Sebelum saya memulakan kembali entri tutorial yang telah lama saya tinggalkan ini, apa-apa pun maafkan sekiranya terdapat kekurangan. Parang yang telah lama tidak diasah beginilah jadinya.
Namun saya ingin mulakan dengan tutorial mengenai kaedah memperbaiki signal penerima GPS bagi setiap telefon bimbit pintar yang menggunakan chipset MediaTek, dan penyelesaian ini adalah berdasarkan masalah software based (berasaskan perisian), dan bukan hardware based (berasaskan perkakas). Kerana jika ia telah terlibat dengan masalah hardware, tiada lain yang dapat dilakukan melainkan anda terpaksa hantar peranti anda untuk tuntut waranti.
MediaTek bukanlah chipset terbaik dalam hal penerimaan signal GPS. Seringkali pengguna mempunyai masalah untuk ‘lock’ satelit bagi kegunaan GPS pada peranti mereka. Akan tetapi terdapat cara yang mudah untuk memperbaikinya. Apa yang anda perlukan hanyalah:
1. Peranti yang sudah root
2. Mana-mana root explorer/root file manager. Saya pilih Solid Explorer.
3. Fail EPO yang terbaru.
Anda boleh muat turun fail-fail EPO terbaru melalui pautan di bawah:
Mungkin ada dalam kalangan sahabat OMG! Hackers? merupakan pengguna komputer riba mini (notebook/netbook) masih menggunakan sistem pengoperasian Windows 7 Starter mahupun edisi Home Basic. Umum mengetahui, kedua-dua sistem pengoperasian ini tidak didatangkan dengan fungsi Aero Glass. Hal ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditampung oleh perkakas komputer itu sendiri. Kita semua sudah maklum bahawa komputer riba mini dicipta khusus untuk melakukan tugasan kerja. Namun, ketidaksenangan ketika melakukan kerja boleh wujud melalui antara muka yang sedikit bosan dan tidak meriah seperti Windows 7 Home Premium, Professional, Ultimate, Bussiness mahupun Windows 8. Oleh sebab itu, diciptakan sebuah “patch” khusus untuk membawa kemeriahan kepada “desktop” anda.
Aero Patch dibangunkan oleh Mr. duSHA dari laman web Askvg.com. Alat ini dibina bertujuan untuk memberi keserian kepada “desktop” anda segara tanpa banyak ragam. Hal ini perlu dimanfaatkan oleh anda khasnya pengguna Windows 7 Starter dan Home Basic. Saya hanya mencuba pada sistem pengoperasian Windows 7 Starter sahaja. Sehingga kini, aplikasi ini tidak memberi atau menunjukkan sebarang masalah dan segalanya berjalan dengan lancar. Oleh itu, amat saya galakkan penggunaan alat ini bagi menghidupkan suasana persekitaran desktop yang lebih mengancam dan indah dan secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu kerja anda. Siapa yang tidak suka akan keindahan?
Assalamualaikum kepada pembaca OMG! Hackers? yang disayangi.
Kini bertemu kembali untuk review 2 buah aplikasi android yang berada di Playstore.
Mula sekali saya ingin bertanya kepada anda, adakah anda pernah mengalami masalah di bahagian contact phone anda mempunyai dua atau lebih nama yang sama? Ada contact yang nama tetapi tiada nombor? Jika ya maka aplikasi ini adalah penyelesaian kepada anda untuk mendelete satu persatu yang kadangkala sehingga beratus-ratus bahkan beribu.
Semestinya anda akan berasa tidak selesa dengan hadirnya contact yang sama atau contact yang tiada nombor. Bagaimana ianya terjadi? Kebiasaanya akan terjadi disebabkan Sync Apps yang mempunyai nombor yang sama, anda cuba membuat backup dari sim ke phone, anda tersilap export contact sehingga berkali-kali yang menyebabkan ianya menjadi sama.
Aplikasi pertama ialah dinamakan Duplicate Contacts by Alex Accaci.
Aplikasi ini mampu mencari segala contact yang ada di dalam phone sama ada berada di phone, simcard atau applikasi yang telah sync seperti facebook, telegram, whatsapp dll. Secara automatik dia akan tick yang sama contact dan akan tinggalkan satu sahaja. Seterusnya anda boleh tekan button “Delete Selected” untuk padam kesemuanya yang sama.
Download Here
Aplikasi kedua ialah Contacts Cleaner by Crave.
Aplikasi ini menyediakan dua jenis versi iaitu versi percuma dan berbayar. Jika anda hanya ingin membuang contact yang tiada nombor phone sahaja maka versi percuma sudah memadai untuk anda. Aplikasi ini membenarkan anda membuat backup sebelum anda memadamkan semua contact yang tidak mempunya telefon nombor.
Versi Percuma menyediakan :-
Delete contacts without name/names
Delete contacts without phone number
Delete contacts from Facebook
Delete contacts from Google+
Download Here
Selamat mencuba dan selamat meninggalkan masalah kenalan yang sama dan tiada nama atau no telefon.
Sekadar Perkongsian dipetik dari Buku Khutbah Rasulullah sempena Malam Jumaat.
Patuh Kepada Pemimpin
Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah berkata :
“Selepas peninggalan saya, akan muncul pemimpin-pemimpin. Antara pemimpin-pemimpin ini, terdapat mereka yang baik dan ada juga yang jahat. Taati dan patuhi pemimpin-pemimpin ini selagi mereka mengarahkan perkara yang benar. Solat di belakang mereka. Sekiranya pemimpin ini melakukan kebaikan, ganjarannya bagi kamu semua dan bagi pemimpin tersebut. Tetapi sekiranya, pemimpin melakukan keburukan, kalian tetap mendapat ganjaran dan pemimpin tersebut mendapat dosa”
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang Dihormati, Tuan Arya Putra selaku Pentadbir
OMG! Hackers?, Yang Dimuliakan barisan sahabat penulis, dan pengunjung terhormat blog OMG! Hackers? yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak menulis sebarang artikel di blog yang dicintai ramai ini. Ibarat derhaka pada pencinta ilmu apabila tidak hadir dengan makalah, ilmiah atau ilmu pengetahuan kepada sejagat. Oleh itu, harap diampun kesalahan hamba, jika tiada aral melintang, hamba akan kembali menulis dan mengarang lebih banyak artikel pada masa hadapan. Seperti yang tertera pada tajuk artikel ini, artikel ini akan menghurai dan membincangkan perihal sebuah perkhidmatan percuma untuk menyunting gambar secara alam maya.
Pixlr merupakan sebuah laman web yang menggabungkan tiga elemen suntingan. Melalui elemen suntingan ini, anda dibekalkan tiga pilihan untuk menyunting gambar berdasarkan tuntutan dan kemahuan anda. Aplikasi penyuntingan pertama ialah Pixlr Editor, yang kedua pula ialah Pixlr Express dan yang terakhir ialah Pixlr O-Matic. Buat pengetahuan umum, saya bukanlah seorang editor gambar, namun berasa takjub, taksub, terpersona lagi kagum dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pixlr. Oleh sebab itu, saya karangkan sebuah makalah untuk dimanfaatkan bersama. Mungkin bagi penggiat seni ilustrasi mahupun fotografi, laman web Pixlr atau yang menyerupai sudah pasti tidak asing lagi bagi mereka tetapi bagi saya, segalanya umpama suatu keajaiban yang disembunyikan kerana saya baru sahaja mengenali laman web serba guna ini beberapa ketika yang lalu. Usah berleter lagi, kita teruskan sahaja kepada tujuan sebenar artikel. Tapi, sebelum itu, ingin saya dahului dengan sedikit objektif mengapa artikel dikarang. Kemungkinan terdapat kelebihan yang tidak dihuraikan namun asas bagi setiap artikel yang dikarang oleh saya khususnya bertujuan untuk memperkenalkan sahaja sesuatu perkhidmatan ataupun servis. Anda perlu dalami dan selami sendiri segalanya tanpa bergantung kepada mana-mana insan. Hasilnya, anda akan mudah mengingati segala yang dipelajari, bermula dari semudah menelan air hingga mengunyah seketul daging kering. Berhempas pulas untuk menikmati suatu perkara, mengerah kudrat dan menitiskan keringat hingga membasahi bumi akan lebih mendatangkan keasyikan terhadap apa yang dilakukan.
Pixlr Editor.
Adakah anda biasa menggunakan perisian Adobe Photoshop atau Gnu Image Manipulation Program (GIMP) dalam pengeditan gambar? Jika ya, mungkin perkhidmatan yang disediakan oleh Pixlr menerusi Pixlr Editor akan sedikit membantu kerja-kerja penyuntingan gambar anda. Tapi sebelum itu, saya ingin maklumkan sesuatu iaitu saya akan mengarang sebuah artikel berguna untuk membuang sesuatu objek yang mencemari gambar anda pada masa akan datang. Hasilnya mungkin tidak sebaik perisian berbayar Adobe Photoshop, namun pasti berguna suatu hari nanti kerana segala perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pixlr bersifat atas talian. Anda tidak perlu memuat turun sebarang perisian bahkan pemalam (plugin) untuk menggunakannya. Itu merupakan salah satu kelebihan Pixlr Editor yang saya dapati sewaktu menggunakannya dalam aktiviti penyuntingan gambar. Pada permulaan penceritaan tentang Pixlr Editor, saya ada menyentuh tentang perisian-perisian penyunting gambar seperti Photoshop dan Gimp. Kebanyakan perisian, aplikasi ataupun perkhidmatan seperti ini memiliki antara muka yang hampir sama, begitu juga dengan Pixlr Editor. Hal ini sekali gus akan membantu anda melakukan kerja penyuntingan. Benar, antara muka Pixlr Editor tidak sama 100% dengan perisian-perisian lain, namun perlu diingat bahawa setiap perisian, aplikasi, atau sebarang perkhidmatan memiliki identiti mereka yang tersendiri. Selain itu, mereka juga perlu pertimbangkan untuk membawa masuk servis-servis terkini terhadap barangan mereka kerana Pixlr Editor berkerja sepenuhnya secara atas talian. Sekiranya di bawa masuk sesuatu yang baru padanya kemungkinan akan membebankan pengguna dan seterusnya menghilangkan ambisi dan keasyikan dalam penyuntingan gambar. Artikel sudah lanjut, namun penceritaan tentang servis yang ditawarkan oleh Pixlr Editor masih samar. Maklumlah, sudah lama tidak menulis, jadi jari-jemari yang sudah kaku perlu diberi pelincir yang baik untuk menghidupkan kembali sesudah berehat panjang. Seperti biasa, di bahagian kiri terdapat himpunan alat yang digunakan dalam penyuntingan gambar dan pada bahagian kanan terdapat beberapa indikator yang akan memudahkan kerja-kerja penyuntingan gambar anda. Aplikasi Navigator, untuk memudahkan anda melakukan penyuntingan terhadap sesuatu gambar dari jarak dekat, jarak jauh, dan menggerakkan gambar anda ke kawasan yang ingin disunting. Layers pula ialah tempat di mana apabila anda melakukan salinan pendua (duplicate) gambar anda dan yang terakhir ialah History iaitu sekiranya terdapat kesilapan dalam pengeditan gambar, anda boleh kembali semula pada tempat terakhir penyuntingan gambar sebelum kesilapan itu berlaku. Umumnya, di bahagian atas terdapat ‘toolbar’ yang mengumpulkan bermacam jenis fungsi pengeditan gambar.
Pixlr Express.
Pixlr Express, namanya sahaja sudah mencerminkan sifat-sifat ataupun fungsi yang terkandung di bawahnya. Menurut saya, Pixlr Express digunakan untuk menyunting gambar dengan kadar segera. Pixlr Express memudahkan anda untuk mengedit gambar dengan pantas dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Hanya berdasarkan kemahuan dan keinginan anda, segalanya bakal berjalan dengan lancar. Meskipun bersifat expres atau laju lagak Sani Express, namun segalanya tidak menjelaskan fungsi-fungsi yang terdapat padanya. Hal ini kerana terdapat banyak fungsi yang sengaja disembunyikan oleh Pixlr. Misalannya, di bawah fungsi Overlay terdapat 19 fungsi yang pelbagai dan dibawah fungsi tersebut mempunyai aneka pilihan atau corak yang boleh dimanfaatkan oleh anda berdasarkan kemahuan dan kehendak anda yang tersendiri. Pixlr Express diperkaya dengan pelbagai jenis alatan yang menarik. Pixlr Express ini amat sesuai untuk wanita khususnya mereka yang berminat dengan penyuntingan gambar yang mudah namun serba lengkap. Pixlr Express ibarat perisian Photoscape. Jika dahulu, anda memerlukan perisian-perisian seperti ini, namun kini anda hanya perlu memiliki sambungan internet dan segalanya akan berjalan dengan lancar. Terdapat beberapa fungsi yang perlu dihuraikan iaitu Adjustment memiliki fungsi-fungsi asas untuk pengeditan gambar seperti potong, putar, ubah saiz gambar dan lain-lain, Effect pula berkenaan memberikan kesan terhadap gambar anda, misalannya kesan kabur, zaman 60-an, zaman 90-an dan sebagainya. Overlay pula bertujuan untuk memberikan efek menarik seperti bunga api, nyalaan api, asap dan lain-lain manakala bagi Borders pula ialah meletakkan bingkai pada gambar anda. Jika anda ingin memperindah gambar anda dengan hiburan maka anda boleh menggunakan fungsi yang ditawarkan oleh Stickers dan yang terakhir ialah Type untuk anda meletakkan kalimat-kalimat agung.
Pixlr O-Matic.
Jika Pixlr Express itu anda sangkakan bahawa melakukan kerja penyuntingan melaluinya semudah ABC, maka ada lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pixlr yang lebih mudah. Itulah Pixlr O-Matic. Pixlr O-Matic merupakan versi mudah daripada Pixlr Express, anda hanya perlu klik butang seterusnya (Next). Namun terdapat beberapa fungsi Pixlr Express yang tidak didatangkan pada Pixlr O-Matic. Oleh sebab saya bukan seorang jurugambar dan tidak berpengetahuan tentang seni gambar. Saya tidak dapat mengenal pasti maksud O-Matic yang sebenar. Saya andaikan O-Matic ialah istilah khusus yang digunakan dalam seni fotografi atau mungkin istilah ini merupakan kependekan daripada perkataan Automatik. Jika benar automatik, maka amat serasi ditujukan kepada Pixlr O-Matic yang kerja penyuntingan gambar padanya dipermudahkan dengan fungsi automatik. Tiada kata yang perlu diungkapkan lagi. Anda perlu cuba dan alaminya sendiri.
Anda boleh mengunjungi blog Pixlr untuk melihat sendiri hasil orang ramai yang telah menggunakan perkhidmatan daripada Pixlr. Anda juga boleh menghantar hasil penyuntingan gambar yang dilakukan oleh anda kepada Pixlr melalui Flickr. Selain itu, jika anda berminat terhadap gambar penyuntingan umum, anda boleh menggunakannya pada komputer, telefon pintar mahupun tablet anda sebagai hias latar. Ceriakan harimu dengan melihat keindahan.
Assalamualaikum semua para pembaca sama ada yang baru atau yang telah
lama. First of all saya memohon maaf sebab sudah lama tidak berkongsi di
blog ini atas faktor kesibukan kerja.
Ok kita back to topic, saya melihat ramai di antara kita yang memang
sudah tahu cara-cara nak dapatkan Driver atau dalam bahasa melayunya
pemacu. Ok pemacu nie adalah amat penting dan diperlukan kepada hardware
kerana hardware yang tiada pemacu ibarat kereta yang tiada pemandu.
Kebiasaanya ramai akan mencari driver dengan mengharapkan perisian
driver yang mungkin membantu dan memudahkan sesetengah pihak, tetapi
perasan atau tidak kebanyakkan pengguna yang menggunakan teknik ini
kadangkala akan mendapat masalah driver tidak sesuai dengan perkakasan.
Cara seterusnya pula iaitu satu teknik mencari driver dengan melawat
website manufacture nya sendiri bagi mendapatkan driver tersebut.
Contohnya hardware jenama amd, jadi kita pergi ke website amd. Cara ini
adalah cara yang paling tepat untuk mendapatkan driver tersebut dan
selalunya website mereka lebih uptodate.
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua cara mencari driver
dengan mendapatkan ID Hardware. Ok masa bila kita akan gunakan teknik
ini?
Kita akan gunakan teknik ini apabila kita tidak dapat mengenal pasti
jenis hardware yang digunakan, atau kita sudah buntu driver susah untuk
diperolehi.
Cara-caranya :-
1) Open Device Manager.
Control Panel > Device Manager
2) Paparan Device Manager akan terpapar. Seterusnya anda pilih hardware
mana yang memerlukan driver. Contohnya saya akan memilih hardware
“Sound, Video and Game Controller”.
Klik kanan pada hardware pilihan > Properties > Details > Property
3) Pada bahagian property anda cari perkataan “Hardware Ids” > Pilih yang pertama dan klik kanan > Copy
4) Buka website ini > http://devid.info/ > Paste ID Hardware ke
dalam kotak carian > Tekan butang search > Pilih jenis operating
system yang anda pakai dan version yang paling latest > Tekan butang
Disket (Download)
5) Tunggu paparan seterusnya dipaparkan > Scroll bawah sikit > Klik Original File
6) Paparan seterusnya > Pilih mana-mana mirror (Recommend Mirror 1) > Kemudian dah boleh download.
Seterusnya anda download seperti biasa dan install. Semoga berjaya. Sekian itu sahaja perkongsian dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca.
Secure Shell Tunneling (SSH) seperti yang telah saya nukilkan sebelum ini (artikel tahun 2011) adalah salah satu kaedah untuk membuat sambungan terenkripsi bagi trafik internet, tidak kiralah sama ada berwayar ataupun tanpa wayar (WiFi).
Telefon bimbit yang dikuasakan dengan sistem operasi Android tidak terkecuali dari menggunakan rangkaian/sambungan internet. Bagi yang inginkan alternatif kepada VPN, maka SSH adalah jawapannya.
Untuk Android, apa yang diperlukan adalah 3 perkara iaitu:
Untuk akaun SSH, anda boleh Google sendiri akaun-akaun yang boleh diperolehi secara percuma. Jika anda mahukan sambungan berkelajuan tinggi, anda boleh langgan pelayan premium, yang biasanya boleh didapati dalam group Facebook. Untuk tutorial mudah ini, saya gunakan akaun dari SSH Account Gratis.
Kaedahnya mudah. Buka aplikasi SSH Tunnel, lalu benarkan akses Superuser. Paparan seperti berikut akan terbuka:
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah masukkan perincian akaun ke dalam tempatnya, kemudian tandakan pada ‘Use socks proxy’ dan juga ‘Global Proxy’. Kemudian klik pada ‘Tunnel Switch’ untuk menghidupkan sambungan SSH.
Setelah itu, tetingkap seperti di bawah akan keluar:
Klik pada ‘Accept’, dan tunggu sehingga sambungan SSH berjaya. Selesai.
Flappy Bird adalah antara permainan yang terkenal dalam kalangan pengguna Android mahu pun iOS pada akhir tahun 2013 hingga awal tahun 2014. Permainan ini telah dibangunkan oleh Dong Nguyen iaitu pembangun yang berasal dari Vietnam dan kemudiannya, diterbitkan oleh .GEARS Studios.
Permainan ini turut memaparkan grafik retro gaya 2D. Dalam permainan ini, pemain harus mengelak burung tersebut daripada berlanggar dengan paip-paip yang mana berfungsi sebagai halangan. Semakin lama anda bertahan, semakin tinggi jumlah skor anda.
Untuk pengetahuan semua, Flappy Bird pernah menaiki tangga pertama dalam carta aplikasi terhangat tahun 2014. Permainan yang diterbitkan pada 24 Mei 2013 ini telah ditarik semula dari Google Play dan App Store oleh pembangunnya sendiri pada 10 Febuari 2014 kerana tidak tahan dengan populariti walaupun berjaya meraih RM160,000 sehari. Selain itu, insiden pembunuhan yang berlaku kerana permainan ini menguatkan lagi sebab kenapa ia harus ditarik semula dari Google Play dan App Store.
Teen Arrested For Killing Brother Over ‘Flappy Bird’ Game http://t.co/nAYhzEn6UP This was bound to happen haha
— Trevor Coad (@TrevorCoad) February 2, 2014
Kalau anda masih berminat untuk bermainan permainan ini, anda boleh muat turunnya di pautan sebelah: Flappy Bird v1.3
[+]Bonus[+] – Godam High Score dalam Flappy Bird
=====================
*ROOT IS REQUIRED*
=====================
1. Buka permainan Flappy Bird dan main setakat mana yang lepas
2. Keluar dari permainan kemudian buka File Explorer (Muat turun di sini)
3. Pergi ke direktori root/data/data/com.dotgears.flappybird
4. Masuk ke folder shared_prefs
5. Tick pada FlappyBird.xml, buka menu dan klik Open in Text Editor
6. Pada value, tukar angka yang anda mahu sebagai skor tertinggi anda. Dalam konteks ini, saya tukar skor daripada ‘4‘ kepada ‘50‘
7. Pergi ke menu dan pilih Save and Exit
8. Fail backup akan turut disertakan, berformat *.bak. Tick pada kotak kecik, dan buang (delete).
9. Buka permainan Flappy Bird semula, biarkan ia terbang sendiri.. tu pun kalau boleh kikiki. Lepas burung mati, skor yang anda tukar tadi akan terpapar.
Sedang kita leka bermain dengan peranti di merata-rata,baik dirumah ,di kedai mamak , dan fast-food .Adakah kita sedar bahawa kita sedang diperhatikan oleh pihak-pihak seperti Penggodam,pihak penyedia layanan internet dan mahupun kerajaan.
Sedang kita leka bermain peranti mudah alih , kita tidak sedar pihak tidak bertanggungjawab telah memerhati dan mengawasi pergerakan kita.
Sebagai Contoh Penggodam ;
Mereka dapat mengakses Peranti mudah alih anda dengan mudah (Tidak semua orang ) untuk mendapatkan maklumat tentang diri anda , kedudukan lokasi anda , No Panggilan rakan-rakan anda.
Dan segala maklumat anda telah diBedil oleh penggodam yang tak bertauliah .Termasuk la sektor-sektor Kerajaan, ISP dan sebagainya.
Walaupun kita mematikan WI-FI . tetapi dengan ada nya Plan rangkaian internet yang kebanyakkan kita memerlukan untuk tugas-tugas harian tidak dapat menyelesaikan masalah untuk mengelak dari diBedil oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Penyelesaian :
Dengan menggunakan aplikasi [root] Pry-Fi dari chainfire , Alamat MAC peranti anda sentiasa menjadi secara rawak dan rambang menjanakan 48-bit ataupun 64-bit , dengan ini pihak tidak bertanggungjawab akan memikir bahawa Alamat MAC anda berjaya dikesan dan digodam.Dengan secara perlahan-perlahan , anda telah berjaya mengubah corak dan digit MAC anda dan segala privasi anda dapat dibendung dan tidak berguna pada mereka (Pihak Tidak Bertanggungjawab) , Setiap kali anda melayari internet atau menggunakan WI-FI , Mac anda sentiasa berubah-berubah.
Dengan Aplikasi ini , anda boleh melayari lama sesawang , lepak kedai mamak , fast-food tanpa menghiraukan anda dijejaki dan diawasi.
Penafian:Pihak OMG tidak akan bertanggungjawab sekirannya berlaku sebarang kerosakan keatas peranti anda.sudah tentu la peranti anda mesti ROOT!
Anda perlu ingat , banyak kaedah-kaedah mengodam peranti anda . Aplikasi ini hanyalah untuk mengolah dan menjana ALAMAT MAC secara rawak .Pelbagai cara untuk mengodam peranti anda.
kaedah Selalu diguna pakai oleh Penggodam: Fern Wifi Cracker
Alhamdulillah , Dengan ilmu ini , mudah-mudahan diberkati . Sekian dan Wassalam
Assalamualaikum dan selamat sejahtera…dah lama luqman tidak munulis di sini…nak cerita sedikit ni.,dengar ya…malam tadi jam 10.,luqman saja ja ikut kawan pi kedai mamak,ingat kawan nak belanja makan..,tapi dia promosi Pencil.my..luqman ingat benda ni kena jual Pencil kat orang..
TAPI benda ini adalah network marketing sejenis rangkaian pemasaran untuk perniagaan mencari kerja sambilan..Network Marketing menawarkan pelaburan awal yang rendah , biasanya hanya beberapa ratus ringgit untuk Silver..Kebanyakan network marketing ini meminta kawan-kawan anda untuk turut seta sekali disebab untuk menjana pendapatan bagi mereka di atas mereka..
Kita balik bab pensil tadi..luqman dengar ja la umur 20 tahun leh pakai kereta mahal-mahal..kalah anak datuk..luqman dengar pun 50%-50% ja…percaya dengan tidak percaya…mari kita lihat disebalik pencil.my ini…
LATAR BELAKANG SYARIKAT
Pencil.my merupakan satu produk pendidikan yang dihasil oleh syarikat Pencil Brand Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan pada November 2012 (no pendaftaran 1019329-D) oleh Tuan Hj Kamal Abdul Razak. Beliau merupakan seorang Senior Lecturer di Malaysian University Science and Technology (MUST). Beliau mempunyai pengalaman selama hampir sepuluh tahun dalam bidang perniagaan dan pendidikan.Syarikat ini telah mendapat status MSC pada 2012 dibawah cluster Infotech.
Produk Pencil Brand Sdn Bhd ini adalah PENCIL.MY. Ianya merupakan produk pendidikan berbentuk portal asas (portal-base) yang menggabungkan platform sosial (Facebook, Tweeter, Google) dan simulasi animasi berbentuk permainan. Golongan sasaran sebagai pengguna adalah pelajar dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Ianya bertujuan untuk menarik minat pelajar kepada ‘ketagih’ untuk belajar. Antara ciri-ciri menarik dalam pencil.my adalah :
Soalan akan sentiasa dikemaskini oleh hampir 45 orang tenaga guru yang berpengalaman
sistemnya sentiasa dipantau oleh hampir 30 orang programmer
in-game reward seperti experience, medal dan rank yang dihubungkan terus ke Facebook untuk di’update’ statusnya
boleh berhubung sesama rakan yang menjadi pengguna pencil.my dalam portal
EVOLUSI E-LEARNING
1980-an – Software-base Learning (penggunaan cd dan disket)
1990-an – Web-base Learning (Single Dimension System, Traditional e-learning)
2000-an – Synchronous Learning (Real time learning, conference)
Harga produk.
Produk adalah dalam bentuk PIN yang akan di’generate’ secara automatik apabila anda membeli produk samada dari RESELLER atau SYARIKAT. PIN ini perlu dimasukkan ke portal pencil.my untuk mengaktifkan akaun.
Kemudian anda perlu memilih pakej. Pakej yang ditawarkan terbahagi kepada 3:
(P/S: Harga RM270 jika anda beli dari RESELLER. Jika anda beli dari SYARIKAT, harga adalah RM300. Bulanan tetap sama seperti di atas)
Pakej Reseller
Pencil Brand Sdn Bhd telah melakukan kaji selidik terhadap pelan pemasaran 15 syarikat MLM gergasi di Asia dan terhasillah pelan pemasaran yang MENARIK ini.
Untuk permulaan, pihak syarikat menawarkan 3 pakej:
(Harga kos setiap produk RM150. Harga ini hanyalah untuk RESELLER yang membeli pakej dibawah)
Silver = RM600. Anda mendapat 4 produk. (RM150x4=RM600)
Gold = RM1,200. Anda mendapat 8 produk. (RM150x8=Rm1,200)
Platinum = RM3,000. Anda mendapat 20 produk. (RM150x20=RM3,000)
Ciri-ciri portal:-
Pakej Untuk Usahawan
Pihak syarikat menyediakan 9 bonus untuk networker/reseller. Bonus-bonus ini adalah disediakan untuk memenuhi peringkat perkembangan reseller. Ia juga memberi bonus mingguan dan bonus bulanan. Tujuannya kerana pihak syarikat amat menghargai komitmen anda dan memastikan income jangka pendek dan panjang. Samada anda masih menjual produk, mencari prospek atau ketika anda sudah bersara, income tetap akan di’generate’ hasil dari usaha anda.
1. RETAIL BONUS
Jika anda bandingkan harga pakej reseller dan harga produk
Silver = 4 produk x RM270 = RM1,080. (Untung RM480)
Gold = 8 produk x RM270 = RM2,160. (Untung RM960)
Platinum = 20 produk x RM270 = RM5,400. (Untung RM2,400)
(Untung maksimum 80-100% atas produk sahaja tanpa perlu menaja orang/ mencari downline. No limit dan boleh jual seberapa banyak pun)
2. INTRODUCER BONUS
10% dari nilai pakej yang dibeli dalam nilai RPV (Reseller Point Value)
Untuk setiap RM1, nilai RPV adalah 0.5RPV
Maka,
Silver = RM600 = 300RPV x 10% = RM30
Gold = RM1,200 = 600RPV x 10% = RM60
Platinum = RM3,000 = 1,500RPV x 10% = RM150
(Lagi besar pakej yang downline anda masuk, lagi besar bonus introducer. Tajaan no limit dan dibayar mingguan)
3. TEAM DEVELOPMENT BONUS
4. BINARY PAIRING BONUS
Untuk jangka panjang, anda sebagai leader harus bantu kaki kiri dan kanan anda. Sistem binary digunakan untuk bonus ini yang memberi kelebihan kepada kaki yang lemah untuk dibantu. Sistem ranking digunapakai dengan 10 pangkat. Setiap ranking membolehkan anda menjana pendapatan mingguan seperti diatas.
Syarat kenaikan pangkat :
Anda beli satu pakej, anda adalah Associate
Untuk naik pangkat ke-2 (Negotiator), anda harus menaja 2 orang (kaki kiri dan kanan). Kemudian anda harus pastikan kedua-kedua kaki anda menghasilkan minima 2,500RPV/kaki untuk membolehkan anda naik ke Negotiatot.
Untuk naik pangkat Consultant dan seterusnya dah senang..pastikan seorang dari downline anda (dari kaki kiri dan kanan) naik pangkat ke Negotiator (dengan repeat step 2) dalam bulan yang sama. Maksudnya, kiri 1 Nego, kanan 1 Nego, maka anda akan naik Consultant. Dan begitulah seterusnya.
5. GROUP PLACEMENT INSENTIF BONUS
a) Anda akan memperolehi 2% dari jumlah RPV downline dan ditentukan berdasarkan Sistem Geneology.
b) Bonus ini paling menarik kerana walaupun satu kaki yang jalan, anda tetap dapat bonus sehingga level 8!!
LATAR BEb) Bonus ini paling menarik kerana walaupun satu kaki yang jalan, anda tetap dapat bonus sehingga level 8!!! MENARIK BUKAN?!!
6. Bonus aset (kereta dan property) tajaan syarikat. Dibayar setiap bulan. Layak kereta – pangkat Manager ke atas. Layak property – pangkat Ruby Director.
7. Bonus percutian mewah tajaan syarikat. Dikira berdasarkan TP (Travel Point). Layak – pangkat Negotiator.
(Sila lihat jadual di bawah)
Tips untuk mendapat bonus 5,6 dan 7 ini…bantu group anda bergerak dengan mengambil peluang kelebihan placement dalam sistem binary dan PASTIKAN group anda sentiasa aktif!!
8. PERSONAL RESIDUAL INCOME BONUS
Ini adalah antara bonus yang menarik dan juga pendapatan bulanan anda.
Mengambil konsep Insurans. Komisen akan diperolehi oleh ajen setiap kali insurans diperbaharui. Maka, syarikat telah mengaplikasikan konsep yang sama dalam pencil.my.
Ianya dinamakan sistem SBV. (Subscription Bonus Value). Bermakna setiap kali seorang pengguna/pelanggan memperbaharui pakej langganan mereka setiap bulan, anda sebagai reseller akan mendapat 10% komisen dari nilai SBV. Cara kiraan adalah :
Komisen di atas akan dibayar setiap bulan selagi produk itu terus diperbaharui. Maka, lagi banyak produk anda terjual…lagi banyak income bulanan anda!!!!!
9. TRUE WEALTH INCOME BONUS
Bonus ini adalah komisen yang anda akan terima apabila produk downline anda terjual dan pengguna membayar/memperbaharui yuran bulanan mereka.
Dikira dari Sponsor geneology dan dikira dari level 1 hingga level 8 sahaja
Dikira berdasarkan SBV pakej yang pelanggan langgani
Level 1 = 2% (dari SBV pakej)
Level 2 = 3%
Level 3 = 4%
Level 4 = 5%
Level 5 = 5%
Level 6 = 5%
Level 7 = 5%
Level 8 = 5%
Lihat contoh ini untuk lebih pemahaman :
P/S: Ni serba ringkas..kalau nak tahu lebih lanjut boleh la siasat sendiri..benda ni bagi luqman la..luqman tidak percaya sebab duit tu datang dari mana..banyak la persoalan yang bermain di fikiran..
Kalau la kawan nak masuk benda ni, suruh mereka fikir terlebih dahulu dan siasat benda di skmm…banyak cara nak siasat tapi luqman tidak mahir dalam bab-bab ini..carilah orang yang pandai dalam network marketing.. Renung-renungkan lah dan selamat beramal..
Bismillah irRahman irRahim. Assalamualaikum pembuka simpulan madah perkongsian ilmu yang sedikit sebanyak bermanfaat hendaknya. Lucid Dreaming. Apakah yang dikatakan dengan Lucid Dreaming itu? Lucid Dreaming adalah saat di mana kita dapat mengendalikan mimpi kita sesuka hati kita tanpa batasan sempadan akal fikiran kita. Manfaat Lucid Dreaming.
Pernahkah anda berangan untuk terbang seperti Superman? Berjalan di atas air? Menjelajah angkasa lepas? Menapak ke sesuatu tempat yang belum anda jejaki? Dengan Lucid Dreaming anda mampu mengubahnya. Tidak terbatas kepada itu, ia dikatakan mampu meningkatkan keyakinan diri anda, menambah baik kreativiti anda, serta menakluki ketakutan atau fobia anda. Tatacara Lucid Dreaming.
Pertama sekali, anda haruslah dalam suasana tenang. Mengawal turun naik nafas anda, dan kenakan baju tidur yang tidak ketat dan merimaskan anda. Penggunaan audio seperti Binaural Beats juga dapat membantu anda mencapai Lucid Dreaming. Ketakutan adalah musuh nombor satu kepada Lucid Dreaming, anda harus berani! Buang rasa takut anda jauh jauh. Beg plastik hitam kan ada, sumbat ketakutan anda dalam beg plastik hitam, dan campakkan ke dalam tong sampah hijau DBKL. Kaedah Lucid Dreaming.
Peka terhadap mimpi; ketika anda merasa, melihat, atau mendengar sesuatu yang aneh dan pelik yang tidak mungkin anda temukan di dunia nyata, segera tanyakan pada diri anda, apakah anda sedang bermimpi. Jika anda dapat mengetahui yang anda sedang bermimpi, anda telah berjaya menapak ke dalam dunia Lucid Dream dan apa lagi anda tunggu? Jelajah lah mimpi anda!
Tanya diri sendiri; sekerap yang anda mampu, sewaktu melakukan aktiviti harian anda, tanyakan pada diri anda, “apakah aku bermimpi?” ulang seberapa banyak persoalan ini dalam aktiviti seharian anda sama ada ketika makan, minum, menandas, mengular, mengorat awek 7eleven, atau apa sahaja aktiviti anda sehingga anda akan terbiasa untuk menanyakan soalan tersebut pada diri anda. Ini akan melatih otak anda bertanyakan soalan yang sama ketika anda bermimpi. Jika anda berjaya bertanyakan soalan tersebut ketika anda bermimpi, anda berjaya Lucid Dreaming.
Menulis jurnal mimpi; sediakan pen dan jurnal anda di sebelah bantal busuk anda tidur, kerana hampir semua orang melupakan mimpinya setelah lebih kurang satu jam mereka bangkit dari tidur. Selepas anda tersedar, capai pen dan jurnal anda, tunggu apa lagi? Tulis lah apa yang anda mimpikan. Angelina Jolie ke, Miley Cyrus ke, crush lama anda ke, apa yang anda mimpikan, tuliskan kesemuanya dalam jurnal anda walaupun tak ingat semua, jangan biarkan jurnal anda kosong.
‘A’ untuk awake;ketika anda berada di dalam dunia sebenar, tulis huruf ‘A’ di telapak tangan anda selagi anda terjaga. Apabila ini menjadi kebiasaan anda, anda akan terbawa bawa ke dalam mimpi anda dan apabila anda melihat huruf ‘A’ tersebut di dalam mimpi anda, anda berjaya Lucid Dreaming.
Melihat kembali jurnal mimpi; apa yang anda tulis, lihat semula jurnal yang telah anda tulis, ini mengingatkan anda terhadap mimpi mimpi sebelumnya, yang tanda tandanya mungkin akan kembali muncul dalam mimpi anda seterusnya, dan ini memudahkan untuk anda menyedari yang anda sedang bermimpi. Lucid Dreaming dan Astral Projection tidak banyak bezanya. Untuk lebih faham tentang Astral Projection, anda boleh beli ebook yang ditulis khas oleh saudara Arya Putra kita. Rakyat Malaysia sedikit terkebelakang dari sudut spiritual dan semisal nya. Rajin kan diri anda dengan mengisi bahan bacaan seperti ini untuk memantapkan pemahaman kita. Extra Tidbits : ebook karangan Arya Putra ada diskaun. Rugi kalau tak beli. Dan maafkan saya, tiada gambar gambar susulan untuk anda tatap sebab saya malas nak merangsang otak anda melihat gambar sahaja. Baca baru dapat hadam 😀
Saya yang masih gembira merapik, Mim Jawi Log Keluar.