Utama Blog Laman 236

Cara Membuat Perisian Mudah Alih (2)

0

Seperti yang sedia maklum, memang terdapat banyak cara untuk membuat perisian dalam bentuk mudah alih seperti yang telah kita bincangkan dahulu. Ada cara yang sukar, ada cara yang senang. Terpulang kepada kehendak dan kemahiran masing-masing.

Perisian mudah alih sememangnya banyak membantu di kala kita perlukan perisian tertentu pada waktu yang mendesak. Tetapi dalam masa yang sama, ia juga membantu kita untuk bersedia menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana jua.

Artikel hari ini membincangkan kaedah untuk menjadikan sesuatu perisian kepada versi mudah alih menggunakan satu perisian percuma iaitu Cameyo. Jadi anda tidak perlu runsing mencari versi ‘cracked’ apabila perisian percuma ini boleh melakukan kerja yang sama seperti perisian berbayar.

Istimewanya mengenai Cameyo ini ialah ia mempunyai aplikasi yang boleh digunakan pada PC, dan juga anda boleh jadikan perisian dalam bentuk mudah alih melalui antaramuka laman web.

Apapun, tonton dulu video ini:



Kaedahnya:

1. Daftar dahulu akaun Cameyo anda di sini : Cameyo

2. Kemudian, muat turun fail .exe yang terdapat pada laman web Cameyo. Jangan bimbang, ia tidak perlu dipasang kerana ia juga adalah dalam bentuk mudah alih.

3. Jalankan perisian Cameyo tersebut. Paparan seperti di bawah akan muncul:

4. Pilih ‘Capture app locally’. Anda akan dapat lihat paparan seperti berikut muncul berhampiran dengan dulang sistem:

5. Setelah ia selesai melakukan pra-imbasan, sila pasangkan perisian pilihan anda. Dalam kes saya, saya pilih Firefox versi 18.0.1.

6. Setelah siap pemasangan, klik pada ‘Install done’:

7. Apabila ia selesai membina perisian anda, paparan seperti berikut pula akan muncul:

8. Seterusnya anda boleh terus menggunakan perisian tersebut atau sunting ia dengan mengklik pada ‘Edit package’:

Anda boleh muat turun Firefox yang telah saya jadikan dalam bentuk mudah alih itu di sini: Firefox 18.0.1 Portable (30MB)

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Panduan Muat Turun Permainan Flash

1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan kongsikan artikel mudah untuk anda mendapatkan/memuat turun permainan video bersifat flash. Boleh juga dikategorikan sebagai aplikasi flash. Anda bukan sahaja dapat memuat turun permainan bersifat flash. Malah anda boleh juga memuat turun animasi bergerak flash dengan mudah tanpa bayaran dan kekusutan fikiran.
Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan aplikasi bersifat flash. Daripada yang sukar hingga yang mudah. Untuk penulisan kali ini penulis akan bawakan panduan memuat turun aplikasi flash dengan cara yang paling mudah. 
Jika anda beranggapan bahawa aplikasi flash tidak menyeronokkan. Ternyata pendapat itu salah. Salah satu sebab aplikasi flash masih dicipta kerana apabila kesoronokan dan kemudahan teknologi digabungkan. Jika kita perhatikan,aplikasi flash amatlah ringkas. Namun,,disebalik keringkasan aplikasi flash itu tersirat 1001 makna.
Laman sesawang yang akan kita gunakan untuk memuat turun aplikasi flash ialah File2HD. Penulis lupa untuk beritakan tentang kelebihan menggunakan aplikasi flash dan kelebihan memuat turun aplikasi flash. Kelebihan menggunakn aplikasi flash ialah anda tidak memerlukan prestasi atau spesifikasi komputer yang tinggi. Anda juga tidak akan berasa tersekat-sekat semasa menggunakan aplikasi flash. Kelebihan memuat turun aplikasi flash ialah anda tidak memerlukan sambungan internet. Jadi,anda boleh jimatkan penggunaan jalur lebar anda dan digunakan untuk perkara yang mustahak sahaja. Tanpa berlengah masa,marilah sama-sama kita manfaatkan peluang keemasan ini sementara masih ada.
Kaedah memuat turun aplikasi flash.
1. Dapatkan pautan untuk aplikasi yang ingin dimuat turun oleh anda. Sebagai contoh,penulis memilih permainan Island Runner. Untuk anda yang meminati permainan Runner Man. Anda wajib mencuba versi 2D ini [di sini].

2. Lepaskan pautan yang disalin oleh anda tadi [di sini]. Rujuk gambar dibawah untuk penjelasan selanjutnya.

  

3. Selepas anda klik “Get Files”. Anda akan dapat satu pautan untuk anda muat turun fail tersebut. Klik-kanan pautan tersebut dan pilih Save Link As.

4. Klik kanan fail yang sudah anda muat turun dan buka menggunakan pelayar sesawang anda. Contohnya,Firefox,Chromium dan sebagainya. Kebiasaannya fail flash berformat .swf.

5. Anda boleh dapatkan permainan video dan animasi bergerak disini:-
Tablet Flash Games.
Albino Blacksheep.

Sekian terima kasih. Selamat mencuba.
Assalamualaikum

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu Easter Egg?

1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan kongsikan sebuah artikel mudah berkenaan Easter Egg? Terima kasih kepada sahabat Hootohtudia kerana mencadangkan agar menulis tentang Easter Egg. Rasanya baru sehari dua permintaan untuk mengarang artikel Easter Egg ini. Akibat ketidaksabaran untuk mengarang artikel tentang perkara ini,mungkin akan berlaku kesalahan fakta. Jadi,sekiranya anda terlihat sebarang kesalahan,sila beritakan di ruangan yang disediakan.

Easter Egg merupakan suatu perkara yang disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab seperti pembina suatu perisian dan sebagainya. Easter Egg umpama sebuah tandatangan bagi pembina perisian tersebut. Easter Egg juga boleh juga dijadikan sebagai pesanan kepada pengguna. Easter Egg boleh didapati dalam bentuk animasi,teks,audio,video dan sebagainya. Easter Egg boleh dijumpai pada permainan,Terminal pada Linux,pelayar sesawang (web browsers) dan sebagainya. Mungkin pada pandangan seseorang Easter Egg ini tidak berguna atau tidak penting. Tapi,untuk mereka yang menitikberat akan sebuah nilai estetika,maka perkara ini amat berguna untuk mereka. Easter Egg bukan sekadar hiburan malah lebih daripada itu. Easter Egg umpama sebuah rahsia. Tapi,akibat daripada kemajuan teknologi,mungkin perkara ini tidak dapat dirahsiakan lagi. Pada permainan video Grand Theft Auto juga memiliki Easter Egg. Anda boleh dapatkannya klu atau ‘hint’ pada laman sesawang penstriman video Youtube.com.
Easter Egg pada Terminal (Linux).
1. Buka program Terminal dan masukkan kalimat dibawah (Lembu).
  • apt-get moo
  • aptitude moo
  • aptitude -v moo
  • aptitude -vv moo
  • aptitude -vvv moo
  • aptitude -vvvv moo
  • aptitude -vvvvv moo
  • aptitude -vvvvvv moo
2. Kalendar. Taipkan “cal” diikuti bulan dan tahun. Contohnya:-
  • cal 9 2010
Cuba anda masukkan “cal 9 1752”. Anda akan dapati angka 3 tiada dalam kalendar. Rujuk [disini] untuk kepastian.
Easter Egg pada pelayar Firefox.
1. Taipkan “about:mozilla” dan lihat hasilnya. Rujuk [disini].
Anda boleh membuat carian Google untuk mendapatkan lebih lagi pengetahuan tentang Easter Egg.
Assalamualaikum.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Perbaiki Kebocoran DNS Pada OpenVPN

0

Apa Itu DNS?

Anda boleh baca keterangan mengenai DNS di sini : Apa Itu Domain Name System (DNS) ?

Apa Itu Kebocoran DNS?

Diterjemahkan dari laman DNS leak test.com:

Apabila menggunakan servis anonimiti atau servis privasi (seperti VPN), adalah amat penting trafik dari komputer anda melalui rangkaian anonimiti tersebut. Jika berlaku kebocoran terhadap mana-mana trafik yang melaluinya, apabila ada entiti yang memantau trafik tersebut, mereka akan memperolehi log aktiviti darinya.

Dalam keadaan tertentu, walaupun anda disambungkan kepada rangkaian anonimiti, sistem operasi akan terus-menerus menggunakan DNS lalai (default) dan bukannya pelayan DNS yang ditetapkan oleh anda ataupun dari rangkaian anonimiti. Inilah yang dinamakan sebagai kebocoran DNS dan apabila ia berlaku, tiada gunalah anda menggunakan servis anonimiti sedangkan pihak ketiga masih boleh memantau aktiviti anda.

Ini berbahaya kerana anda sangka anda telah selamat, sedangkan log aktiviti anda, dari kata laluan sehinggalah kepada laman web apa yang telah anda lawati, semuanya boleh jatuh ke tangan yang salah. Ini boleh mewujudkan rasa selamat yang ‘palsu’, meskipun ia bukan kesalahan yang datang dari servis penyedia anonimiti itu!

Bagaimana Mencegah/Memperbaiki Kebocoran DNS?

Meskipun saya telah cuba untuk mencegah kebocoran DNS dengan mengikuti kaedah yang ditunjukkan di sini, namun ianya masih terjadi. Kebocoran tetap berlaku dan maklumat Penyedia Servis Internet iaitu Maxis terpampang dengan jelas pada laman DNS leak test.com. Apa yang menghairankan saya, perkara ini tidak berlaku pada Arch Linux. Ia hanya terjadi pada Windows 8 yang sedang saya gunakan, jadi saya mencari-cari puncanya.

Paparan Ujian Kebocoran DNS dalam Arch Linux
(Menggunakan OpenVPN dengan servis MyTunnel.me + DNS Google)
Perhatikan, hanya IP dari US yang terpapar.

Apabila diselidiki, barulah jelas perkara ini terjadi kerana IPv6. Ia harus dinyah-aktifkan (disable) dari sistem. Untuk menyah-aktifkan IPv6 dalam Windows 8/7, anda boleh ikut cara ini:

Anda mungkin menyangka IPv6 boleh terus dinyah-aktif melalui tetapan sedia ada, dengan hanya membuang tanda pada kotaknya. Tetapi anda perlu melakukan satu lagi langkah iaitu menyunting Registry Editor.

1. Tekan kekunci Windows + R dan taipkan ‘regedit’ (tanpa pembuka dan penutup kata) pada kekotak lalu tekan Enter.

2. Halakan kepada registry berikut:

HKEY_LOCAL_MACHINESYSTEMCurrentControlSetServicesTCPIP6Parameters

3. Klik kanan pada Parameters, pilih New dan klik pada DWORD (32-bit) Value.

4. Masukkan DisabledComponents pada ruang ‘Name’.

5. Klik dua kali pada DisabledComponents, masukkan ffffffff pada Value data, dan klik pada OK.

6. Mulai semula (restart) PC anda.

7. InsyaAllah IPv6 akan ternyah-aktif.

Cuba sambungkan internet anda pada servis OpenVPN pilihan, kemudian lakukan ujian kebocoran DNS pada laman web DNS leak test.com. Jika maklumat Penyedia Servis Internet anda tidak lagi terpapar, bermakna barulah kini anda 100% berada dalam keadaan anonymous!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Mirror Upload: Mudahkan Urusan Muat Naik Dokumen Anda

0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Apa khabar? Harap anda sihat sejahtera. Untuk perbincangan kali ini penulis bawakan sebuah laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan muat naik dokumen ke pelbagai laman perkongsian fail dengan mudah. Laman ini amat sesuai untuk blogger khususnya blogger yang memiliki laman sesawang bersifat cetak rompak atau ‘warez’. Apa Itu Warez? Tidak perlu lagi diterangkan oleh penulis memandangkan bro Freddie sudahpun menerangkannya.
Jika bro Freddie sudah menerangkan tentang ‘warez’. Penulis pula akan menerangkan berkenaan laman sesawang Mirror Upload. Mirror Upload merupakan laman sesawang yang dibina bertujuan untuk memudahkan para penggunanya melakukan proses memuat naik sebarang dokumen ke media penyimpanan fail atas talian atau lebih dikenali dengan nama julukan “File Sharing”. Bayangkan jika anda memuat naik sesuatu dokumen ke laman perkongsian fail tanpa memikirkan masalah pada masa hadapan. Contohnya,anda memuat naik dokumen anda ke laman perkongsian fail 4Shared dan secara tiba-tiba 4Shared membuang fail anda kerana melanggar hakcipta atau terma dan syarat yang ditetapkan oleh 4Shared. Adakah ini akan menyenangkan anda? Sudah tentu tidak! Jadi,anda boleh membuat fail sandaran pada laman perkongsian yang lain melalui perkhidmatan Mirror Upload. Seperti yang telah diberitahu oleh penulis tadi. Laman sesawang ini amat bernilai bagi blogger yang menyediakan pautan muat turun untuk barang-barang cetak rompak. Warez Blog = File Hosting. Tidak dapat dipisahkan. 
Apakah laman sesawang yang penulis maksudkan?
Laman sesawang yang penulis maksudkan ialah Mirror-Upload.net. Mirror-Upload.net membenarkan penggunanya memuat naik ke pelbagai laman perkongsian fail seperti Billion Uploads,4Shared,PutLocker dan sebagainya. Jika anda mendaftar sebagai ahli,anda diberikan kemudahan untuk mengakses fail anda. Selain itu,Mirror-Upload.net berkerjasama dengan pelbagai laman perkongsian fail dan melebihi 10 angka. MirrorUpload juga berkerjasama dengan laman sesawang Urlz.so. Tujuannya ialah untuk memberikan dana/imbuhan bagi setiap pautan yang anda kongsi. Di dalam kelebihan Mirror-Upload.net terdapat juga kekurangannya. Kekurangan yang nyata disini ialah apabila penulis memilih lapan laman perkongsian fail. Tapi,yang tertera hanyalah lima. Dimana lagi tiga? 
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Inilah peribahasa yang sesuai dengan persoalan seterusnya. Penulis ingin membuat sedikit kaji selidik tentang pengguna OMG! Hackers? Seperti yang anda sedia maklum. Slot “Permainan Video Lama” telah pun kembali. Jadi,apakah pendapat anda berkenaan laman sesawang perkongsian fail yang akan digunakan bagi meneruskan kesinambungan slot “Permainan Video Lama”. Adakah menggunakan Adrive.com,Box.com (seperti yang terjadi di penulisan sebelum ini) atau menggunakan perkhidmatan Mirror Upload. Pada pendapat penulis tak relevan rasanya memberikan ‘username dan password’ kepada umum. Tetapi,penulis memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pengguna OMG! Hackers? Alhamdulillah. Pengguna OMG! Hackers? merupakan insan yang terpercaya (boleh dipercaya). Syabas untuk anda.
Apakah Alternatif Yang Sesuai Untuk Meneruskan Kesinambungan Slot “Permainan Video Lama”.
Gunakan Box.com seperti sebelum ini. Server laju cuma kurang selamat.
Gunakan Adrive.com. Kerana fail kekal lama pada server mereka.
Gunakan Mirror Upload sebab pengguna diberi pilihan untuk memilih laman perkongsian fail kegemaran.
  
pollcode.com free polls 

Alternatif Mirror-Upload.net.

  1. Upload Mirror.com
  2. Mirror Stack.com
  3. Multi Upload.nl
  4. Mirror Creator.com
  5. Dig Zip.com

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Artikel ini adalah artikel khas sempena Maulidur Rasul 1434 Hijrah. Penulis ingin sampaikan suatu perkara. Jika mereka (orang bukan Islam) boleh berzikir kepada Allah. Kenapa mereka tidak berselawat ke atas Rasulullah. Rasulullah S.A.W merupakan insan yang mulia. Baginda merupakan pemimpin seluruh ummah. Mari sama-sama kita wujudkan rasa kecintaan kita terhadap Baginda Rasulullah S.A.W dengan berselawat keatas Baginda Rasulullah S.A.W. Harap bro Freddie memberi kebenaran untuk menulis artikel ini. Mulakan hari anda dengan Selawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W.
Mari menonton tentang apa penulis katakan tentang orang bukan Islam juga boleh berzikir. Mohon jangan babitkan hal politik dengan video dibawah. 

Mari pula kita tonton ceramah dari Ustaz Don tentang Rasulullah. Assalamualaikum.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Cipta Folder Rahsia Dengan Notepad

0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera?
Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan kongsikan artikel mudah,semudah ABC atau dalam bahasa kebangsaannya “kacang je”. Berbekal semangat dan kesempatan masa,anda pasti dapat melakukannya.

Seringkali seseorang itu mendapat masalah apabila sesuatu dokumen yang disimpan pada folder dilihat oleh orang ramai. Secara lalai mana-mana folder yang dicipta dan tidak dijaga akan dapat dilihat oleh orang ramai. Terdapat berbagai-bagai cara untuk menyembunyikan folder mahupun dokumen. Dari yang sukar hingga yang mudah seperti cara yang akan dibentangkan sebentar lagi. Anda dapat menggunakan perisian,menyimpannya di media penyimpanan awan dan pelbagai lagi alternatif yang dapat anda gunakan. Tetapi,untuk penulisan kali ini penulis akan bawakan kepada anda tutorial untuk membuat folder rahsia dengan menggunakan peralatan yang tersedia pada sistem operasi Windows itu sendiri. Tanpa membuang masa lagi,kita teruskan kepada tujuan kita.
Langkah-langkah mencipta sebuah folder rahsia:-
1. Buka aplikasi Notepad.
2. Salin dan tampal kod dibawah.
cls@ECHO OFF
title Folder Locker
if EXIST “Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}” goto UNLOCK
if NOT EXIST Locker goto MDLOCKER
:CONFIRM
echo Are you sure u want to Lock the folder(Y/N)
set/p “cho=>”
if %cho%==Y goto LOCK
if %cho%==y goto LOCK
if %cho%==n goto END
if %cho%==N goto END
echo Invalid choice.
goto CONFIRM
:LOCK
ren Locker “Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}”
attrib +h +s “Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}”
echo Folder locked
goto End
:UNLOCK
echo Enter password to Unlock folder
set/p “pass=>”
if NOT %pass%== kata laluan. goto FAIL
attrib -h -s “Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}”
ren “Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}” Locker
echo Folder Unlocked successfully
goto End
:FAIL
echo Invalid password
goto end
:MDLOCKER
md Locker
echo Locker created successfully
goto End
:End
3. Ubah perkataan “Kata laluan” kepada kata laluan anda.
4. Simpan fail anda atas sebarang nama dan diakhiri dengan format fail .bat
Cth:–  Kunci.bat
5. Simpan fail tersebut dimana-mana ruang penyimpanan yang terdapat dalam komputer anda.
2013-01-23 12_33_36-Program Manager
6. Klik dua kali untuk menjalankan program tersebut. Anda akan dapati satu tetingkap cmd akan terbuka menggesa anda agar memasukkan kata laluan untuk mengakses fail tersebut. 
2013-01-23 12_35_31-Program Manager
7. Setelah anda memasukkan kata laluan dan klik ‘Enter’ anda akan dapati sebuah folder dengan nama Locker terbina. Masukkan sebarang dokumen ke dalam folder tersebut.
2013-01-23 12_46_03-Program Manager
8. Setelah anda selesai memasukkan dokumen anda ke dalam folder Locker. Klik kembali program Kunci.bat tadi. Satu tetingkap akan muncul memberi pilihan kepada anda untuk mengunci folder Locker ataupun tidak. Taip Y untuk Ya! dan N untuk Tidak!. Klik ‘Enter’.
2013-01-23 12_53_10-Program Manager
9. Selesai sudah tutorial untuk hari ini. Sekiranya anda ingin masukkan sesuatu dokumen. Lakukan perkara yang sama pada nombor 6 dan 7.
Peringatan:-
Jangan pindah fail Kunci.bat atau segala macam dokumen dalam folder Locker akan hilang. Pastikan anda letakkan fail Kunci.bat di tempat yang bersesuaian.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Tutorial] Screenshot Picture with Watermark

0

Salam kepada warga OMG! Hackers?

Ingat tak lagi janji saya pada post ini >> [OMG! REVIEWS] Ashampoo Snap 6 with Crack

Di situ saya telah berkata ingin membuat sedikit tutorial untuk letakkan watermark pada setiap screenshot anda.

Watermark itu apa? Ok watermark
ini adalah sesuatu yang digunakan kepada seseorang yang suka ambil
gambar, design graphic or screenshot yang diambil oleh kita sendiri dan
untuk membuktikan ianya adalah hasil daripada seseorang itu sendir dan
tidak boleh di ciplak (cetak rompak) oleh orang lain. Watermark ini lebih sesuai digunakan kepada grafik dan video sahaja. More info anda boleh la google yek RCundecided

Ok sebenarnya kita menggunakan software (perisian) yang bernama Ashampoo Snap.

Ok mari kita mulakan tutorial kita iaitu semudah ABC : Snap (Screenshot) > Edit > Upload > Siap

Itulah yang kita akan lakukan sebentar lagi.

1) Sila download dulu software ini >> Ashampoo Snap 6.0.2 MultiLanguage Full Version with Crack

2) Ok lepas tu install seperti yang diarahkan di dalam thread tersebut.

3) Setting watermark terlebih dahulu di bahagian Configure > More Options > Capture > Save and Close
Kemudian anda boleh ubah watermark mengikut kesukaan anda sama ada pada text atau image atau kedua-duanya sekali.

[Image: LWagaG0.png]

Image has been scaled down 5% (800×605). Click this bar to view original image (836×632). Click image to open in new window.
[Image: 5zOewAy9.png]

4) Saya mengambil contoh snap paling mudah dengan klik Capture Free Rectangle Region.
Hanya dengan membawa mouse anda ke atas skrin sebelah kanan yang ada
line biru tu. Kemudian akan terpapar beberapa tools yang boleh digunakan
untuk mengambil gambar.

5) Process editing yang akan muncul setelah anda snap.

Image has been scaled down 42% (800×450). Click this bar to view original image (1366×768). Click image to open in new window.
[Image: bdw0tF5.png]

6) Kini tibalah masa untuk anda upload ke Internet dengan menggunakan tools yang telah disediakan.

[Image: PnYUWoa.png]

Selesai sudah tutorial ringkas dari saya. RCcool
So selepas ini segala image atau video yang dirakam oleh Ashampoo snap ini secara automatik akan ada watermark anda.

Sekian terima kasih. RClol

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[POKKI START BUTTON] Mengembalikan Start Menu pada Windows 8

0

Salam kepada pembaca setia OMG! Hackers?

Ok hari nie saya nak share satu software yang agak menarik dan iainya percuma (freeware) yang telah diuji oleh saya sendiri.

Artikel kali ini lebih kepada pengguna-pengguna OS Win 8 yang INGIN mewujudkan kembali suasana windows 7 iaitu dengan mengadakan START BUTTON. Ini kerana kehadiran Win8 tidak didatangi sekali dengan START BUTTOn kerana pengubahsuaian button tersebut telah digantikan dengan Start Menu (Paparan Metro) untuk memudahkan user-user menggunakan tab, smartphone dan monitor touch screen.

Sebelum-sebelum ini kita mungkin ada diantara kita yang telah tahu atau tidak tentang kewujudan beberapa software yang menawarkan fungsi START BUTTON. Antaranya Start8 (Shareware), Iobit Startmenu 8 (Freeware), ViStart 8 (Freeware), dan Classic Shell (Freeware and Power Users)

Saya tunjukkan sedikit paparan untuk start button yang telah saya ckap di atas tadi.

Start8

http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/NmbECfrh.png
 
http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/8Ddlrqdn.png

Iobit Startmenu 8
http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/tcsa5pIW.png

ViStart 8

http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/fqEe4ZDN.png

Ok sebenarnya bukan lah ini motif utama saya hadir di sini. Seperti yang kita lihat pada tajuk artikel ini ialah POKKI.

Apa dia POKKI? Sejenis minuman? Owh tidak sama sekali. POKKI ini adalah sejenis software yang menawarkan fungsi-fungsi yang sama seperti di atas-atas ini malah lebih hebat lagi jika nak dibandingkan dengan di atas. Software ini dicipta oleh SweetLabs, Inc.

1) Ianya Percuma (Freeware)
2) Paparannya yang menarik dan mesra pengguna mengikut theme windows 8 (Touchscreen)
3) Menawarkan fungsi ONE CLICK untuk membuka apps kegemaran anda.
http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/x17YN9eu.png

4) Boleh search and download apps2 dengan banyak dan diletakkan di Pokki Start Menu anda. Jadi jika anda menggunakan Pokki maka anda ada 2 tempat carian untuk apps di windos 8 iaitu di App Store (Start Menu POKKI) dan Windows Store (Start Menu Default). Contoh apps fav ialah FB Lite, Gmail, dan Twitter.
http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/Mz04hnQR.png

http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/yOKDrQae.png
http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/chnSThiE.png

5) Notification bars jika anda menggunakan apps dari App Store. Contohnya Facebook Apps. Anda akan mendapat notification semasa anda menggunakan pc.
http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/o4xh9ZsM.png
6) Customize start menu anda mengikut theme yang telah diberi secara mudah.

http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/mjrLEAsW.png

Screenshot from My PC

http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/QMr8QXS5.png
http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/edQHrc3T.png

http://snap.ashampoo.com/uploads/2013-01-20/IKy3dJ9j.png


Sekian itu saja lah serba sedikit info tentang POKKI ini.

Selamat Mencuba!


Jika ada masalah untuk mendapatkan LINK DOWNLOAD sila lihat >> DI SINI

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Pasang Persekitaran Desktop MATE Pada Arch Linux

0

Buat mereka yang telah menyiapkan pemasangan Arch Linux dengan merujuk kepada entri saya yang lepas, tahniah diucapkan kepada anda. Namun, mungkin ada antara anda yang masih termanggu-manggu, tak tahu arah tuju selepas itu.

Jadi dalam entri ini, saya akan meneruskan kesinambungan dari entri pemasangan asas kepada pemasangan komponen seterusnya iaitu persekitaran desktop. Saya memilih persekitaran desktop MATE (Gnome 2 fork) untuk bermula.

Pasang Persekitaran Desktop MATE

1. Setelah anda siap memasang xorg, xterm, dan beberapa komponen X yang lain, apabila anda menguji ia dengan ‘startx’, akan terpapar tetingkap segiempat yang menandakan anda boleh bermula dari situ untuk memasang persekitaran desktop pilihan. Taipkan ‘exit’ untuk keluar dari persekitaran, reboot dan log masuk semula menggunakan akaun pengguna anda.

Merujuk kepada ArchWiki, kita mulakan dengan menyunting fail pacman.conf:

sudo nano /etc/pacman.conf

Lalu tambahkan repo MATE di akhir fail:

[mate]
Server = http://repo.mate-desktop.org/archlinux/$arch

Paparan pacman.conf dalam nano

Untuk simpan (Save) dan keluar dari nano, tekan kekunci Ctrl + O, dan Ctrl + X. Kemudian, terus pasangkan MATE:

sudo pacman -Syy 

sudo pacman -S mate mate extras

Tunggu sehingga siap pemasangan. Kemudian, mari kita pasang beberapa lagi keperluan untuk melengkapkan persekitaran desktop kita. Disunting dari tutorial saudara Hao Ren di sini, kita teruskan dengan:

sudo pacman -S tint2 nitrogen xcompmgr networkmanager network-manager-applet gvfs gvfs-afc autofs

sudo pacman -S libdvdread libdvdcss flashplugin java-runtime ttf-dejavu ttf-ubuntu-font-family

sudo pacman -S slim archlinux-themes-slim slim-themes

SLiM ialah salah satu dari Display Manager. Boleh baca di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya. Saya juga pilih SLiM kerana ia ‘ringkas’ dan mudah difahami.

Setelah siap pemasangan SLiM, kita perlu hidupkannya:

sudo systemctl enable slim.service

Salin templat .xinitrc dari skel:

cp /etc/skel/.xinitrc ~

chmod +x ~/.xinitrc

Mari kita sunting pula fail .xinitrc itu untuk membolehkan kita boot ke persekitaran desktop:

nano .xinitrc

Sila taipkan baris ini di akhir fail .xinitrc:

exec mate-session

Paparan .xinitrc dalam nano

Seperti biasa, simpan fail tersebut dan keluar dari nano (Ctrl + O dan Ctrl + X).

Baiklah. Siap sudah keseluruhan pemasangan persekitaran desktop MATE pada Arch Linux. Sila mulai semula (reboot) dan log masuk. Ini salah satu contoh tema SLiM, iaitu yang saya sedang gunakan:

Setelah log masuk, anda boleh ubahsuai semahu-mahunya, selagi tidak merosakkan sistem anda. Anda boleh mula dengan artikel Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Arch Linux.

Ini contoh Arch Linux yang telah saya siap konfigurasikan dengan persekitaran desktop MATE:

Selamat mencuba dan berjaya memasang persekitaran desktop pilihan anda!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline