpa memerlukan pengesahan e-mel, serta aplikasi yang disokong oleh sistem operasi Windows, Mac OS X dan Linux.

Selain itu, ia juga mempunyai ekstensi (Addon) untuk pelayar web Chrome dan Firefox yang berfungsi sebagai pengambil paparan skrin pada pelayar web. Sebelum terlupa, ia menawarkan 10GB ruang storan percuma, dan setiap rakan-rakan anda yang menyertai Minus.com melalui pautan jemputan dari anda, kedua-dua anda dan rakan anda akan mendapat ruang storan 1GB secara percuma juga!

Aplikasi desktop memudahkan anda untuk memuat naik fail, dan Minus.com menawarkan ciri ‘Following’ iaitu setiap rakan yang anda ikut, anda akan dapat melihat fail yang mereka muat naik atau kongsikan (kecuali ia di-set sebagai private). Anda juga boleh meneroka fail-fail gambar yang dimuat naik ke laman ini pada pautan Explore.

Jadi jangan lepaskan peluang ini. Dapatkan satu akaun sekarang dan mulakan menyimpan fail anda di Minus.com! 10GB tu! Oh ya. Lupa pula. Kalau Mediafire anda perlu pisahkan fail yang besar untuk muat naik bukan? dengan Minus.com tidak perlu berbuat begitu kerana anda boleh muat naik fail bersaiz besar (tapi tak pasti lagi berapa saiz paling besar). Kalau hendak muat naik dengan pantas, gunakan aplikasi desktopnya. Pasti hidup lebih ceria!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline