Utama Blog Laman 203

elementary OS Freya Beta 2 : Selepas 6 Bulan Dan 600 Pembaikan

0
Saya masih lagi menggunakan Arch Linux sebagai sistem operasi utama. Namun melihat berita ini keluar, tidak dapat tidak elementary OS Freya Beta 2 mesti dimuat turun walaupun semua ‘lonjakan’ dalam hati telah pun pudar disebabkan pembangunan OS yang mengambil masa terlalu lama.

Selepas 6 bulan dan katanya 600 pembaikan bugs, Beta 2 dilepaskan. Kita masih perlu menunggu versi RC1 dan mungkin juga RC2 sebelum versi stabil dilepaskan. Anda boleh agak sendiri berapa lama lagi pengguna perlu menanti versi ini, yang berkemungkinan juga memakan masa selama setahun (mungkin).

Apapun, berikut adalah changelog Beta 2 dari blog elementary OS:

  • Better support for Samba in Files
  • New Calculator & Videos apps
  • UI improvements in Calendar, Photos, System Settings, Slingshot & more
  • Notifications & Firewall settings
  • Better and more discoverable multitasking.
  • Updated 3rd party apps (including Geary, Simple Scan, Document Viewer & more)
  • Updated development libraries (including Gtk 3.14)
  • Security and Stability improvements
  • UEFI/SecureBoot support
  • Tons of stylesheet and icon changes and fixes

Dari apa yang saya lihat, penambahbaikan yang dibuat sememangnya menjadikan elementary OS Freya lebih laju dari versi Luna. Cuma pemilihan perisian lalai (default) masih lagi tidak memuaskan hati saya, walaupun ia boleh dipasang sendiri dengan mudah, tetapi untuk pemula mungkin menjadi ‘learning curve’ sedikit.

Dari segi paparan antaramuka tidak ada apa yang berubah (dari pandangan mata kasar saya). Pemilihan wallpaper juga masih yang lama, dan ini sedikit mengecewakan, meskipun ia juga bukan satu masalah besar. Pemilihan wallpaper baru diharap dapat dibuat sebelum versi stabil dilepaskan kepada pengguna.

elementary OS Freya Beta 2 boleh dimuat turun melalui laman web ‘Beta’ ini : Download elementary OS

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Google Chrome : Data Saver Bakal Diimplementasi

0
Terdapat extension yang boleh digunakan pada Google Chrome untuk menjimatkan penggunaan data, yang mana extension tersebut menyalurkan paket-paket data melalui Chrome Data Compression Proxy. Ia bertindak seakan Opera Turbo, dan extension tersebut boleh dimuat turun di sini : Data Compression Proxy

Apa yang anda perlu tahu, extension ini mempunyai beberapa kelemahan seperti kadangkala terdapat ralat yang akan menyahaktifkan ia untuk beberapa saat, dan ini semestinya tidak digemari oleh para pengguna tegar.

Anda boleh melihat jumlah data yang telah dijimatkan melalui pautan ini : chrome://net-internals/#bandwidth

Walaubagaimanapun, laman Browsing the Net telah mendedahkan bahawa Google sedang membangunkan extension mereka sendiri untuk tujuan ini yang akan dnamakan sebagai ‘Data Saver’, dan ini dapat dilihat melalui satu paparan skrin yang tertiris beberapa bulan lepas:

Harapnya extension ini akan secepat mungkin tiba di Chrome Web Store. Walaupun mengikut pengamatan saya ia tidak membantu dari segi prestasi/kelajuan pelayaran internet, tetapi dari segi penjimatan data ianya agak signifikan.

Apapun sama-sama kita nantikan ia.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

U Mobile GetClever – Lebih Data, Lebih Jimat, Lebih Tawaran Percuma

0
U Mobile telah melancarkan 3 pelan terbaru melibatkan prepaid serta 2 pelan terbaru untuk postpaid yang dinamakan sebagai ‘GetClever’.

Dengan pelan-pelan terbaru ini, U Mobile mengatakan para pengguna akan menikmati:

1. 50% lebih data (kuota) internet berbanding telco lain.
2. Panggilan percuma ke nombor U Mobile selama 30 minit SETIAP HARI.
3. Panggilan 5 sen / 30 saat ke rangkaian lain.
4. Bawa ke bulan depan panggilan percuma yang tidak digunakan sehingga 2x dari jumlah yang diberikan. Sebagai contoh jika anda menggunakan UMI30, jumlah yang diberi ialah 30 minit. Maka anda boleh bawa ke bulan depan sehingga 60 minit waktu berbual. Wow..
5. Kalau tiada telco yang mampu menawarkan pakej seperti ini, kata mereka ‘It’s Time To Switch’.

Anda boleh lihat pelan-pelan yang ditawarkan pada gambar di bawah:

Secara ringkas, pelan-pelan UMI yang terbaru ialah UMI 20, 30 dan 50. Manakala Pelan postpaid pula kini diberikan label ‘P’ dan bukan lagi ‘U’ iaitu P50 dan juga P70.

Bagi pelan prepaid UMI, setiap pelan diberikan panggilan percuma 30 minit ke rangkaian U Mobile, dan juga diberikan panggilan percuma ke rangkaian lain mengikut pelan UMI yang anda gunakan. UMI20, 20 minit percuma, UMI30, 30 minit percuma, dan UMI50, 50 minit panggilan percuma. Jangan lupa, seperti yang saya sebutkan di atas, jika anda tidak habiskan panggilan percuma ini, ianya akan dibawa ke bulan depan.

Untuk pelan data, anda akan menikmati 500MB untuk UMI20, 1.5GB untuk UMI30, dan 3GB untuk UMI50.

Bagi mereka yang ingin menggunakan pelan postpaid yang menarik, P50 boleh dikatakan bagus kerana ianya adalah ‘pelan salin dan tampal’ dari UMI50, cuma ianya dijadikan versi postpaid. P70 pula memberikan anda lebih data iaitu sebanyak 4.5GB (kenapa la U Mobile tak bagi 5GB je terus!).

Kalau ada sesuatu perkara yang hendak saya rungutkan (selain liputan) ialah pelan booster U Mobile, iaitu RM10 untuk 1GB. Saya rasa mungkin saya tiada masalah dengan jumlah data, tetapi kalau boleh harganya biarlah diturunkan kepada RM5. Tak lupa juga ia cuma boleh digunakan selama 3 hari sahaja. Pelan booster ini akan jadi lebih baik jika dapat digunakan sehingga 5 hari, atau sehingga tamat tempoh langganan atau habis jumlah data digunakan, mengikut mana yang terdahulu.

Itu cuma cadangan saya kepada pihak U Mobile. Saya yakin kalau CEO U Mobile baca dan ‘mendengar’ keluhan pembaca sudah pasti cadangan ini akan dilaksanakan.

Gambar di bawah menunjukkan salah satu contoh perbandingan antara pelan UMI30 dan juga pelan-pelan rangkaian lain.

Sumber : U Mobile GetClever

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Phoenix Bangkit Dari Abu Digital

0
The Pirate Bay


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Seperti kita sedia maklum dan buat netizen yang masih belum tahu, semalam, 1 Februari, The Pirate Bay atau lebih dikenali sebagai TPB sudah kembali bernafas walaupun masih belum beroperasi sepenuhnya selepas lebih 7 minggu server mereka diserbu dan dilumpuhkan penguatkuasa di Nacka Station – sebuah data center berketahanan nuklear yang dibangunkan di kompleks berbukit berhampiran Stockholm, Sweden.

Ibarat menantikan BR1M, berita ini sangat dinantikan buat penggemar torrent seluruh Malaysia. 404 error message masih kelihatan di beberapa seksyen seperti Register, Contact Us dan RSS. Look and feel masih mengimbau kembali memori lama laman dominan “.se” yang dikenali ramai itu.

Namun tidak seperti diharapkan, staf TPB nampaknya seperti berjalan ke beberapa arah berlainan. Staf TPB; WTC-SWE kelihatannya dipetik berkata Itu bukan kami(The Pirate Bay)”. Ini ditambah lagi dengan pengunduran Peter Sunde dari sejak dari Disember lepas dan mengatakan, “Ia lebih baik terus mati(merujuk kepada TPB)”.

Buat masa sekarang, tak banyak yang kita boleh lakukan selain dari tunggu dan lihat. Itu sahaja buat masa sekarang,

Signing off,
MiM Jawi.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Raspberry Pi 2 akan menyokong Windows 10 secara percuma

0

Ada yang bertanya, Raspberry Pi itu apa? Jika anda seorang penggemar teknologi komputer, anda mesti mengetahui Raspberry Pi ini.

Raspberry Pi adalah sebuah komputer mini yang berasaskan cip ARM yang bersaiz sekeping kad kredit. Ianya boleh didapati dengan harga yang sangat murah bermula dengan $25 untuk Model A.

Dilancarkan hari ini, Raspberry Pi 2 yang mempunyai spesifikasi yang 2 kali ganda lebih canggih berbanding model sebelumnya dilaporkan akan menyokong Windows 10 dengan sokongan dari pihak Microsoft sendiri.

Laman web pembangun Windows

Raspberry Pi Foundation, syarikat yang membawa Raspberry Pi dilaporkan telah berkerjasama dengan Microsoft selama enam bulan untuk membawa Windows 10 ke platform Raspberry Pi, sekaligus menjadikan lebih banyak sistem operasi yang disokong oleh komputer mampu milik ini.

Anda boleh mendapatkan Windows 10 secara percuma! Tetapi, anda perlu menjadi pembangun aplikasi Windows berdaftar. Disebabkan Windows 10 belum dilancarkan, kita belum boleh melihat bagaimana ianya beroperasi secara ‘live’. Sama-samalah kita nantikan.

http://www.raspberrypi.org/raspberry-pi-2-on-sale/
http://dev.windows.com/en-us/featured/raspberrypi2support

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

WonderFox New Year Celebration Giveaway 2015 Dilanjutkan Khas Untuk Pembaca OMG! Hackers?

0

Trafik yang masuk ke blog ini tidaklah banyak. Kalau satu entri boleh mencecah ribuan trafik itu sudah dikira cukup bagus, dan buat masa ini ia sudah jarang sekali berlaku melainkan terdapat itu ‘global’ yang hangat diperkatakan, contohnya isu PPU Celcom.

Meskipun begitu, WonderFox tetap komited dalam memberikan yang terbaik buat para pembaca OMG! Hackers? apabila salah seorang pembangunnya iaitu Swizz Gervin telah pun memberitahu kepada saya bahawa Giveaway dilanjutkan, khas untuk pembaca OMG! Hackers? sahaja. Jadi WonderFox adalah = Wonderful.

Jika sebelum ini Giveaway akan tamat pada 31hb 1, kali ini ia dilanjutkan ke tarikh 5hb 2, beserta pautan khas. Jika anda masih belum sempat muat turun dan aktifkan perisian anda, kali ini anda berpeluang untuk berbuat demikian.

Mohon jangan lepaskan peluang yang datang sekali-sekala ini kerana bukan satu perisian versi pro yang diberi secara percuma tetapi 2 unit. Ya, anda tidak salah baca, 2 unit perisian versi pro diberikan secara percuma dan anda masih sempat untuk memuat turun dan menggunakannya.

WonderFox telah membuktikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada blog ini. Jadi untuk itu saya minta anda juga membuktikan sokongan anda dengan memuat turun perisian-perisian Giveaway ini dan gunakan ia dengan sebaiknya.

Perisian dari WonderFox ini sangat berguna kepada mereka yang selalu melakukan kerja-kerja menukar format video dan juga mereka yang kerap menggunakan DVD Writer untuk rip DVD. Saya cuma berharap perisian ini akan mempunyai versi untuk sistem operasi Linux di masa akan datang.

Klik pada pautan di bawah untuk muat turun:

Klik -> WonderFox Extended Giveaway

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

8Share Earning Didn’t Increase

0

8SHARE

junk-koyoe

Before we start this topic please do some reading on my old post about 8Share on my blog, Junk-Koyoe;

How To Make Money Online For Free

How To Optimize Your 8Share UV Click

8Share Clean & Dirty UV

Here are a few reason why your 8Share earning did not increase;
The obvious reason is there is no one interested in clicking your 8Share ads links, if you have been sharing the link in normal way then the percentage of your link caught people attention is so low. If you are using Facebook try to post your link in a group or page that have a lot of member or visitor instead of posting your ads on your wall. Posting the link on your Facebook wall is one of your biggest mistake especially for those who doesn’t have a lot of friends.
The second reason is you got cheated by other, if you are exchanging your link in a group or in a chat there is a big possibility that they actually did not click your ads after asking you to click their ads. In this case you can ask them to print screen their click activity as a prove.
When exchanging ads link the important things you all have to set in your mind is to always remember that when clicking each other link you have to be in incognito (browser mode/condition). When one of you failed to be incognito then the other side of the party will not get the benefit from exchanging the ads link.
The biggest problem why your 8Share earning did not increase came from 8Share it self, I found that sometime 8Share failed to update their user earning even after a few hour. I’m not sure why it happen but what I’m sure is while this problem are occurring all clicking activity will not be counted, if you are lucky you might got a few click counted. When this thing happen what I do is stop sharing my links, switch off my internet modem and desktop then go to sleep.
The other reason can be found on my blog, link can be found above.
p/s: Ronaldo digantung dua perlawanan….

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[Freebie] WonderFox DVD Ripper Pro 7.1 Giveaway

0
Seperti mana intro saya mengenai WonderFox Soft, Inc di sini, ini adalah satu lagi perisian yang diberikan secara percuma melalui tema mereka ‘New Year Celebration Giveaway 2015’. WonderFox DVD Ripper Pro 7.1 adalah sebuah perisian premium untuk mereka yang kerap kali menggunakan DVD Writer untuk membuat salinan DVD.

Berikut adalah changelog untuk WonderFox DVD Ripper Pro 7.1:

1. With our new encoding technology, WonderFox DVD Ripper Pro 7.1 let you compress a DVD to digital video from 7GB to 1 GB without quality loss. 

2. DVD decryption updated, support backup/rip all new released DVD movies Lucy, Fury, Gone Girl, etc. 

3. Support converting any media file to iPhone Ringtone (M4R). 

4. Add a new output profile Html5 Video 

5. Some other improvements.

Seperti perisian HD Video Converter Factory Pro 8.5, perisian ini juga perlu anda muat turun dan aktifkan sebelum 31hb! Jadi jangan lepaskan peluang yang datang sekali-sekala ini. 
Pautan muat turun adalah sama seperti sebelumnya, jadi jangan buat-buat terperanjat pula. Anda perlu skrol ke bawah sedikit untuk mendapatkan pautan muat turunnya.
Pautan terus – > Muat Turun

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[Freebie] WonderFox HD Video Converter Factory Pro 8.5 Giveaway

0
Ini bukan entri tutorial, tetapi ini adalah post untuk anda yang sukakan freebies! WonderFox Soft, Inc adalah ‘virtual partner’ bagi blog OMG! Hackers? dan atas sebab itu syarikat ini sekali lagi membuktikan komitmen mereka dengan para pembaca apabila memberikan perisian mereka yang terbaik secara percuma dengan cara Giveaway. Tema mereka kali ni ialah ‘New Year Celebration Giveaway 2015’.

Sebelum ini mereka pernah memberikan perisian yang sama secara giveaway, tetapi apabila ada versi kemas kini, versi tersebut tidak dapat dinaik taraf (atas sebab versi giveaway tentunya). Jadi untuk menghargai para pembaca OMG! Hackers?, Swizz Gervin dari WonderFox telah mengemaskini laman giveaway mereka, memperbaharui pautan muat turun dengan versi baru.

Berikut adalah changelog untuk HD Video Converter Factory Pro 8.5:

1. NEW FEATURE: A new feature for webmaster. Embedded FTP tool allows you upload all of processed videos/audios to your web server automatically. 

2. NEW FEATURE: Support convert any media file to iPhone Ringtone (M4R).
3. Fixed bug on registration. 

4. Over 10 improvements on online download function. 

5. Some other improvements.

Jika anda perlukan tutorial untuk perisian ini, sila ke pautan berikut:

HD Video Converter Factory Pro Tutorial

Anda perlu muat turun dan mengaktifkan perisian ini sebelum 31hb! Jadi silalah muat turun sekarang dan aktifkan ia secepat mungkin.

Klik -> HD Video Converter Factory Pro 8.5 Giveaway

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Vivaldi : Pelayar Web Yang Dibina Untuk ‘Power User’

0
Melihat 2 ‘blog jiran’ menulis mengenai pelayar web ini serentak, saya jadi ‘pantas tangan’ untuk mencuba. Sudah tentu ada keistimewaannya yang tersendiri, yang membuatkan ia menarik untuk dicuba dan ditulis reviu mengenainya, selain mengundang trafik ke blog.

Habis saja ‘ketar kepala’ membaca kesemua deskripsi, saya terus muat turun dan pasangkan ia pada Windows dan juga Arch Linux.

Kalau untuk sistem operasi Linux yang menyasarkan kepada golongan ‘power users’ ini, kita ada Arch Linux. Untuk pelayar web, nampaknya kita ada pendatang baru yang bernama Vivaldi.

Pendatang baru ini nampaknya telah diperkenalkan oleh bekas CEO Opera, iaitu Jon von Tetzchner. Sedikit quote dari laman web Vivaldi:

“Fast forward to 2015, the browser we once loved has changed its direction. Sadly, it is no longer serving its community of users and contributors who helped build the browser in the first place.”

Jadi disebabkan pelayar web yang ‘lama’ telah ‘kehilangan arah’, team Jon von Tetzchner mengambil keputusan untuk membuat sebuah pelayar web baru yang disasarkan kepada golongan pengguna termaju atau ‘advance users’ ini.

Vivaldi buat waktu ini hadir dalam status technical preview, dan hanya terdapat dalam versi 64-bit sahaja. Jadi buat mereka yang masih menggunakan PC lama, anda harus bersabar dahulu ya.

Antara ciri-ciri pelayar web ini yang menarik ialah Quick Commands, yang menyasarkan kepada pengguna yang gemar mempraktik kekunci pintas berbanding menggunakan tetikus.

Ia juga mempunyai ‘Notes’, ciri khas untuk mereka yang gemar mencatat nota pada sesebuah laman web yang dibuka, dan Notes juga akan secara automatik mengingati laman mana yang telah anda kunjungi, serta boleh mengambil paparan skrin pada laman tersebut.

Kalau pada Opera ia mempunyai ciri Speed Dials, nampaknya Vivaldi juga mempunyai ciri yang sama, malah telah diperingkatkan lagi dengan kebolehan untuk membuat folder serta menyusun mengikut kategori.

Tab Stacks pula membenarkan pengguna untuk membuat satu kumpulan tab yang dibuka supaya lebih mudah untuk mengendalikan tab yang terlalu banyak.

Prestasi (Performance)

Dari segi prestasi, nampaknya Google Chrome tampil ke belakang sedikit dalam ujian ringkas di laman Speed Battle. Saya membiarkan Google Chrome dan Vivaldi mempunyai 3 tab yang sama dan mengulang ujian ini sebanyak 3 kali dan ini adalah hasilnya.

Buat sementara waktu ini masih banyak ciri lain yang kekurangan pada Vivaldi, namun ianya telah pun masuk dalam perancangan contohnya penambahan extensions seperti yang terdapat pada Google Chrome, klien e-mail, synchronization dan lain-lain ciri penting.

Saya? Saya dah mula sukakan pelayar web ini dan sangat berharap agar ia membangun secara intensif dan pesat. InsyaAllah kita bakal ada pengganti untuk Opera, malah lebih baik jika kita dapat menggantikan Google Chrome.

Muat turun pelayar web yang ohsem ini di sini : Download Vivaldi

Views: 1

Iklan Newspaper Inline