Utama Blog Laman 251

Tears of Steel : Filem Rasmi Rilisan Team Blender!

1

Tears of Steel” was realized with crowd-funding by users of the open source 3D creation tool Blender. Target was to improve and test a complete open and free pipeline for visual effects in film – and to make a compelling sci-fi film in Amsterdam, the Netherlands. 

The film itself, and all raw material used for making it, have been released under the Creatieve Commons 3.0 Attribution license. Visit the tearsofsteel.org website to find out more about this, or to purchase the 4-DVD box with a lot of extras.

Duration: 12 minutes. Available also in HD and DCP 2.35:1, Dolby 5.1.


Begitulah serba-sedikit petikan dari laman Youtube yang saya salin bulat-bulat. Tears of Steel adalah sebuah filem pendek berdurasi 12 minit yang telah dicipta dan diarahkan oleh Team Blender. Buat para pengguna Linux, anda pasti tahu akan perisian Blender, sebuah perisian penyuntingan video yang tidak asing lagi.

Anda boleh menonton filem ini melalui embedded video di bawah:



Atau anda juga boleh muat turun melalui pautan-pautan yang disediakan di laman rasmi Tears of Steel.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

VPN Direct – VPN Percuma Untuk Windows

0

VPN ialah sebuah kaedah sambungan internet dalam ruang lingkup yang selamat. Selain pekerja-pekerja syarikat yang menggunakannya untuk tujuan keselamatan data, VPN juga digunakan secara meluas oleh pengguna akhir juga untuk tujuan keselamatan dalam internet, dan tak lupa juga untuk melepasi sekatan-sekatan internet yang dikenakan oleh penyedia.

VPN Direct ialah salah satu VPN percuma untuk sistem operasi Windows. VPN Direct menyediakan servis  OpenVPN dalam bentuk GUI yang mudah difahami.

Untuk akaun percuma, anda dapat menggunakannya secara percuma selama 5 tahun. Agak pelik bunyinya, tetapi 5 tahun cukuplah untuk anda mencari alternatif yang lain jika anda tidak sukakannya. Namun, kalau tanya saya, saya jawab ‘boleh tahan’ saja.

Akaun percuma hanya dapat menggunakan IP dri US sahaja. Itupun hanya pelayan yang pertama. Jika mahu gunakan IP lain, anda perlu langgan servis premium.

Anda boleh daftar, muat turun, dan gunakan VPN Direct melalui laman web rasminya : VPN Direct

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Manjaro Linux 0.8.1 – Arch Linux All The Way!

0

Beberapa bulan yang lepas saya pernah dicadangkan untuk mencuba Arch Linux oleh teman-teman dari Youtube. Sejak mencubanya, Arch Linux telah berjaya membuka mata saya bahawa Linux sememangnya sebuah sistem operasi dengan arkitektur yang hebat.

Namun disebabkan ia dibina bukan untuk pemula, saya mengalami beberapa kegagalan ketika mula-mula hendak memasangnya ke komputer. Ya, memang agak sukar kerana anda tidak akan dapat sistem pemasang dalam bentuk grafik seperti Windows atau Ubuntu.

Semuanya dalam bentuk baris perintah. Anda sendirilah yang menentukan apa yang anda ingin pasang pada sistem operasi Arch Linux. Sejak dari itu juga saya bergelumang setiap hari dengan laman Arch Wiki. Laman ini memang super duper lengkap, semua perkara mengenai Arch dari permulaan pemasangan sehinggalah kepada persekitaran desktop, segalanya dihimpun di situ.

Selepas dari itulah saya berjaya memasang Arch Linux walaupun mata berpinar dek panahan cahaya PC yang sentiasa cemburu dengan kesungguhan saya. Ewahhh..

Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang berserabut membaca Arch Wiki? Bagaimana pula dengan pemula yang teringin hendak merasai sendiri Arch Linux? Kerana itu pula wujud distro seperti ArchBang, khusus untuk para pemula atau pengguna pertengahan (intermediate).

Namun ada satu lagi distro terbitan dari Arch Linux, namanya Manjaro Linux, yang menggunakan persekitaran desktop XFCE.

Pertama kali melihatnya, saya hanya mampu berkata “Wow!”. Masakan tidak, jika dahulu saya berpenat-lelah cuba sedaya-upaya memasang Arch Linux, sekarang hanya dengan memasang Manjaro Linux, saya dapat gunakan sistem Arch Linux, namun dengan ‘semua kebaikan’ iaitu persekitaran desktop untuk kita memulakan aktiviti, serta aplikasi-aplikasi serta perisian-perisian untuk kegunaan harian.

Dengan saiz 1.5GB, kesemua perisian yang anda boleh fikirkan ada dalam Manjaro. Dari perisian pejabat, internet, sehinggalah kepada aktiviti sosial, semuanya sudah tersedia. Manjaro masih mengekalkan prinsip KISS, tetapi tidak menggunakan Arch repo, sebaliknya ia menggunakan repo sendiri. Ini ternyata memberi kesan yang boleh dikatakan bagus kerana pengguna masih mendapat kemas kini yang paling baru (bleeding edge), namun dipertimbangkan sebagai stabil.

Ini adalah kerana Manjaro memastikan setiap pakej yang dikemas kini adalah stabil dan selamat untuk digunakan. Tapi macam biasalah, cakap panjang pun tak guna kalau ANDA tidak mencuba.

Jom muat turun Manjaro Linux (0.8.1)

Mr.Hac @ Dr.Freddy : Buat mereka yang menanti artikel Simple Linux, InsyaAllah saya akan mencubanya kemudian. Tetapi ini bukan pasti bukan janji, cuma kabinet bayangan pos seterusnya sahaja. Hahaha..

– Jangan sambut dengan jampi, dia tak terima,
Ikut mazhab rimau, Raja Rama Lima..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

IDM Untuk Ubuntu : uGet 1.10.2 Dilepaskan!

0

Kalau anda adalah pengguna Linux, bohonglah kalau anda katakan yang anda tidak tahu mengenai uGet. Ia adalah satu-satunya pemuat turun untuk Ubuntu yang paling hampir menyerupai IDM sama ada dari segi rupa bentuknya mahupun kepenggunaan.

Dalam versi terbaru 1.10.2, pengguna akan menikmati pemuat turun uGet yang telah diperbaiki bugs dan juga beberapa kekunci pintas untuk memudahkan kerja muat turun.

New Shortcuts:
Enter = opens the downloaded file
Shift + Enter = opens the file’s containing folder.
Delete = deletes the entry from inside of uGet
Shift + Delete = deletes the entry and the file (“Delete File and Data”)

Changelog – 1.10.2 Entry
01. Display “unnamed URL” if no filename specified.
02. Add new hotkeys: Enter, Shift+Enter, Delete, and Shift+Delete.
03. Don’t assign filename even if program accept ‘–quiet’ argument.
04. Hide aria2 console window in Windows platform.
05. Program can build with gstreamer-1.0 (auto detect by autoconf).
06. update Italian translation file.

uGet boleh dimuat turun melalui laman web rasminya di sini : uGet

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

E-Book Cara Mengawal Mimpi [PDF]

0

Salam.

E-Book pertama hasil tulisan saya kini dilelong lagi. Buat para pembaca yang ingin mendapatkannya, berikut adalah serba-sedikit maklumat mengenai e-book ini:

133 muka surat.
– Diselang-selikan dengan gambar. Sejuk mata membaca.
– Ditulis berdasarkan pengalaman sendiri dan ilmu yang telah lama digunakan.
– Pos asal boleh dilihat di sini.
– Sangat RARE. Anda boleh cari sendiri e-book seperti ini dalam bahasa Melayu sepenuhnya. TIADA lagi dalam pasaran.
– Panduan lengkap, dan bahan bacaan yang penuh ilmiah.

Saya melelong e-book Penjelajahan Astral : Suatu Pengalaman Yang Luar Biasa Hebat dengan harga RM15. Harga ini hanya untuk tahun 2012 sahaja. Mungkin selepas ini saya tidak akan buka lagi jualan seperti ini. Sekian.

Untuk pra-tonton, anda boleh muat turun di sini : Penjelajahan Astral
Kata laluan : diam13mati


Untuk pembelian, sila gunakan ruangan Hubungi Admin.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Hip-Hoppin’ Asia Bakal Menemui Penonton 8TV

0

Buat para peminat muzik genre Hip-hop, sebuah rancangan bertajuk Hip-Hoppin’ Asia akan bersiaran di 8TV bermula 11.10.2012, 9.30pm .

Rancangan ini akan di-hoskan oleh Joe Flizzow, yang mana beliau akan menjelajah Asia bertemu dengan segenap lapisan masyarakat untuk mencari definisi hip-hop yang sebenar. Mungkin akan ada yang bertanya apa kena mengena blog IT dengan muzik? Buat yang baru menjengah, saya merupakan peminat muzik selain IT dan komputer.

Tambahan pula rancangan ini bakal dikendalikan oleh The President, Joe Flizzow. Sudah semestinya saya akan war-warkan. Jadi kepada semua peminat beliau, jangan ketinggalan untuk menonton.

Oh ya, tak lupa juga The General, Malique, yang dikhabarkan sakit , mungkin kerana aura lagu Teman Pengganti yang meletup-letup, sebenarnya tidak sakit sama sekali! Buat semua blogger yang tidak tahu menahu, hentikan entri cari trafik murahan anda!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Kamen Rider Wizard Episode 5 Download

0

Jom tonton episod ke-lima Kamen Rider Wizard!

Download : Kamen Rider Wizard Episode 5 SD

via : Over-Time

Views: 12

Iklan Newspaper Inline

Jom Tonton Hulu.com Dari Malaysia Dengan DNS Tunneling

0

Salam.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Hulu.com ialah sebuah laman web penstriman video yang berasaskan geografi. Sesiapa yang cuba menonton videonya dari luar US tidak akan berjaya kerana sekatan ke atas IP dari luar US yang dikenakan.

Terdapat berbagai cara yang boleh kita gunakan untuk menukar IP komputer kita kepada IP dari US. Antaranya ialah dengan menggunakan VPN, Proksi dan SSH Tunneling. Namun terdapat satu lagi cara yang boleh digunakan untuk kita membuka laman Hulu.com tanpa sebarang tetapan yang sukar.

Caranya ialah dengan menggunakan Proxy DNS. Kaedah ini sama seperti implementasi DNS Tunlr.

Mengapa saya memilih kaedah DNS Tunneling? Ini adalah kerana apa yang anda perlu lakukan cumalah konfigurasi DNS pada komputer. Itu sahaja. Tidak perlu tetapan yang memeningkan. Selain mudah untuk digunakan, penggunaan DNS memastikan anda mendapat kelajuan yang pantas untuk penstriman video.

Apapun, ada kelebihan, pasti ada kekurangannya. Oleh kerana DNS tidak menukar IP anda, maka apa jua perkara yang melibatkan IP perlu diambil perhatian. Mungkin servis seperti Hulu boleh ‘dikelirukan’ dengan servis Cloud DNS Tunneling seperti ini, tetapi laman-laman lain seperti forum akan dapat mengenal pasti IP sebenar anda.

Selain itu, sekatan menyeluruh menggunakan perisian seperti Websense, Barracuda, dan sebagainya lagi perlu menggunakan kaedah yang lebih efisien seperti penggunaan VPN. Jika anda cuma mahu menonton video dari Hulu dan laman-laman seumpama dengannya, anda cuma perlu ikut tetapan seperti di bawah:

Berikut adalah bukti keberkesanan Proxy DNS:

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa lagi DNS Tunnel Service yang ditawarkan pada harga berpatutan seperti:

1. Tunlr – Percuma!
2. UnoDNS – Tempoh percubaan selama 8 hari
3. Unblock Us  – Tempoh percubaan selama satu minggu

Untuk servis Proxy DNS ini, berkemungkinan ia percuma selama ia dalam versi Beta. Selepas mencapai versi stabil, ia mungkin akan dikenakan bayaran. Setakat ini itu sahajalah maklumat yang diperoleh. Maklumat ini akan dikemaskini kemudian apabila versi stabil dirilis.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Linux Deepin: Distro Linux Menawan Dari China.

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Indah bukan rupa,harum bukan bunga,manis bukan gula,panas bukannya bara,cinta kan tetap cinta. Maaf,pendahuluan tiada kena mengena dengan penulisan kali ini. Hanya minat yang mendalam dengan lagu rock 90-an bawaan Damasutra. Lagu mengajak kita berfikir. Sedap juga bila didengari di celah-celah telinga.

Anda pengguna Linux? Anda pernah dengar Linux Deepin? Jika pernah pastinya entri kali ini tidak berguna kepada anda. Sebelum meneruskan sebarang penulisan selepas ini. Penulis ingin tekankan kepada pembaca bahawa penulis belum lagi mencuba Linux Deepin tapi penulis ingin menyampaikan sedikit ilmu supaya anda yang belum mencuba boleh mencuba. Jadi,sesamalah kita mencuba pada masa mendatang.

Linux Deepin ialah sebuah distro yang popular/famous/terkenal/terkemuka/terbaik yang berasal dari China. Jika dahulu hanya terdapat Bahasa Cina (Mandarin mungkin) sahaja. Tapi,selepas mendapat perhatian dari pengguna dunia khususnya pengguna luar daripada China. Pembangun telah memuatkan Bahasa Inggeris didalam distro ini. Ini yang penulis dapat daripada beberapa blog yang menceritakan tentang Linux Deepin ini. Sewaktu penulis menulis entri ini versi bagi distro Linux Deepin yang sudah dilepaskan adalah versi 12.06. Jadi penulis berasa lebih baik diceritakan tentang Linux Deepin versi 12.06.

Sistem yang digunakan ataupun persekitaran desktop (desktop enviroment) berdasarkan Gnome Shell. Setelah melakukan perubahan,maka terhasillah Deepin Gnome Shell.

Pada versi 12.06. Pembangun Linux Deepin telah menambah beberapa plugin pada distro buatan mereka seperti:-

  • 1. Hide Message Tray: As the name indicates, it can hide the Message Tray.
  • 2. Kimpanel: Enables users to search in Gnome Shell for applications, files or contacts.
  • 3. Panel Settings: Lets users decide where the panel should be (top/bottom) and whether it should autohide.

Penunjuk mesej dipertingkatkan. Seperti distro linux Pinguy OS,Xubuntu dan lain-lain. Penunjuk mesej ini bertujuan untuk memudahkan kita. Itulah Linux. Linux=Mudah.

Dan banyak lagi penambahbaikan pada versi terbaru ini. Linux Deepin juga mempunyai Deepin Music Player dan Deepin Media Player.

Deepin Music Player merupakan pemain muzik buatan Linux Deepin. Dengan antaramuka yang cantik dan ringkas pasti memberikan tekanan kepada anda untuk menggunakan versi yang terbaru ini. Sekali lihat dah serupa Windows 8. Begitu juga dengan Deepin Media Player. Penulis sendiri pun terasa untuk menggunakan distro dari China ini.

Jika anda kurang yakin atau mahukan lebih lagi tentang Linux Deepin 12.06 ni. Klik disini.

Linux Deepin juga mempunyai Software Center yang tersendiri bagi menggantikan Ubuntu Software Center boleh dimuat turun disini fail .deb Cubalah pada Ubuntu atau distro yang menyokong fail .deb

Tak sabar untuk menggunakan? Klik disini untuk muat turun distro Linux Deepin ini. Jika kurang yakin semuanya ada pada laman rasmi mereka. Selidik.

Adakah anda perasan dengan perubahan pada penulisan kali ini. Perkataan wa digantikan dengan penulis. Ini satu pembaharuan bagi memantapkan penulisan. Apa-apa pun selamat menelaah.

Sekian,Assalamualaikum.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

NiceCopier: Alternatif Kepada TeraCopy.

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sihat semua? Wa disini baik-baik belaka. Anda bosan menunggu sewaktu melakukan proses ‘copy’ dan ‘cut’. Anda sukakan barang/perisian percuma? Atau anda seorang pencinta sumber terbuka? Mungkin juga anda tidak gemar menggunakan perisian cetak rompak. Dan anda tidak mahu keluarkan modal. Jika ini semua ada dalam minda anda. Mungkin perisian ini serasi dengan anda.

NiceCopier ialah sebuah perisian yang digunakan untuk melajukan/menambah kelajuan sewaktu melakukan proses penyalinan. Perisian ini adalah bersumber terbuka atau dalam erti kata lain perisian percuma di bawah lesen GPL mungkin.

Mari kita lihat ciri-ciri perisian NiceCopier.
1. Ringkas dan mudah untuk digunakan serta pengawalan yang baik bagi menggantikan proses penyalinan lalai daripada Windows.

2. Menyokong berhenti seketika/jeda (pause) dan melanjutkan kembali proses pengopian/penyalinan.

3. Melakukan proses penyalinan dalam satu tetingkap (window).

Antara tetingkap semasa proses penyalinan.

Apa yang perlu ditunggu lagi. Bersegeralah memuat turun perisian NiceCopier disini.

Sebelum itu layan lagu yang mengajak kita berfikir. Sweet Charity – Batu. 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline