UFO : Alien Invasion ialah permainan yang tersedia untuk platform Windows, Mac, dan khususnya Linux. Ia adalah permainan strategi yang percuma, sumber terbuka, dan boleh dimuat turun pada laman web rasminya, melalui klien Desura, ataupun melalui PlayDeb.
UFO : AI ialah berkisarkan tentang makhluk asing yang ingin menjajah bumi. Anda mengetuai satu unit khas untuk menentang kebangkitan makhluk asing ini dan dalam percubaan untuk menumbangkan gerombolan tentera makhluk asing tersebut, anda perlu melakukan kajian untuk membina senjata yang lebih besar dan canggih.
Permainan ini sememangnya amat memuaskan hati, cuma mungkin bagi yang tidak biasa mungkin tampak ‘rumit’ sedikit.
Apapun, ini ialah sedikit intro yang diperoleh dari Youtube:
Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
EPISOD KELAPAN
Hackim pergi ke sekolah dengan perasaan yang yang keliru. Dia seperti tidak tahu apa yang berlaku semalam.
“Siapa Retsam12345 tu? Macam mana dia boleh hack aku?”
Kemudian dia terfikir, tujuan dia sekarang adalah untuk belajar. Jadi dia pun “clear” kan segala kekeliruan dalam kepalanya, dan “refresh” semula otaknya supaya dapat menumpukan perhatian dalam pelajarannya di kelas.
Petang itu, ada aktivti kokurikulum, Hackim pun pergi ke kelabnya iaitu Kelab ICT di makmal komputer. Pada yang sama juga dua rakan yang selalu membulinya iaitu ZestCool dan Bluedragon juga berada dalam kelab yang sama. Apabila nampak Hackim, mereka pun terus mengutuk Hackim dengan mengatakan bahawa Hackim ni tak pandai guna keyboard la. Ini disebabkan Hackim adalah orang yang paling lambat dalam menaip di kelasnya, jadi mereka menggunakan kelemahan Hackim untuk mengejeknya. Dari situ Hackim teringat semula misi keduanya iaitu social engineering. Dalam hati Hackim berkata :
“Haha. Korang kutuk aku eh. Tunggu balasannya.”
Kemudian Hackim pun berfikir, bagaimana untuk jalankan misi kedua ni dekat dua orang rakannya itu.
“Hmmm. Macam mana aku nak social engineering diorang ni eh? Ha! Aku tahu. Untuk hari ni aku cuba tengok dulu apa yang diorang selalu buat bila buka komputer, laman web apa yang selalu diorang buka, sebab aku kena tahu dulu apa yang diorang buat, lepas tu barulah aku cuba cari “vulnerable” dalam aktiviti diorang ni. Ambil masa juga untuk selesaikan misi ni. Okay sekarang ni aku cuba untuk sabar dengan ejekan diorang, dan aku kena duduk sebelah diorang untuk tengok apa yang diorang buat.”
Setelah itu, cikgu kelab tersebut iaitu Nur Asyiqin telah memberikan tempat duduk untuk setiap pelajar di komputer yang ditetapkan. Kebetulan, Hackim duduk bersebelahan dengan ZestCool. Jadi di benak fikiran Hackim :
“Nampaknya ZestCool la mangsa pertama aku! Yeah! Aku kena hati-hati supaya tak kantoi.”
Kemudian ZestCool membantah keputusan Cikgu Asyiqin yang menyuruh Hackim duduk disebelahnya dengan mengatakan Bluedragon lebih sesuai duduk di sebelahnya.
ZestCool membantah :
“Apa ni cikgu? Bagi Hackim duduk sebelah saya? Dia dah la kura-kura. Typing punya lah lembab. Nanti saya berjangkit pulak dengan dia. Lebih baik cikgu bagi Bluedragon duduk sebelah saya. Sekurang-kurangnya Bluedragon ni dapat membantu saya dalam komputer ni. Dia pandai.”
Cikgu Asyiqin membalas dengan senyuman “trollface” sambil berkata :
“Oh macam tu ya? Saya bagi kamu dua pilihan, sama ada main komputer di bilik disiplin atau duduk senyap kat situ? Kamu ni ZestCool tak habis-habis kutuk si Hackim tu. Kesianlah dia. Dia pun nak belajar juga. Kamu jangan fikir diri kamu saja yang bagus. Mungkin dia tak bagus dalam taip menaip tapi mungkin dia bagus dalam bidang lain. Jadi hormat sikit. Kalau kamu bersikap sebegini lagi lepas ni, bilik disiplin la jawabnya. Hehehe.”
Muka ZestCool agak terkejut kerana dia tahu Cikgu Asyiqin ni jenis yang tak makan saman. Kalau dia cakap itu, itulah yang akan dibuatnya, dia tak kira apa orang nak cakap. ZestCool pun kemudian menjawab :
“Okay-okay. Baik cikgu. Saya minta maaf.”
Kemudian kelas ICT itu pun bermula seperti biasa. Mereka di beri tugasan berkumpulan. Seperti biasa Hackim dan ZestCool satu kumpulan kerana mereka duduk bersebelahan dan berkongsi satu komputer. Tugasan mereka hanyalah perlu menyalin semula artikel dari surat khabar dengan menggunakan Microsoft Word 2010. Memandangkan Hackim lambat dalam menaip, jadi ZestCool terpaksa menyiapkan artikel itu sendiri kerana dia hanya membuang masa jika memberi Hackim menyiapkan tugasan tersebut. Dalam masa lebih kurang 15 minit siap sudah artikel itu. ZestCool memang terkenal dengan kelajuan taipannya tanpa sebarang kesalahan. Kemudian ZestCool buka laman web Facebook setelah siap tugasan tersebut. Dari situ Hackim melihat saja apa yang di lakukan oleh ZestCool dengan tekun. Semasa menaip password, ZestCool menyuruh Hackim memandang tempat lain agar tidak melihat password yang ditekannya. Tetapi Hackim menggunakan deria pendengarannya dengan mengira berapa jumlah karakter yang ditekan oleh ZestCool. Dan Hackim dapat mendengarnya dengan baik. Dan dia dapati ada lebih kurang 10 karakter yang ditaip oleh ZestCool. Setiap laman web yang dilayari oleh ZestCool telah di catat oleh Hackim tanpa pengetahuan ZestCool. Dan setelah kelas itu habis, Hackim pun balik ke rumah dan melihat semula segala catatan yang di catatnya dan menambah sedikit maklumat mengenai ZestCool dalam catatannya. Dan inilah yang Hackim dapat :
Nama : ZestCool
Kelas : 4 Cerdik
D.O.B : 6/5/1996
Email : zestcool@hacker.com
Laman web yang di buka :
www.facebook.com
www.myspace.com
www.omghackers.com
www.hacker.com
www.google.com
www.youtube.com
Perkara yang di sukainya :
Kereta (dia suka google pasal kereta)
Perlawanan Barcelona terutama membabitkan Messi (video yang suka ditonton semasa melayari laman web youtube)
Artikel Hacking (artikel yang di baca di omghackers)
Dia berasa maklumat ini mungkin dapat membantunya untuk mencipta password yang mungkin dapat membantunya untuk log masuk ke akaun ZestCool. Jadi di sini adakah dia berjaya log masuk ke akaun ZestCool dengan password yang akan dijananya nanti? Jika tidak berjaya, adakah cara lain yang dapat membantunya? Anda boleh memberi komen dibawah jika ada jawapannya. Kita tunggu untuk episod yang seterusnya ya!
Mr.Hac sebenarnya bukanlah peminat pelayar web Opera. Tetapi selepas sekian lama menggunakan Firefox (dan Chrome sekali-sekala), tiba-tiba teringatkan pelayar web ini setelah Firefox semakin hari semakin ‘lag’ pada netbook yang dikuasakan dengan pemproses Intel Core i7 Atom ini.
Jadi saya pun muat turun versi terbaru dan mencubanya. Wow! Apa yang boleh dikatakan ialah Opera sangat pantas! Kemudian saya mencuba pula versi 12.00 (beta) yang dikatakan tidak akan memintas (override) profil Opera versi stabil. Jadi ia juga dimuat turun dan terus dipasang sebaik proses muat turun selesai.
Ini adalah sebahagian kecil yang dapat Mr.Hac simpulkan dari Opera 12.00 Beta a.k.a Opera Next (Sebahagian darinya adalah ciri lama yang diperbaiki/naik taraf):
10. Opera Turbo Lebih Berkesan Melajukan Pelayaran
Jika dahulu, saya nyah pasang pelayar web Opera adalah kerana Opera Turbo. Ya, kerana pada masa itu Opera Turbo kelihatan seperti fungsi ‘sisipan’ yang tidak membantu langsung. Tetapi dalam versi terbaru (11.62) dan versi 12.00 Beta, opera Turbo ternyata telah dinaik taraf dengan begitu bagus sekali.
11. Pemuat Turun Terbina DalamYang Lebih Bergaya Dari Chrome
12. Cukuplah 11! Nombor 12? Anda cuba sendiri! Yang pasti ia lebih ‘ringan’ dari Firefox, lebih ‘stylo’ dari Chrome, dan yang pasti lebih berteknologi tinggi dari keduanya. Anda tak perlu percaya pada ‘cakap-cakap’ saya. Anda cuba sendiri untuk merasainya.
Carakan JavaScript Engine sememangnya membantu Opera membaca setiap laman web dengan lebih cepat berbanding Gecko, Webkit, mahupun Trident. Jika anda menggunakan distro Linux seperti Ubuntu, kepantasannya akan lebih terasa. Serius, cubalah.
Blessings to Our dethroned Sri Maharaja
The quest of ultimate darkness has begun
Hording the vengeance of a thousand Pagan Men
The procession of the Spectral Huntsmen
Golden Throne upon the infinite Horizon
Awaiting the all Four Winds to meet
Gathering the power of Nur Mani
Channeling the Seven Colours of Pelangi
Marching to the Land of Golden fields
Beneath the Clouds, across the Horizon
(Is) where I heard the cries of My howling
Thus I who saw the Flowers that bleed
This is the tale of the Bastardized
The Flame-Entity who attacked the Sun
Descending into the power and the glory
Where all Days are equal as Nights
Pain of a Serpent-Sword that flies into the Seventh-Sky
Witnessing the horrid battles and plights in Kayangan
The tears of the mournful Gods revealed all the weaknesses
Thy glory is at hand through Rites of Neraka thus prevailed
Countless Ravens swarming into the heart of Pagan Men
As the weak shall be beheaded and Rejam into the Pit
Thee is standing proud howling at the Seventh-Sky
Thee is the One, “Akulah Jahannam…!”
As the Rain become the rhythm
Of a pain that would not last
Flowers fall from the Sky
Its the end of the tale of the Bastardized
Journey to the Sea
Motley colours of the Skin
Cries of the Moon
As My journey ends to this pityful War!
Mr.Hac : Sekadar mengenang kembali zaman atas pentas!
Sebelum ini, Mr.Hac pernah membuat reviu mengenai sistem operasi Linux yang bernama ArchBang ini. Anda boleh membacanya DI SINI.
Apa yang baru dalam rilisan ini?
Some changes for this release:
– QDarkStudio4 default GTK theme
– Shotwell picture viewer
– Improved Conky
– Epdfview replaces zathura
– simple clean tint2 panel
– Broadcom wireless added
– virtualbox-archlinux-additions
– Mobile Broadband modem capability added to Network Manager
Bagi mereka yang mahu mencuba teknologi Arch Linux tanpa perlu menangis bersusah-payah dan pening kepala dengan segala macam kerja Terminal, maka ArchBang adalah distro yang patut anda muat turun. Berikut adalah reviu dari Spatry’s Cup of Linux:
ADrive ialah servis storan/penyimpanan awan yang mempunyai beberapa plan menarik. Seperti storan awan yang lain, ia mempunyai plan peribadi atau bahasa mudahnya, percuma. Namun apa yang menarik ialah tidak seperti Dropbox, ADrive memberikan ruang storan percuma sebanyak 50GB tanpa perlu merujuk (refer) kepada sesiapa.
Jika dibandingkan dengan storan awan MediaFire yang ‘kononnya’ memberikan ruang storan percuma tanpa had, MediaFire hanya membenarkan saiz fail sebanyak 200MB untuk akaun percuma, manakala ADrive memberikan kemudahan lebih dari 200MB (Tak pasti la berapa jumlahnya! Haha!).
Kemudian, untuk muat turun fail dari MediaFire, anda perlu lawati terlebih dahulu laman mereka, dan menekan butang ‘Download’, barulah anda boleh mendapatkan fail yang diingini. ADrive pula cukup dengan satu pautan untuk perkongsian fail. Anda boleh terus muat turun mana-mana fail yang diingini tanpa perlu menekan butang ‘Download’, ‘Download Now’, atau seumpama dengannya. Ia juga tiada masa menunggu, dan kelajuan muat turun fail juga adalah agak memuaskan hati.
Selain itu, ia juga mempunyai kemudahan untuk menyunting (edit) fail anda dari File Manager. Tidak perlu lagi muat turun, sunting, dan muat naik semula fail anda. Ini memberikan kelebihan dari segi penjimatan bandwidth dan masa. Proses muat naik fail yang telah Mr.Hac jalankan juga agak pantas.
Lawati ADrive untuk mendapatkan ruang storans sebanyak 50GB sekarang!
Sebagai percubaan, anda boleh cuba muat turun fail video (Ong Bak 3 BRRip) yang bersaiz 499MB ini:
Electronic Arts (EA) yang diketahui sebagai pengeluar permainan video terbesar bakal menghadiri Ubuntu Developer Summit (UDS) yang pertama pada 7 Mei 2012. EA adalah syarikat yang bertanggungjawab mengeluarkan permainan yang hebat seperti Battlefield 3, The Sims dan juga Mass Effect 3.
Adakah ini bermakna Ubuntu bakal menjadi platform gaming yang terbaik dalam kategori sistem operasi Linux? Adakah Ubuntu bakal dinobatkan sebagai sistem operasi ‘gaming’?
Ini adalah kerana sebelum itu, Michael Larabel dari Phoronix telah bertemu dengan Gabe Newell di pejabat Valve untuk memastikan Steam Client dan Source Engine Games sedang dipindah alih ke Linux. Ini bererti dalam masa yang terdekat ini kita bakal merasai dan menggunakan Steam Client untuk Linux.
Jika perkara ini bukan khabar angin semata-mata, maka selepas ini tiada lagi alasan ‘gaming’ hanya untuk Windows. Seperti entri sebelumnya iaitu mengenai klien permainan Desura yang canggih, dengan penambahan klien permainan dari syarikat gergasi ini, adalah diharapkan para pengguna Windows juga bakal beralih kepada Linux.
Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
EPISOD KETUJUH
Pada malam itu, setelah menunaikan tanggungjawabnya, Hackim pun membuka komputernya dan telah melayari pelbagai laman web untuk mendalami ilmu mengenai social engineering. Dan dalam masa tengah cari tu, dia telah terjumpa satu ebook yang berformat EPUB, tajuknya “Ghost in the Wires My Adventures as the – Mitnick Kevin”. Anda boleh melihat isi kandungannya dengan menggunakan add-on ini di FireFox. Hackim tertarik dengan kata-kata Kevin Mitnick iaitu :
(That’s a trick I’ve discovered very often works. If you ask for a piece of sensitive information, people naturally grow immediately suspicious. If you pretend you already have the information and give them something that’s wrong, they’ll frequently correct you-rewarding you with the piece of information you were looking for.)
“This is [whatever fictitious name popped into my head at that moment], from DEC support. We’ve discovered a catastrophic bug in your version of RSTS/E. You could lose data.” This is a very powerful social-engineering technique, because the fear of losing data is so great that most people won’t hesitate to cooperate.
Dari situ Hackim tahu serba sedikit bagaimana untuk melakukan teknik social engineering ini. Cara yang pertama dengan menunjukkan bahawa diri kita sudah tahu akan maklumat itu dengan memberikan maklumat yang salah, sudah menjadi lumrah manusia untuk membetulkan kesalahan kita jika kita melakukan kesilapan. Cara kedua dengan menakutkan mereka, dengan ini mereka akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kita. Itulah sikap manusia yang boleh terdedah kepada teknik social engineering.
Kemudian Hackim teringat balik akan cerita Encik Arif(ubah dari Cik ke Encik) iaitu:
Walaupun kerosakkan komputernya adalah bahagian luar iaitu hardware, aku tetap mengatakan padanya yang komputer itu kena virus. Dia pun percaya. Kemudian aku meminta username dan password daripadanya untuk di isikan pada ruang login Windows supaya aku dapat masuk kedalam komputernya. Tetapi dia tidak mahu memberikannya sebaliknya dia mahu taip sendiri. Aku pun mengalah dan membiarkannya menaip. Tetapi biasalah kan, kita kalau nak jadi hacker kita kena pandai cipta peluang. Selepas masuk ke komputernya, aku cakap kepadanya yang aku perlu update anti-virus dan muat turun software yang boleh mengelakkannya dari kena serangan virus.
Dia dengan senang hati membenarkannya. Kemudian aku pun meletakkan Remote Administration Tool di komputernya tanpa pengetahuannya kerana aku telah bind-kannya dengan nota registration dan FUD-kannya dengan crypter dalam sebuah fail software. Setelah siap semua itu, aku cakap padanya yang komputernya telah siap di baiki dan selamat dari virus. Mukanya kelihatan gembira kerana dapat menyambung kembali kerjanya.
Kemudian Hackim baru sedar akan segala apa yang diceritakan oleh Encik Arif memang cara yang amat berkesan dalam teknik social engineering. Dia pun berbisik dalam nada yang perlahan sambil melihat skrin komputernya :
“Ohhh. Baru aku tahu. Senang saja nak mahirkannya. Aku cuma kena pandai susun ayat supaya orang percaya kat aku. Untuk cara yang pertama tadi, aku kena tahu sedikit maklumat mangsa aku supaya aku dapat eksploitasi maklumat tu untuk dapat maklumat yang aku nak. Yang cara kedua tu macam cara Encik Arif la. Aku kena takutkan mangsa aku, supaya diorang senang nak bagi maklumat kat aku ataupun dapat memberi ruang kepada aku untuk dapatkan maklumat yang aku nak tanpa diorang sedar. Yeah! Aku rasa aku tahu siapa mangsa aku sekarang ni. Hehe. Tunggulah kawan aku. ZestCool and Bluedragon are the shit! Kau selalu memperbodohkan aku dalam kelas komputer. So i’ll take the revenge. HEHEHE. Dah la nama samaran korang pun pelik. Haha. “
Setelah mendapat segala maklumat yang dikehendaki, Hackim pun tutup segala aplikasinya. Tiba-tiba ada satu pop-up keluar :
“YOU HAVE BEEN HACKED BY RETSAM12345”
Hackim pun terkejut. Siapa pulak mamat ni. Macam mana pulak dia boleh hack aku ni. Dah lah aku pasang antivirus dengan firewall. Keluar lagi satu pop-up yang menyatakan :
“ARIF IS NOT A GOOD PERSON. STAY AWAY FROM HIM!!!! HAHAHA”
Hackim pun berbisik :
“Ha? Asal pulak dia cakap Encik Arif bukan orang baik? Siapa pulak dia ni? Tiba-tiba cakap macam ni?”
Siapakah Retsam12345 ni? Apa kaitannya dengan Encik Arif? Mangsa sudah di ketahui iaitu ZestCool dan Bluedragon yang merupakan pelajar yang suka membuli Hackim. Kita tunggu apa yang akan berlaku pada espisod seterusnya!
Setelah melalui pembangunan pesat selama 3 tahun, akhirnya GNU Image Manipulation Program (GIMP) versi 2.8 rilisan stabil telah pun dilepaskan dan ia tersedia untuk semua sistem operasi Linux.
Khas untuk mereka yang sangat suka kepada penyuntingan gambar, GIMP 2.8 membawakan pelbagai ciri menarik, khasnya yang telah lama diminta oleh para pengguna iaitu Single-Windows Mode seperti gambar di atas.
PPA di atas masih lagi belum dikemaskini dari pakej 2.8 RC 1, namun dalam tempoh beberapa hari lagi versi 2.8 pasti akan dimuat naik. Mr.Hac ‘menjumpai’ PPA ini di sini. Seperti yang Mr.Hac janjikan, ‘more good things to come’, nantikan lagi berita-berita ‘hangat’ mengenai Linux, Ubuntu, Linux Gaming dan yang sama waktu seumpama dengannya!